salam sejahtera, apakah padanan terjemahan bagi "pocket spring mattress"? adakah "tilam spring berpoket" atau "tilam spring poket"? terima kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "pocket spring mattress". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "spring mattress" yang padanan bahasa Melayunya ialah tilam spring atau tilam berspring. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "pocket spring mattress" ialah tilam spring poket. | Istilah | 03.09.2013 |
Selamat sejahtera, Apakah penjodoh bilangan bagi tilam yang besar dan tebal? | Tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan kerana penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda, konteks penggunaan dan kesesuaian dalam ayat. Walau bagaimanapun, tilam biasanya disebut atau dikira dalam bentuk unit, contohnya satu tilam atau dua tilam. | Lain-lain | 23.09.2023 |
selamat sejahtera encik/puan, Apakah penjodoh bilangan untuk tilam? Terima kasih. | Penjodoh bilangan untuk tilam ialah "buah". | Tatabahasa | 15.05.2023 |
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk meletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang membawa warga tua menaiki kerusi roda. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang ada Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang membawa seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduk oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang menyorong seorang pesakit tua. | 1. Seorang doktor perempuan sedang membawa pesakit untuk diletakkan di atas tilam. 2. Jururawat itu sedang menyorong warga tua yang menaiki kerusi roda itu. 3. Jururawat Sakina sedang menyorong kerusi roda yang dinaiki oleh Pak cik Leng. 4. Seorang jururawat sedang menyorong seorang lelaki yang duduk di kerusi roda itu. 5. Jururawat menolak kerusi roda yang diduduki oleh pesakit itu. 6. Seorang jururawat yang bernama Faizah sedang memimpin seorang pesakit tua. | Tatabahasa | 10.08.2013 |
Saya ada terbaca dalam sebuah buku yang menyatakan bahawa penggunaan perkataan 'empuk' hanya merujuk kepada makanan. Jika situasi ini benar, maka penggunaan kerusi empuk, tilam empuk, sofa empuk dan lain-lain adalah salah. Bagaimanakah pula dengan perkataan 'sedap'? Adakah 'sedap' hanya merujuk kepada makanan? lBolehkah klausa lagu yang sedap didengar, sedap mata memandang, dan lain-lain digunakan ? | Menurut Kamus Dewan, perkataan empuk mempunyai pelbagai maksud, selain bermaksud mudah dikunyah (berkenaan makanan), empuk juga bermaksud tidak keras, iaitu lembut yang merujuk kerusi dan tilam. Begitu juga dengan perkataan sedap selain merujuk makanan yang enak, sedap juga merujuk sesuatu yang sedap didengar (berkenaan bunyi, muzik). | Makna | 11.05.2010 |
Ayat-ayat yg berikut manakah betul mengenai penggunaan kata ganda separa tunggal? Tolong terangkan. Terima kasih. (1)tetamu I Tetamu-tetamu II Kedua-dua orang tetamu III Kedua-dua orang tetamu-tetamu IV Banyak tetamu (2)kekuda I Kekuda-kekuda II Empat batang kekuda III Banyak kekuda (3)tetulang I Tetulang-tetulang II Banyak tetulang III Dua batang tetulang besi (4)jejentik I Terdpt banyak jejentik / jentik-jentik di dlm akuarium II Banyak jentik III Jejentik-jejentik IV Sekumpulan jejentik / jentik-jentik muncul di dalam kolam V Sekumpulan jejentik-jejentik (5)sesiku I Sesiku-sesiku II Banyak sesiku III Dua batang sesiku L (6)kekabu I Banyak pokok kekabu II Kekabu-kekabu III Lima batang pokok kekabu (7)tetupai I Dua buah tetupai II Tetupai-tetupai III Banyak tetupai (9)lelangit I Banyak lelangit II Lelangit-lelangit III Lelangit rekah (10)lelayang I Banyak lelayang / layang-layang II Lelayang-lelayang III Dua lelayang / layang-layang bertebangan (11)lelabi I Banyak lelabi II Lelabi-lelabi III Menangkap seekor lelabi / labi-labi (12)pepijat I Dua ekor pepijat tilam II Pepijat-pepijat tilam III Banyak pepijat tilam (13)rerama I Banyak rerama / rama-rama bertebangan II Rerama-rerama III Dua ekor rerama / rama-rama IV Rerama-rerama | Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Contoh Penggandaan Separa Kata Tunggal: laki - lelaki pohon - pepohon gelang - gegelang tikus - tetikus siku - sesiku Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM. | Tatabahasa | 21.01.2022 |
