Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tim.pas] | تيمڤس

Definisi : 1. = air ~ = surut ~ air yg paling surut (surut yg paling rendah); 2. kering (perigi, sungai, dll); 3. ki habis sama sekali (wang, tenaga, dll): kerana terlalu asyik berjudi akhirnya ~ segala harta benda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.pas] | تيمڤس

Definisi : Mn; bertimpas-timpas bertimpa-timpa, berturut-turut (menghadapi ujian, penderitaan, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tim.pas] | تيمڤس

Definisi : 1 = air (surut) ~ air atau surut yg paling rendah. 2 tidak berair (ttg telaga dsb); kering. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
timpas (adjektif)
Bersinonim dengan habis sama sekali, habis langsung, licin-licau, safan-safa, melawas.,

Puisi
 

Kalau kulurut padi di Daik,
     Pancang pulau jatuh terhempas;
Kalau kuturut perangai tak baik,
     Pasang tak penuh surut tak timpas.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Air timpas pasang tak tiba Banyaklah kapal bergalah lalu; Kakiku lemas hilang bicara, Hendak berkenal terasa malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sekali pasang timpas, Ikan tergolek-golek; Sekali abang berlepas, Jangan diharap balik.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pasang surut airnya timpas, Kena tonggak tergalang perahu; Orang patut berfikiran luas, Bila bertindak ditimbang dulu.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Saratlah jong dari selatan, Pasang timpas berhenti juga; Ibarat burung tinggi di awan, Terbang bebas menari mangsa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila lancang singgah di teluk, Sesudah timpas pasang pun datang; Apabila abang sudah menjenguk, Rinduku lepas dada pun lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pancang di pulau jatuh terhempas, Hanyut sampai Pantai Serani; Pasang tak penuh surut timpas, Itu bernama pasang berani.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kalau kulurut padi di Daik, Pancang pulau jatuh terhempas; Kalau kuturut perangai tak baik, Pasang tak penuh surut tak timpas.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas