Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.mah] | تيمه

Definisi : sj logam yg berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan sbg sadur bagi besi dll); ~ hitam sj logam yg agak lembut dan berwarna putih kebiru-biruan; ~ lanar timah yg ber­selaput dgn lanar; ~ putih kepingan besi yg disadur dgn timah; ~ sari zink; ~ wurung bismut; dahulu ~ sekarang besi prb perihal orang yg turun pangkatnya (darjatnya dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mah] | تيمه

Definisi : = timah-timah sj ikan laut, selayur, Trichiurus spp.; kepala ~ sj ikan darat, mata lalat, Aplocheilus panchax. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.mah] | تيمه

Definisi : logam berwarna putih dan tidak berapa keras (biasanya digunakan utk menyalut besi dll). ~ hitam bijih yg di dlmnya terdapat timah (belum dibersihkan lagi). ~ putih timah yg diperoleh setelah membersihkan bijih timah. ~ sari logam yg berwarna biru keputih-putihan (biasanya digunakan utk atap rumah dll); zink. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata timah

Puisi
 

Jala rambang berantai timah,
     Hendak menebar laut Melaka;
Mata rambang hendaklah diubah,
     Jikalau tidak badan binasa.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lead sealtimah materai; materai timahPentadbiran PerniagaanTiada1. Timah materai: Timah yang berlubang yang digunakan untuk mengikat karung.,2. Materai timah: Jenis materai yang diperbuat daripada timah.
tin plateplat timahKimiaTiadaKepingan keluli atau logam lain yang disalut dengan lapisan nipis timah, biasanya sebanyak 1.5% timah, melalui proses penyalutan celup, pengelektrosaduran dan perendaman. Plat timah ini digunakan untuk membuat tin kerana timah tahan kakis.
fuse wiredawai fiusTeknikElektrikDawai yang sesuai untuk dijadikan unsur fius. Dawai fius biasanya dibuat daripada timah, tembaga, tembaga bersalut timah atau aloi timah dan plumbum.
fuse elementunsur fiusTeknikElektrikDawai yang disambungkan di antara dua sentuhan pautan fius. Dawai ini dibuat daripada bahan tembaga bersadur timah atau aloi timah plumbum. Kadaran sesuatu fius ditentukan oleh saiz garis pusat unsur ini. Garis pusat yang besar mempunyai kadaran fius besar berbanding dengan yang kecil.
bronzegangsaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAloi tembaga dan timah yang mempunyai campuran kira-kira 90 peratus tembaga dan 10 peratus timah. Kebanyakan gangsa mempunyai dua elemen ini, namun terdapat juga elemen lain seperti plumbum, arsenik atau antimoni dijumpai di dalamnya. Penambahan bahan timah ke dalam tembaga akan memudahkan kerja membuat acuan untuk menjadikan hujung alat dan senjata lebih keras. Contohnya, gendang, alat perhiasan, senjata dan cangkul.
lode tintimah lodGeografiTiadaBijih timah yang terdapat dalam telerang atau fisur.
molten tintimah leburGeografiTiadaBijih timah yang telah dileburkan.
lode tintimah lodGeologiTiadaBijih timah yang terdapat dalam telerang atau fisur.
alluvial tintimah aluviumGeografiTiadaBijih timah yang terdapat dalam aluvium, termasuk yang dihasilkan bila sungai menghakis batuan mengandungi bijih dan seterusnya memendapkan bahan aluvium di dalam atau di dataran banjir
alluvial tintimah aluviumGeologiTiadaBijih timah yang terdapat dalam aluvium, termasuk yang dihasilkan bila sungai menghakis batuan mengandungi bijih dan seterusnya memendapkan bahan aluvium di dalam atau di dataran banjir
12345678910...

Kembali ke atas