1. Syor agar istilah PESAKIT TERLANTAR lebih sesuai untuk BEDRIDDEN PATIENT kerana a). bedridden adj terlantar sakit di katil. Kamus Inggeris-Melayu Dewan b). Kamus Sains. bedsore (kudis tekanan) Inflamasi dan ulser yang terjadi pada bahagian anggota yang tertekan pada tilam bagi pesakit yang lama terlantar di atas katil seperti yang berlaku pada pesakit lumpuh atau koma. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengubah kedudukan pesakit. Sinonim decubitus ulcer. (UBAT) Makanya istilah PESAKIT TERDAMPAR lebih sesuai untuk STRANDED PATIENT 2. Apakah bezanya "telantar" dengan "terlantar" 3. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Terkapar? 5. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Tersadai? | 1 (a). Pesakit terlantar boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk bedridden patient. 1. (b) Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England, stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.” Huraian lanjut pula; “A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review. A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.” Berdasarkan huraian di atas, kami mencadangkan perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). 2. Ada kesilapan penaipan pada perkataan “telantar”. Ejaan yang betul ialah “terlantar” kerana dalam bahasa Melayu hanya ada imbuhan “ter”. 3. Pesakit tersadai lebih sesuai digunakan jika pesakit dalam situasi terbaring belunjur seperti dalam contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang berikut: “tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 4. Pesakit terkapar tidak sesuai kerana terkapar bermaksud terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. | Istilah | 18.11.2018 |
Salam sejahtera, Apakah peribahasa yang dapat memerihalkan maksud sesuatu yang mendatangkan kebaikan dan keburukan secara serentak? Terima kasih. | Peribahasa mengandungi maksud yang tertentu dan lazimnya satu peribahasa mengungkapkan suatu pengertian, seperti Jangan menggerak ular tidur (maksudnya bahaya jangan dicari) dan Jatuh di atas tilam (maksudnya beruntung kerana mendapat rezeki). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, karya Abdullah Hussain. | Tatabahasa | 13.04.2011 |
1)Apa perbezaan antara laras bahasa dan gaya bahasa? 2)Berikan kategorinya dan contohnya sekali. | Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- Menurut Kamus Dewan, Gaya bahasa pula ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri dalam pelbagai kategori seperti personifikasi, metafora, simile, aliterasi dan sebagainya. Contoh gaya bahasa ialah - Api pelita meliuk-lintuk apabila dihembus angin. (Gaya bahasa personifikasi)-iaitu sikap manusia (meliuk-lintuk) yang diberikan kepada benda tidak bernyawa. Gaya bahasa sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak. | Lain-lain | 03.07.2006 |
adakah perkataan terlentang wujud? atau hanya telentang dan tertelentang? terima kasih. | Ejaan yang betul ialah telentang. Kamus Dewan mentakrifkan telentang sebagai terbaring atau terletak dengan bahagian hadapan atau bahagian dadanya menghadap ke atas; terletak dengan bahagian mungkum menghadap ke atas. menelentang berbaring (tidur) telentang; terletak telentang: Dia tidur ~ di atas tilam. menelentangkan membaringkan atau meletakkan telentang: Dia ~ badannya di lantai. | Tatabahasa | 16.06.2013 |