Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.da.kan]/[tin.da/.kan] | تيندقن

Definisi : 1. peraturan dll (yg dilaksanakan), langkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi, dsb sesuatu): perintah berkurung merupakan ~ yg berkesan utk mencegah merebak­nya rusuhan; 2. perbuatan, sesuatu yg (telah) dilakukan: negara Komanwel telah mem-bincangkan ~ kerajaan Rhodesia Selatan mengisytiharkan kemerdekaannya tanpa persetujuan kerajaan Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.da.kan]/[tin.da/.kan] | تيندقن

Definisi : 1 usaha yg dijalankan atau yg dilakukan: mengambil ~ melakukan sesuatu utk mencegah atau mengatasi sesuatu; ber­buat sesuatu; bertindak. 2 apa-apa yg dilakukan; perbuatan. . ~ tatatertib tindakan yg diambil atau hukuman yg dikenakan terhadap seseorang yg melanggar per­aturan tatatertib perkhidmatan, organi­sasi dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindak
Kata Terbitan : bertindak, menindakkan, tindakan,

Peribahasa

Telah jauh maka dipanggil.

Bermaksud :

Tindakan yang sudah terlambat. (Peribahasa lain yang sama makna: Telah busuk maka dipeda).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah ayat yang lebih sesuai? Telah diambil tindakan @ tindakan telah diambil?Ayat yang betul ialah Tindakan telah diambil.Tatabahasa22.04.2011
Mana satu lebih gramatis? Mengenakan tindakan atau mengambil tindakan? Pensyarah saya beritahu yang mengenakan tindakan lebih gramatis.

Kedua-dua frasa, iaitu mengenakan tindakan dan mengambil tindakan betul dan gramatis bergantung pada konteks penggunaannya. Kamus Dewan antara lain memberikan makna frasa mengambil tindakan ialah mula bertindak.  Contoh ayat: Kerajaan perlu mengambil tindakan segera untuk membanteras kes cetak rompak sebelum berlarutan.  

Dalam Kamus Dewan, maksud ke-2 mengenakan ialah mewajibkan seseorang mematuhi atau mengikuti sesuatu peraturan; membebani seseorang dengan sesuatu. Contoh ayat: Sekolah mengenakan tindakan disiplin buang sekolah terhadap pelajar yang didapati bersalah merokok di dalam kawasan sekolah.

Tatabahasa28.09.2018
Adakah 'Tindakan sewajarnya' betul? Oleh sebab tindakan diambil sepatutnya wajar ataupun wajib?

Frasa "tindakan sewajarnya" adalah betul merujuk kepada tindakan yang dirasakan wajar diambil  berdasarkan situasi dan pertimbangan yang lain.

Tatabahasa23.08.2011
Sila nyatakan dan jelaskan perbezaan antara "tindakan yang keterlaluan" dengan "tindakan yang berlebihan".Isunya di sini ialah persamaan atau perbezaan makna antara keterlaluan dengan berlebihan. Keterlaluan bermaksud keadaan terlalu atau keadaan yang melampaui batas dan berlebihan pula bermaksud terlalu atau sangat banyak. Lazimnya "berlebihan" digunakan dalam menceritakan benda yang boleh dilihat secara fizikal, seperti dalam ayat: Membaja pokok secara berlebihan tidak mendatangkan faedah dan Beras ada juga yang dieksport kerana berlebihan daripada keperluan tempatan. Oleh itu frasa yang tepat ialah "tindakan yang keterlaluan".Makna04.06.2011
Adakah penggunaan "dan" dalam ayat berikut adalah betul : Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang.Tindakan Ahmad menerima surat-surat bagi Tahun-Tahun Taksiran 1998 "dan" 1999 "dan" mengambil tindakan yang sesuai adalah betul di sisi undang-undang. 

Berdasarkan teks tersebut, jelas menunjukkan laras yang digunakan ialah laras undang-undang. Kita menerima gaya bahasa yang berkenaan tetapi penggunaannya terhad dalam laras undang-undang sahaja.
Tatabahasa02.01.2013
salam..saya pelajar dari Kolej Mara Banting..saya perlu menyiapkan tugasan World Literature..saya telah memilih novel Lagak Wasangka dan Okonkwo bagi tugasan tersebut..tajuk yang saya ketengahkan ialah tindakan watak utama lelaki dalam menimbulkan unsur dramatik terhadap pembaca..sebagai pendahuluan..saya memerlukan definisi unsur dramatik yang digunakan dalam novel dan juga definisi tindakan berdasarkan pandangan para sarjana..saya harap pihak tuan dapat memberi bantuan kepada saya..sekian terima kasih..

Dramatik adalah suatu unsur dalam PLOT. Dalam Kamus Dewan edisi ke-4, dramatik bermaksud 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menim­bulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb). Berdasarkan definisi tersebut, maksud kedua adalah berkaitan untuk menghuraikan tentang unsur dramtik yang terdapat dalam dua buah novel yang ingin saudari kaji. Saudari bolehlah melihat perkara-kara yang mengugah jiwa atau dengan kata lain tindakan-tindakan watak utama sama ada dalam dialognya atau pun tindakannya kepada watak lain.

Berkaitan dengan definisi tindakan watak oleh para sarjana sastera pula, tidak terdapat suatu pun pandangan konkrit tentang tindakan watak dalam sesebuah karya. Jika ada pun pandangan para sarjana adalah apabila mereka menyentuh sesebuah karya berdasarkan pendekatan Psikoanalisis. Dalam pendekatan tersebut, Sigmund Freud telah menghuraikan tingkah laku manusia (tindakan) berdasarkan id, ego dan superego. Berkaitan dengan pendekatan Psikoanalisi ini mungkin saudari boleh merujuk maklumat-maklumat yang terdapat di laman internet di bawah entri Sigmund Freud.

Lain-lain14.06.2010
(1) Seminar Kajian Tindakan Ke-3 Tahun 2010 (Ke huruf besar) (2) Seminar Kajian Tindakan ke-3 Tahun 2010 (ke huruf kecil) Yang manakah tepat?

Saudara,

Yang betul : Seminar Kajian Tindakan Ke-3 Tahun 2010.

Lain-lain30.11.2009
apakah maksud sinergi?Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud  tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.Makna22.02.2013
apakah maksud 'sinergi'?? terima kasih

Merujuk Kamus Dewan, sinergi bermaksud 1. tindakan bersama dua atau lebih ubat, otot, dll utk menghasilkan tindakan paduan yg lebih berkesan drpd tindakan bahan tersebut secara berasingan; 2. usaha sama antara individu atau organisasi yg hasilnya lebih baik berbanding jika dibuat secara sendirian.

Makna01.04.2010
Adakah kata sendi nama 'daripada' diperlukan dalam ayat di bawah: Akibat daripada tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot. Atau ayat di bawah lebih sesuai: Akibat tindakan manusia, kualiti alam sekitar kian merosot.Ayat yang betul ialah, Akibat tindakan daripada manusia, kualiti alam sekitar kian merosot.Lain-lain23.05.2020
12345678910...

Kembali ke atas