Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.la.wah] | تلاوة

Definisi : Ar pembacaan Quran dgn suara yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.la.wah] | تلاوة

Definisi : = ~ al-Quran = tilawatil Quran Ar pembacaan Quran dgn suara yg kuat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tilawah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan. Adakah ayat di bawah ini (sebagai contoh) betul untuk dibuat ayat pada tirai latar: MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI ........ Penyempurnaan Penutupan oleh DULI YANG MAHA MULIA ...................... Sekian, terima kasih
Salam sejahtera,

Ayat yang betul untuk tujuan tersebut ialah MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI ....
Penyempurnaan Penutupan oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA ....

Sekian, terima kasih.
Pengembangan18.12.2019
Dengan segala hormatnya, perkara diatas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan dijemput sebagai Tetamu VIP di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya (Zon III). Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:- Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis) Masa : 10.00 Pagi Tempat : Dewan Masjid Daerah Barat Daya 3. Sehubungan itu, Kehadiran tuan puan dalam menjayakan majlis ini amatlah dihargai. Sekian terima kasih.Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tuan dijemput sebagai tetamu kenamaan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya (Zon III). Majlis akan diadakan seperti ketetapan berikut:

    Tarikh : 18 Januari 2018 (Khamis) 
    Masa   : 10.00 Pagi 
    Tempat : Dewan Masjid Daerah Barat Daya

3. Atas perhatian dan kesudian tuan untuk hadir dan menjadi tetamu kenamaan dalam majlis ini amatlah dihargai.

Sekian. terima kasih.
Tatabahasa21.02.2018

Kembali ke atas