Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bun] | تيمبون

Definisi : himpunan sesuatu yg bertindih-tindih, longgok, tompok(an): lalat menghurung ~ sampah di tepi parit; se~ batu kerikil; bertimbun 1. = bertimbun-timbun ber-susun bertindih-tindih (menjadi timbun), berlonggok-longgok (bertompok-tompok), beberapa timbun: ~ sabut di bawah rumah­nya; 2. ki banyak: bukunya yg bertimbun-timbun itu tidak akan habis dapat dibaca­nya; 3. = tertimbun tertimbus, terkam­bus; mati ~ tanah mati tertimbus tanah; 4. sl ber­kumpul (rakyat), berhimpun (beramai-ramai): maka ~lah Pancagah dgn segala kakanda dan segala anak hulubalang dan segala muda belia; bertimbunan bertimbun(-timbun): seber­mula bangkai ~ spt gunung, darah spt laut; menimbuni 1. menimbus (lubang dll), me-nam­bak, melonggokkan (tanah), mena­nam (mayat dll): mereka menggali lubang dan ~ lubang utk menyudahkan rancangan kerja raya; 2. menjadi bertimbun (banyak), membukitkan, melimpah-limpah: ketaman padi telah dilonggokkan ~ macam busut di atas sebidang tikar; aku makin merasa cintaku ~ dan memuncak; 3. gemuk (bkn daging), tambun; tertimbun ditimbun(i), tertimbus (ter­tanam); ~ dikais, terbenam diselam prb a) perihal menyelidiki sesuatu perkara yg ter­sem­bunyi; b) menolong seseorang yg dlm kesusahan; menimbunkan 1. menyusun bertindih-tindih (berlapis-lapis) hingga merupakan timbunan, melonggokkan, menompokkan: ~ guni berisi pasir hingga merupakan ben­teng; 2. me-ngumpulkan banyak-banyak (atau berdikit-dikit hingga menjadi banyak), menyimpan banyak-banyak: ~ keuntungan; janganlah suka menimbunkan kerja pd hari esoknya; timbunan 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbun­kan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; penimbunan 1. perihal menimbunkan, pengum-pulan (penghimpunan) barang-barang dll: banyak sungai telah menjadi jangkat akibat ~ pasir dan lumpur yg dibawa air dr hilir sungai; 2. tempat utk menimbun; penimbun 1. orang (atau alat) yg menim­bunkan (melonggokkan) barang; 2. (tanah, pasir, dll) utk menimbun: ditimpa tanah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bun] | تيمبون

Definisi : kumpulan atau himpunan se­­suatu (spt pasir, kayu api) yg berlonggok; se~ pasir. bertimbun 1 bersusun ber­tindih-tindih (merupakan timbun); berlonggok: Kayu api ~ di bawah rumah. 2 ki banyak: Kerjanya yg ~ itu tidak mungkin dpt disiapkannya dlm masa seminggu. menimbun 1 menutup lubang dsb dgn tanah dll; menimbus: Lubang itu ditimbun dgn tanah. 2 menjadi spt timbun; membukit; banyak sekali: Kain baju yg kotor ~. 3 tambun atau gemuk (bkn badan): badan ~ badan gemuk. menimbuni menjadi sbg timbun pd: Tanah ~ lubang itu. menimbunkan meletakkan se­­suatu bersusun-susun hing­ga merupa­kan tompokan; melong­gokkan; menom­pokkan: Pekerja-pekerja itu ~ pasir di tepi jalan. tertimbun tertutup oleh tanah dll; terkambus; tertimbus. timbunan 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. penimbunan perbuatan (hal dsb) menimbun atau menimbunkan. pe­nimbun 1 pasir, tanah dll yg di­tim­bunkan atau utk ditimbunkan. 2 orang yg menimbun lubang dsb atau menimbunkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mengapa diada permohonan timbun dalam sistem ini? bagi tau mana boleh masukUntuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah teknikal berkaitan sistem sila hubungi talian 03-21479309/9398/9400/9500/9600.Lain-lain15.06.2017
Selamat Sejahtera... Apakah maksud 'Raised Bed' dalam bahasa Melayu yang betul.Raised bed dalam bidang pertanian ialah batas tinggi atau batas timbun.Penyemakan dan penterjemahan19.08.2015
Salam.Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ini.Soalan saya kali ini , antara setimbun ikan dengan selonggok ikan yang manakan lebih tepat.Mengapa.Timbun dan longgok sama maknanya, iaitu himpunan sesuatu yang bertindih-tindih. Oleh itu, setimbun ikan atau selonggok ikan kedua-duanya adalah betul.Tatabahasa29.07.2011
1. Yang manakah betul? ( Saya sekeluarga / Saya dan keluarga berkelah di pantai Morib. 2. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk mangkuk yang disusun bertindih-tindih?1. Kedua-duanya betul.
2. Timbun, iaitu sesuatu yang disusun bertindih-tindih. 
Tatabahasa13.02.2012

Kembali ke atas