Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.bu.nan] | تيمبونن

Definisi : 1. tompokan, longgokan: ~ sampah sarap; 2. barang-barang yg ditimbun­kan; 3. tempat menimbun; 4. ki jumlah atau him-punan kerja dsb yg perlu diuruskan yg sudah terlalu banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.bu.nan] | تيمبونن

Definisi : 1 sesuatu yg ditimbunkan; longgokan; tompokan. 2 tempat menimbunkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Adat teluk timbunan kapal (= kapar).

Bermaksud :

Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Adat lurah timbunan sarap). kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
menandai perkara yang berikut: (a) Semua entri. (b) Istilah sinonim pada akhir takrifan entri tertentu: bom mel (Ig. mail bomb; Br. bom mel; Id. bom surat) Kod hasad yang menghantar timbunan e-mel yang tidak berhenti kepada suatu sasaran sehingga mengakibatkan ruang pelayan e-mel yang disasarkan penuh dengan cepat dan tidak dapat menerima e-mel seterusnya. Sinonim bom surat. (c Id. bom logika) Kod hasad yang tercetus apabila berlaku keadaan tertentu. Bom logik akan menyalin suatu proses berkali-kali dengan menggunakan arahan seperti fork dalam UNIX sehingga pemproses terbeban dengan timbunan proses lewah. Contohnya, virus April Fool yang tercetus pada tarikh 1 April. bom masa (Ig. time bomb; Br. bom waktu; Id. bom waktu) Kod hasad yang melakukan perubahan terlarang pada

Kembali ke atas