Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ga.ti.ga] | تيݢ٢

Definisi : setiap kali (baris, kelompok dsb) tiga: letakkan cawan itu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiga-tiga

Puisi
 

Tiga petak tiga penjuru,
     Tiga ekor kumbang dalam;
Teresak-esak menanggung rindu,
     Sampai tak tidur siang malam.


Lihat selanjutnya...(115)
Peribahasa

Celaka tiga belas.

Bermaksud :

Malang sekali.

 

Lihat selanjutnya...(37)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sit[sit]kata kerjasedut seketika berkenaan rokok atau ganjaKena dua tiga sit baru penageh tu sur.[k«.nA du.wA ti.gA sit bA.Òu p«.nA.geh tu sur]Selepas dua tiga sedut baru penagih itu tidak hirau sekelilingnya.
gincah[gin.tSAh]kata kerjamenggunakan air dengan berlebihan secara membazirPinggan dua tiga bijik, dia gincah tak ikut padan.[piN.gAn du.wA ti.gA bi.dZi/ di.jA gin.tSAh tA/ i.kut pA.dAn]Pinggan hanya dua tiga biji, dia gincah tidak sepadan.
muka idong[mu.kA i.doN] rupa paras, wajahAku tak nampak muka idong hang dua tiga hari.[A.ku tA/ nAm.pA/ mu.kA i.don hAN du.wA ti.gA hA.Òi]Saya tidak nampak wajah awak dua tiga hari.
   2. berkenaan dengan sesuatu (berkenaan buah, belon dan lain-lain) yang mengecil atau mengecut.Limau nipeh lepaih jemoq tiga empat ari baru keset.[li.mAw ni.peh l«.pAC dZ«.m)Ö ti.gA «m.pAt A.Òi bA.Òu k«.set]Limau nipis lepas dijemur tiga atau empat hari baru mengecut.
cengkoi[tS«N.koj]kata adjektifbengkok atau kesan patah pada tangan kerana kecacatan semulajadi atau kemalanganDah tiga empat kali urot, tangan dia dok cengkoi situ.[dAh ti.gA «m.pAt kA.li u.Òot tA.NAn di.jA do tS«N.koj si.tu]Sudah tiga empat kali urut, tangannya tetap bengkok.
panaih meruap[pA.nAC m«.Òu.wAp] berkenaan dengan badan yang panas disebabkan oleh cuaca, sakit dan lain-lain.Dua tiga hari ni tak ujan, badan naek panaih meruap.[du.wA ti.gA hA.Òi ni tA u.dZAn bA.dAn nAe pA.nAC m«.Òu.wAp]Dua tiga hari ini tidak hujan, badan terasa panas.
baju praq[bA.dZu pÒA)Ö] baju T tanpa kolar, berwarna putih, nipis dan diperbuat daripada kain kapas.Aku bawak tiga lai saja baju praq masa pi Mekah.[A.ku bA.wA/ ti.gA lAj sA.dZA bA.dZu pÒA)Ö mA.sA pi m«.kAh]Saya bawa tiga helai sahaja baju praq semasa pergi ke Mekah.
   2. menokok tambah sesuatu cerita; pekunuPokok derian dia ada empat lima batang tapi dok pekunon dapat derian tiga puloh jaraih.[p.k/ d«.Òi.jAn di.jA A.dA «m.pAt li.mA bA.tAN tA.pi d/ p«.ku.non dA.pAt d«.Òi.jAn ti.gA pu.loh dZA.ÒAC]­Pokok duriannya ada empat lima batang tapi menokok nambah cerita mengatakan yang dia mendapat durian tiga puluh jaras.
betoran-toran[b«.to.ÒAn.b«.to.ÒAn]kata adjektifberkenaan dengan sesuatu yang banyak dan tidak tersusun; bededam I , bededam-dedam I , betoran.Dua tiga hari ujan, baju betoran-toran tak lipat.[du.wA ti.gA hA.Òi u.dZAn bA.dZu b«.to.ÒAn.to.ÒAn tA/ li.pAt]Dua tiga hari hujan, baju betoran-toran tidak berlipat.
kancin praq[kAn.tSin pÒA)Ö] baju T berbutang tiga tanpa kolar berwarna putih, nipis dan diperbuat daripada kain kapas.Tok wan pakai baju kancin praq dengan kot cendoi.[to/ wAn pA.kAj bA.dZu kAn.tSin pÒA)Ö d«.NAn kot tSEn.doj]Datuk pakai baju kancin praq dan kot lusuh.

Kembali ke atas