Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
timbal
Kata Terbitan : setimbal, bertimbal, menimbal, menimbali, timbalan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mohon penjelasan yang mana betul... timbalan menteri kesihatan,timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah atau timbalan menteri kementerian kesihatan, timbalan menteri kementerian kemajuan luar bandar dan willayah?Frasa yang betul ialah Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Lain-lain22.12.2009
Apakah 'panggilan kehormat' bagi Timbalan Menteri Besar / Timbalan Ketua Menteri ? Adakah 'Yang Amat Berhormat' atau 'Yang Berhormat' ?Panggilan kehormat kepada Timbalan Menteri Besar  atau Timbalan ketua Menteri ialah Yang Berhormat. Sapaan Yang Amat Berhormat adalah untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua MenteriLain-lain22.02.2008
Apakah panggilan hormat yang betul untuk menteri/timbalan menteri/pemimpin dari negara asing?Tidak ada contoh sapaan ketua negara asing dalam sumber rujukan kami. Untuk makluman tuan, sapaan atau gelaran yang digunakan adalah dalam konteks negara kita mengikut budaya/amalan dalam negara kita. Pada pandangan kami, jika ketua sesebuah negara menerima anugerah kebesaran daripada negara kita, barulah beliau disapa mengikut gelaran yang diterima. Melalui semakan kami dalam media juga, tidak ada kata sapaan yang digunakan bagi ketua negara asing, seperti Presiden Indonesia, Joko Widodo mengadakan lawatan kerja sehari ke Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi Bahagian Istiadat di Jabatan Perdana Menteri.Tatabahasa08.10.2015
Salam, Apakah kata sapaan yang betul untuk Menteri Pendidikan? Adakah Yang Amat Berhormat (YAB) ataupun Yang Berhormat (YB)? Terima kasih.Yang Amat Berhormat digunakan untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri, manakala Yang Berhormat ialah rujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, dan Ahli Dewan Undangan Negeri;.

Oleh itu, panggilan kehormat untuk Menteri Pendidikan ialah Yang Berhormat.
Tatabahasa01.07.2014
Tuan/ Puan, Mohon pandangan pihak tuan/ puan, apakah terminologi yang bersesuaian untuk tajuk ucapan YAB Perdana Menteri, YB Menteri, YB Timbalan Menteri dan Ketua Setiausaha Kementerian dalam sesebuah penerbitan dokumen atau buku sama ada "Prakata", "Perutusan", "Kata Alu-aluan" atau lain-lain. Terima kasih.Salam sejahtera,

Berdasarkan data kami, prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu utk sesebuah buku dll, mukadimah.

Perutusan bermaksud 1. kumpulan wakil (kerajaan dll), beberapa orang yg diutus, delegasi; 2. berita (khabar dll) yg diutus: Perdana Menteri hari ini telah mengirim ~ kpd Tuan Harold Wilson; 3. sesuatu yg (hendak) disampaikan atau dilahirkan: sebenarnya tarian dan lain-lain itu adalah sistem lambang yg terkandung dalamnya bukan sahaja ~ idea bahkan nilai-nilai etos yg penting; 4. ucapan orang besar pd hari-hari penting, pesan, amanat: perkara ini telah disentuh oleh PM dlm ~ tahun baru-nya;.

Kata alu-aluan bermaksud ucapan (kata­kata) sbg menyambut kedatangan seseorang ke sesuatu majlis dsb (penerbitan sesebuah buku dsb);.

Berdasarkan ini kami mencadangkan pihak tuan menggunakan Prakata atau Kata Alu-aluan berdasarkan kesesuaian pihak tuan.

Sekian.
Lain-lain03.08.2017
Tuan, Dengan segala hormatnya saya ingin mendapatkan satu senarai susunan lengkap mengenai Panggilan Kehormat (contoh; YAB, YB, Yang Amat Berbahagia, Yang Berusaha dan sebagainya) yang digunakan di negara kita dan kepada siapakah gelaran/panggilan kehormat ini ditujukan. Sekian, terima kasih. Yang Benar, Cornelius Laab KotaKinabaluYAB - Perdana Menteri,Timbalan Perdana Menteri; YB- Menteri,Timbalan Menteri,Setiausaha Parlimen, Yang Dipertua Dewan Negara,Dewan Rakyat,Tim. Yang Dipertua Dewan,Ahli Dewan Negara/Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri. YABhg. - Isteri Yang Dipertua Negeri,isteri Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Protokol di Malaysia,Tradisi dan Amalan oleh Mokhtar Hj. Mohd. Toha dan Ahmad Fawzi bin Mohd. Basri, terbitan DBP.Lain-lain10.09.2007
Mohon panduan tatacara penggunaan ( / ) yang betul i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) atau ii. Perdana Menteri/ Timbalan (tanpa jarak dan dijarak)atau iii. Perdana Menteri / Timbalan (dijarakkan terus) Sekian, terima kasih jua.Penggunaan tanda palang ( / ) yang betul ialah  i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak)Tatabahasa08.04.2015
kenapa PM dipanggil perdana menteri sedangkan MB dipanggil menteri besar. kenapa perdana menteri tidak dipanggil menteri perdana dan kenapa menteri besar tidak dipanggil besar menteri? menjolok mata atau mencolok mata. kenapa?

Saudara,

Dalam pembinaan frasa terdapat peraturan bahasa yang diberi nama Hukum D-M. Dalam konteks menteri besar frasa ini mematuhi peraturan atau Hukum D-M. Walau bagaimanapun, terdapat kecualian dalam hukum ini, iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan akibat kebiasaan dalam penggunaan, terutama dalam nama jawatan. Contohnya, perdana menteri, timbalan menteri, naib canselor.

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. Supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. (Kamus Dewan, 2007:636).

Tatabahasa13.08.2010
mohon pengesahan atur cara ini: 9.00pagi Ketibaan tetamu jemputan 9.15pagi Ketibaan tetamu kehormat 9.20pagi Ketibaan YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan Adakah sesuai penggunaan Tetamu Kehormat untuk ditujukan kepada kehadiran Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir? Atau Adakah tetamu kehormat adalah dirujuk kepada tetamu utama iaitu Menteri? Sekiranya tetamu kehormat dirujuk untuk tetamu utama majlis, apakah terma atau perkataan ganti yang bersesuaian/1. Dicadangkan atur acara seperti ini:

9.00 pagi: Para jemputan mengambil tempat
9.15 pagi: Ketibaan tetamu kehormat
9.20 pagi: Ketibaan YB. Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan
 
2. Kehormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan. Jika dilihat daripada maksud tersebut, bermakna penggunaan Tetamu Kehormat boleh digunakan kepada Timbalan Menteri, KSU dan Datuk Bandar yang turut hadir dalam majlis tersebut dan bukannya  hanya merujuk kepada Menteri sahaja.
Lain-lain03.08.2015
saya ingin mengajukan soalan. adakah gelaran (YH Dato') perlu meletakkan noktah di sebelah YH. tersebut. ada mengatakan tidak perlu noktah. ada yang maklum perlu kerana adalah satu singkatan. mohon pencerahan. terima kasih.

Untuk makluman singkatan perkataan yang merujuk kepada "Yang Hormat (YH)" tidak ada. Gelaran yang betul ialah “Yang Berhormat (YB”) yang merupakan rujukan kehormat yang digunakan untuk Menteri, Timbalan Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Negeri, Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Walau bagaimanapun, orang yang bergelar “Dato'” atau “Datuk” tetapi bukan dalam kategori tersebut, disapa sebagai Yang Berbahagia (YBhg).

Makna09.10.2019
1234

Kembali ke atas