Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bul] | تيمبول

Definisi : 1. naik dr dlm air (lumpur dll) hingga tampak pd permukaannya: ikan itu ~ ke permukaan air dr semasa ke semasa utk menyedut udara; 2. terapung-apung pd per­mukaan air, tidak tenggelam: untung sabut ~, untung batu tenggelam; batu ~ sj batu yg ringan dan terapung-apung pd permukaan air; beras ~ kulit (kelongsong) padi yg terapung di air; 3. terkeluar (tersembul) sedikit dr per­mukaan yg rata; gambar ~ gambar (lukisan dll) yg tersembul pd latar belakangnya (ukiran pd batu dll); huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll; peta ~ peta yg bahagian-bahagiannya menyembul utk meng­gambarkan keadaan yg sebenar; 4. ki muncul, keluar, kelihatan: kuman-kuman ini menye­babkan ~ bengkak-bengkak pd tubuh; hilang-hilang ~ seketika kelihatan seketika tidak; 5. terlintas di hati, berbangkit, datang: dlm hatinya ~ keinginan utk berumah tangga; 6. berlaku, terjadi: pendirian yg berlainan ini menyebabkan kerap ~ per­balahan antara mereka; 7. terbit (bulan, matahari); bulan ~ a) bulan terbit; b) bulan baru (perhitungan kalendar); ~ tenggelam = tenggelam ~ a) seketika tim­bul seketika tenggelam (spt benda yg di­umbang-ambingkan ombak); b) ki terkadang-kadang tidak, hilang timbul (bkn seseorang, sesuatu kegiatan, dll), ada kalanya beruntung (berjaya dll) dan ada kalanya malang (kecewa dll); c) ki selalu berhutang; d) ki terlalu sibuk (dlm pekerjaan); bertimbulan timbul merata-rata, banyak yg timbul: remis pun penuh di tepi pasir itu, ~ sendirinya, maka sebentar dipungut boleh dapat bergantang-gantang; otot-otot ~ di sana sini; menimbulkan 1. menyebabkan timbul (naik ke permukaan air dll): orang-orang di dlm kapal selam dapat melihat keadaan di atas muka laut dgn tidak payah ~ kapal itu; 2. ki mengemukakan (utk diperbincangkan dll), membangkitkan (perkara, persoalan, dll): beberapa perkara telah ditimbulkan dlm mesyuarat agung kesatuan tersebut; 3. ki menerbitkan (membangkitkan) sesuatu pe-rasaan (spt benci, cemburu, gembira, dll): sifat­nya yg kasar ~ rasa benci orang ter­hadap­nya; 4. ki menyebabkan berlaku (ter­dapat) sesuatu kejadian (keadaan, perkara, dll), mengakibatkan, mendatangkan (meng­adakan, menjadikan, dll); ~ perang dunia menyebabkan berlakunya perang dunia; ~ keru­mit­an menyebabkan terdapatnya kerumit­­­an; ~ kesan buruk mendatangkan (meng­akibatkan) kesan buruk; 5. Mn menutup kerugian, mencukupi (kekurangan, perbelan­jaan, dll), memperbaiki kesalahan (kecuaian dll): keuntungan ini digunakan utk ~ kerugian dahulu; timbulan (S.Bina) bentuk ukiran yg lebih tinggi drpd permukaan satah sesebuah karya; penimbulan perihal (perbuatan dsb) menim­bulkan: cerita akan terus digerakkan utk memasuki peringkat ~ krisis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bul] | تيمبول

Definisi : penimbul = ~ raksa = apung ~ jampi dll utk menjadikan orang kebal; ilmu ~ ilmu yg mengebalkan orang (dgn meng­gosokkan raksa pd badan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bul] | تيمبول

Definisi : 1 keluar atau naik ke atas dr dlm air, lumpur dll: Setelah menyelam beberapa ketika, dia ~ kembali. 2 terapung-apung di atas air dll; tidak tenggelam: Sabut ~ kalau dicampakkan ke dlm air. 3 terbit (ttg bulan, matahari dll). 4 menyembul sedikit dr permukaan yg rata: huruf ~ huruf yg menyembul pd permukaan kertas dll. 5 ki terbit atau terlintas dlm hati: Maka ~lah keinginan dlm hatinya hendak pergi berdagang. 6 ki berlaku; terjadi: Maka ~lah perselisihan yg hebat antara kedua-dua sahabat itu. ~ tenggelam a. sebentar timbul sebentar tenggelam (spt sabut yg diumbang-ambingkan oleh ombak). b. ki kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada. menimbulkan 1 menyebabkan naik ke atas dr dlm air dll: Setelah jauh dr kapal pembinasa musuh, barulah mereka ~ kapal selam mereka. 2 ki membangkitkan sesuatu perasaan (spt rasa benci, rasa cemburu); menerbitkan: Sifatnya yg angkuh itu ~ ra­sa benci orang terhadapnya. 3 ki menye­babkan berlakunya sesuatu peperangan, pergaduhan dll; mengakibatkan; men­datangkan: Kejadian-kejadian itu dpt ~ perang saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Dapat harta timbul.

Bermaksud :

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).

 

Lihat selanjutnya...(29)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
resurfacevi 1. /timbul, muncul/ semula (di permukaan air): the submarine ~d after an hour, kapal selam itu timbul semula selepas sejam; 2. (fig.) timbul semula: old jealousies began to ~, cemburu lamanya mula timbul semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embossvt mencetak timbul; (by carving) mengukir timbul:this notepaper is ~ed with the family crest, kertas surat ini dicetak timbul dgn lambang keluarga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
embossmentn 1. process of embossing, pencetakan timbul; (by carving) pengukiran timbul; 2. embossed work, /cetakan, ukiran/ timbul.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arise~ /from, out of/, timbul /akibat, drpd/: questions arising from the minutes, persoalan-persoalan yg timbul drpd minit mesyuarat itu; the many diseases that ~ from bad sanitation, penyakit-penyakit yg timbul drpd keadaan tdk bersih.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bob1~ up, (colloq) a. float quickly to the surface, timbul; b. reappear suddenly, /timbul, muncul/ /semula, kembali/: he ~s up in the most unlikely places, dia timbul semula di tempat-tempat yg tdk diduga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
arisevi 1. come into being or notice, timbul; (of person) muncul; (of mist) muncul: should the occasion ~ again..., sekiranya perkara itu timbul lagi ...; new problems arose as the work progressed, masalah baharu timbul semasa kerja itu berjalan; many false prophets shall ~, beberapa banyak nabi palsu akan muncul; 2. get or stand up, see RISE (sense 1.); 3. ascend see RISE (sense 8.); 4. rise (esp from the dead) see RISE (sense 21);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
surface 2. emerge, timbul: the old dispute soon ~d when they met again, perbalahan yg lama itu timbul kembali apabila mereka bertemu semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rise~ up, develop, timbul: terror rose up in her heart when she heard the news, perasaan takut timbul dlm hatinya sewaktu dia mendengar berita itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
surface vi 1. rise to the surface, timbul: the submarine ~d and picked up survivors, kapal selam itu timbul dan mengambil orang-orang yg terselamat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
toolvt impress pattern, letter, etc upon leather etc, menekan timbul: the artist ~ed an elaborate design on the lid of the box, pelukis itu menekan timbul satu corak yg begitu rapi pd tutup kotak itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234567

Kembali ke atas