Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin] | تين

Definisi : 1. kepingan drpd logam (biasanya berlapis timah): baldi dibuat drpd plastik atau ~; 2. bekas yg dibuat drpd logam yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok; ~ susu; buah ~ buah dlm tin; susu ~ susu dlm tin; bertin-tin beberapa banyak tin: ~ susu tepung juga telah dihantar sbg bantuan kecemasan kpd mangsa banjir itu; mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin: kerja-kerja ~ dilakukan oleh mesin; mengetinkan menyimpan (makanan, buah-buahan) dlm tin yg dipateri supaya tahan lama: ~ makanan; ~ nanas; pengetinan kerja (proses dsb) mengetin atau mengetinkan: ~ buah-buahan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin] | تين

Definisi : sj tumbuhan (dan buahnya), ara, Ficus carica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin] | تين

Definisi : 1 besi tipis yg berlapis timah; kaleng: Baldi itu dibuat drpd ~. 2 bekas makanan dll yg dibuat drpd besi yg berlapis timah: ~ minyak tanah; ~ rokok. mengetin membubuh atau menaruh ke dlm tin (ttg buah-buahan, ikan dsb): Kerja-kerja ~ dan melabel dilakukan dgn mesin. mengetinkan menyimpan atau memasukkan sesuatu ke dlm tin supaya tahan lama: Buah-buahan itu ditinkan. ~ ikan. pengetinan proses (perbuatan, hal dsb) mengetin atau mengetinkan. pengetin syarikat, kilang dsb yg mengetinkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tin

Puisi
 

Beli tin ke Kota Batu,
     Kelapa muda tidak berminyak;
Sudah miskin dagang piatu,
     Minta kasihan orang banyak.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lebedalebedaKesenianTiadaBekas menggulung benang dalam tenun Iranun yang biasanya dibuat daripada tin-tin kosong atau kayu yang diraut halus.
cake tintin kuihPentadbiran PerniagaanTiadaTin empat segi daripada loyang untuk membakar kek.
baking tintin pembakarPentadbiran PerniagaanTiadaTin segi empat bujur berbagai saiz yang dalamnya dua inci untuk membakar makanan di dalam ketuhar.
tin stone (tin ore)bijih timahKimiaTiadaTiada
drying tintin pengeringKesenianTiadaTiada
tin cantin timahMakanan dan PemakananTeknologi MakananBekas logam pelbagai saiz yang diperbuat daripada keluli yang disadur oleh lapisan nipis timah. Bekas ini boleh disalut dengan laker atau enamel bagi pengetinan makanan berasid.
tin lininglapisan tinPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
tin openerpembuka tinPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
tin can APIAPI bekas tinTeknologi Maklumate-PembelajaranNama API yang dibangunkan oleh sebuah syarikat persendirian Advanced Distributed Learning (ADL) untuk mengakses perisian aplikasi berasaskan web khususnya e-pembelajaran. Kemudiannya, API Bekas Tin dijadikan piawaian dan dijenamakan sebagai API pengalaman (xAPI). Lihat juga API Pengalaman (xAPI).
Canning cultivarKultivar tinPertanianAgronomi

Kultivar buah yang sesuai untuk diproses menjadi produk di dalam tin. Contohnya, kultivar Cayenne bagi buah nanas paling sesuai untuk kultivar tin kerana isinya yang keras dan buahnya yang besar. Sebaliknya, nanas Josepine tidak sesuai kerana isinya yang lembut dan kandungan gula yang tinggi dan menjadikannya paling sesuai sebagai kultivar untuk dimakan segar.

12345678910...

Kembali ke atas