Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ga] | تيݢ

Definisi : satu kurang drpd empat; ~ belas tiga campur sepuluh (13); ~ dimensi bentuk yg mempunyai lebar, panjang dan tinggi; ~ dlm satu terdiri drpd atau mempunyai tiga bahan, fungsi dsb dlm sesuatu barangan, kegiatan dll; ~ puluh tiga kali sepuluh (30); ~ pupu perhubungan persaudaraan antara orang yg moyang mereka adik-beradik; ~ suku a) tiga bahagian drpd empat, 75%; b) ki agak gila, gila-gilaan; ~ sudah berdiri habis prb sesuatu perbuatan itu memadailah dgn tiga perbandingan, iaitu ilmu, akal dan kemahiran; masuk ~ keluar empat prb perbelanjaan melebihi pendapatan; tiga-tiga setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~; bertiga berjumlah tiga kesemuanya, tiga sekawan: mereka beriring berkawan-kawan, berdua, ~ dan beramai-ramai seiring; mereka tinggal ~ beranak di pondok itu; meniga menjadi yg ketiga; ~ hari meng­ada-kan kenduri tiga hari selepas meninggalnya seseorang; ketiga = yg ~ (yg) nombor tiga: anaknya yg pertama menjadi doktor, yg kedua seorang peguam dan yg ~ seorang jurutera; ketiga-tiga = ~nya = tiga-tiganya semua seramai atau sebanyak tiga (orang dll), ke­semua bertiga: maka pergilah aku menziarahi ~ makam itu serta membaca doa; ~ orang dlm kumpulan itu serentak mengangguk; pertiga bahagian drpd sejumlah tiga bahagian; sepertiga satu pertiga, satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian, 33% (drpd sesuatu bilangan dll); mempertiga membahagi tiga; sepertigaan ark satu drpd tiga bahagian; ~ malam (yg akhir) larut malam (selepas tengah malam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ga] | تيݢ

Definisi : akar ~ cabang = cabang ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lunjung, Trichosanthes cele­bica; rumput ~ segi sj tumbuhan (rumpai), Cyperus compressus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ga] | تيݢ

Definisi : bilangan dua ditambah satu; 3: ~ belas sepuluh dicampur tiga;13; ~ puluh tiga kali sepuluh; 30. ~ pupu perhubungan keluarga antara orang yg moyangnya adik-beradik. ~ suku a. tiga bahagian drpd empat bahagian. b. agak gila; gila-gila bahasa. bertiga sekelompok tiga banyaknya; tiga jumlahnya: Mereka ~ beranak tinggal di pondok itu. ketiga yg nombor tiga: Pemenang yg ~ menerima hadiah wang tunai lima puluh ringgit. ketiga-tiga kesemuanya berjumlah tiga: ~ anaknya sudah bersekolah. pertiga bahagian drpd sesuatu yg dibahagi tiga: se~ satu bahagian drpd jumlah tiga bahagian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiga

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang dalam;
Teresak-esak menanggung rindu,
     Sampai tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(115)
Peribahasa

Celaka tiga belas.

Bermaksud :

Malang sekali.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
distributional numeralkata bilangan kelompokLinguistikTiadaKata bilangan yang merujuk kepada kumpulan yang terdiri daripada anggota yang tertentu bilangannya. Contohnya, ribuan, ratusan, puluhan, jutaan, dua-dua dan tiga-tiga.
tripleganda tiga; trirangkap;inap tigaPentadbiran PerniagaanTiadaInap tiga: Keadaan penginapan dalam bilik yang memuat tiga orang dan mempunyai sama ada satu katil kelamin dan satu katil lipat atau dua katil biasa dan satu katil lipat.
congruent trianglesegi tiga kongruenMatematikTiadaSegi tiga-segi tiga yang mempunyai bentuk dan saiz yang sama jika dibandingkan antara satu sama lain.
tekat tigatekat tigaKesenianTiadaTenunan untuk membuat corak pada kain tenun yang diberikan berdasarkan kiraan urat benang lungsin yang disalut sebagai tekat tiga atau lima urat benang lungsin yang disekat sebagai tekat lima. Tenun corak tekat tiga lebih halus jika dibandingkan dengan tebat lima.
triotiga sekawan; tiga serangkaiSejarahTiadaTiada
three-plytiga lembar; tiga lapisSosiologiTiadaTiada
teraju tigateraju tigaKesenianTiadaKeadaan tali yang diikat pada tiga poin pada wau.
ikat jalan tigaikat jalan tigaKesenianTiadaIkatan cengkam yang menggunakan dua helaian secara dua helaian secara bersiri untuk mengikat bingkai pada mulut bakul.
tambahan mata tigatambahan mata tiga (Sepak Takraw)SukanTiadaTiada
delta connectionsambungan deltaKejuruteraanTiadaSalah satu sambungan jejaring yang digunakan dalam litar arus ulang-alik tiga fasa, apabila tiga pengalir, belitan atau fasa, terhubung dalam siri untuk membentuk litar tertutup yang dapat diwakili oleh sebuah segi tiga.
12345678910...

Kembali ke atas