Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.lam] | تيلم

Definisi : lapik tidur yg dibuat drpd kain yg diisi dgn kabu-kabu dll, kasur; ~ berspring tilam yg di dalamnya terdapat lingkaran spring; ~ catur = ~ cekam (bercengkam) tilam yg di­jahit pd beberapa tempat supaya padat (mampat); kain ~ kain cadar, kain penutup tilam; jatuh di atas ~ prb beruntung kerana berkahwin dgn perempuan cantik serta kaya dll; bertilam berlapik (memakai) tilam, ber­kasur: walaupun ia berbaring itu di atas katil ~ catur, namun matanya tidak juga dapat dilelapkan; ~ air mata sl menangis ketika tidur (orang dlm percintaan); ~ pasir prb tidak mempunyai tempat tinggal (tidur di merata tempat); bertilamkan mempunyai (menggunakan dsb) sesuatu sbg tilam: ~ susunan surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.lam] | تيلم

Definisi : lapik tempat tidur dll yg dibuat drpd kain yg diisi kekabu dll: ~ getah tilam yg dibuat drpd getah. bertilam ada tilamnya; berlapik dgn tilam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tilam (kata nama)
Bersinonim dengan kasur, lapik tidur, lembek, bok, bolsak, leca, metai.,

Puisi
 

Sikat rambut berkilat-kilat,
     Tikar bantal dengan tilam;
Minum sedikit menjadi ubat,
     Tuan laksana air nilam.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun,
     namun hati tiada senang juga.

Bermaksud :

Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. ciau atau ciu = tilam tempat duduk.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mattilam; tikarSukanTiada2. Tilam: Tilam khusus untuk gimnastik. Terdapat beberapa jenis tilam, iaitu tilam alat, tilam latihan, tilam keselamatan dan sebagainya.
mattress coversarung tilamPentadbiran PerniagaanTiadaKain penyarung tilam yang digunakan sebagai alas untuk melindungi tilam.
mattress padlapik tilamPentadbiran PerniagaanTiadaKain yang berada di antara cadar dan tilam yang digunakan sebagai alas untuk melindungi tilam.
bed padlapik tilamPentadbiran PerniagaanTiadaKain yang berada di antara cadar dan tilam yang digunakan sebagai alas untuk melindungi tilam.
landing foamtilam mendaratSukanTiadaTilam yang diperbuat daripada getah untuk seseorang atlet mendaratkan bahagian tertentu anggota tubuh badan selepas membuat lompatan.
landing mattilam pendaratanSukanTiadaTilam khusus untuk mendarat dengan selamat.
agility mattilam tangkasSukanTiadaTilam khas untuk melaksanakan unsur tertentu, terutamanya unsur akrobatik.
additional mattilam tambahSukanTiadaTilam lain yang digunakan sebagai tambahan semasa pertandingan. Markah akan dipotong.
wire mattresstilam springPentadbiran PerniagaanTiadaTilam yang di dalamnya terdapat lingkaran spring
mattress fillingisi tilamPentadbiran PerniagaanTiadaKekabu dan lain-lain yang diisi di dalam sarung tilam.
123456

Kembali ke atas