Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.mah] | تيمه

Definisi : sj logam yg berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan sbg sadur bagi besi dll); ~ hitam sj logam yg agak lembut dan berwarna putih kebiru-biruan; ~ lanar timah yg ber­selaput dgn lanar; ~ putih kepingan besi yg disadur dgn timah; ~ sari zink; ~ wurung bismut; dahulu ~ sekarang besi prb perihal orang yg turun pangkatnya (darjatnya dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mah] | تيمه

Definisi : = timah-timah sj ikan laut, selayur, Trichiurus spp.; kepala ~ sj ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mah] | تيمه

Definisi : logam berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan utk menyalut besi dll). ~ hitam bijih yg di dlmnya terdapat timah (belum dibersihkan lagi). ~ putih timah yg diperoleh setelah membersihkan bijih timah. ~ sari logam yg berwarna biru keputih-putihan (biasanya digunakan utk atap rumah dll); zink. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timah

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIMAH

Timah ialah unsur kimia dengan simbol Sn. Ia

adalah logam putih yang telah digunakan oleh

manusia sejak zaman dahulu. Kegunaan timah

paling awal yang diketahui adalah pada lebih

kurang tahun 35 000 S.M. di kota Ur di selatan

Mesopotamia (kini Iraq). Penduduk Ur membuat

barang daripada gangsa, iaitu aloi timah dan

tembaga. Kini, timah digunakan terutamanya dalam

pengeluaran plat timah, yang terdiri daripada keluli

bersalut timah yang benar-benar nipis di kedua-dua

belahnya. Kebanyakan plat timah dijadikan tin

timah untuk pembungkusan makanan dan

keluaran-keluaran lain.

UMUM 
TIN TIMAH

Tin timah ialah bekas yang digunakan untuk

membungkus, mengangkut dan memasarkan

beratus-ratus jenis makanan dan bukan makanan

untuk kegunaan di rumah dan industri. Kebanyakan

tin timah dibuat daripada keluli yang disalut nipis

dengan timah. Tetapi berjuta-juta tin tidak

mengandungi timah sama sekali dan banyak yang

diperbuat keseluruhannya daripada aluminium.

UMUM 
MAJLIS TIMAH ANTARABANGSA

Majlis Timah Antarabangsa, pertubuhan yang mengawal bekalan dan permintaan bijih timah dunia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
BIJIH TIMAHBatu pejal atau tanah pasir yang mengandungi mineral timah melebihi paras biasa dan memberi faedah ekonomi atau manfaat apabila diusahakan.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
KASITERIT

Kasiterit (formula kimia, SnO2) ialah satu-satunya

bijih timah yang penting. Ia kadangkala

dikenali sebagai batu timah. Kasiterit biasanya agak

berkilat, berwarna perang atau hitam.

UMUM 
PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH

PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH, kegiatan melombong yang diusahakan oleh orang Melayu secara komersial sejak zaman purba, sehinggalah ia diambil alih oleh pelombong Cina dan British dengan bertapaknya penjajahan British pada akhir abad ke-19 di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGISumber/Bahan Alam
AMANG

Amang ialah sisa timah yang terhasil akibat daripada aktiviti perlombongan bijih timah yang dijalankan secara terbuka. Amang boleh wujud dalam bentuk timah tulen, monazit tulen, ilmenit tulen atau zirkon tulen.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISifat/Keadaan
PIUTER

Piuter ialah aloi yang mengandungi

kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi

antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih

metalik seakan-akan warna perak dan keemasan

yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga

bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk

membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki

lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang

lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang

dibuat daripada piuter perlukan pengendalian

yang cermat.

UMUM 
MAJOLICA

Majolica ialah sejenis tembikar yang disepuh

dengan oksida timah untuk menghasilkan warna

putih yang lembut. Kadang-kadang namanya dieja

sebagai maiolica. Reka bentuk dicat pada latar

belakang yang putih dengan oksida logam yang

lain. Oksida-oksida ini mengubah berbagai-bagai

warna pada latar belakangnya apabila tembikar itu

dibakar. Majolica diberi nama sempena nama

pulau Majorca, Sepanyol, tempat tembikar

dieksport ke Itali. Pusat untuk menghasilkan

tembikar ini berkembang di seluruh Itali.

UMUM 
SMITH, JAMES

Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai

Smith Ahli Falsafah, menjumpai lombong yang

kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara

pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871.

Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining

Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi

ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888

sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith

lahir di George Town, Tasmania dan bekerja

sebagai perantis pengilang tepung dan mencari

gali emas di Victoria.

UMUM 
1234

Kembali ke atas