Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.dan] | تيندن

Definisi : = tindan-tindih; bertindan 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagian­nya); menindankan menimbunkan, menindih­kan: padi yg berguni-guni itu ditindankan-nya di atas penjemuran; pertindanan 1. keadaan dsb bertindan; 2. keadaan meliputi bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama setidak-tidaknya pd sebahagian­nya, keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yg sama: terdapat ~ antara beberapa kategori. tindan-tindih cakupan atau liputan yg seba-hagiannya sama, pertindanan; bertindan-tindih bertindih-tindih dgn tidak teratur: puluhan ribu mati berkaparan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.dan] | تيندن

Definisi : bahagian pd sesuatu anyaman (terutama di bahagian tepi) yg dianyam berlapis supaya teguh. bertindan 1 mempunyai tindan (ttg barang-barang anyaman). 2 berlapis-lapis dgn tidak bersusun (ttg letak sesuatu); bertindih-tindih: Kain baju yg baru diangkat dr ampaian dibiarkan ~ di atas katil. 2 (bkn tugas, kuasa dll) bertepatan atau sama antara satu dgn yg lain; bertumpang tindih: Tugas dan tanggungjawab sesuatu kementerian seharusnya tidak ~ dgn tugas dan tanggungjawab kementerian lain, tetapi hendaklah saling melengkapi. menindan membuat tindan (pd barang-barang anyaman). menindani terletak di atas sesuatu yg lain; melapisi. menindankan meletakkan sesuatu di atas yg lain; melapiskan. mempertindankan menyusun su­paya bertindan; menjadikan bertindan. tindanan apa-apa yg bertindan: ~ buku; ~ kain baju. pertindanan hal atau keadaan bertindan; pertindihan. penindanan perbuatan (hal dsb) menindan, menindani atau menin­dankan; penindihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindan
Kata Terbitan : bertindan-tindan, menindan, menindankan,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
gilir yang susunan penyimpanannya membolehkan data yang awal di - layan awal, manakala data yang masuk kemudian ke dalam baris gilir dilayan kemudian. (KOM) FIFO stack register (daftar tindakan FIFO) Daftar tindan yang kandungan datanya yang ditindan, lebih dahulu akan di - baca daripada data yang ditindan kemudian. (KOM) figure (corak) Tanda pada permukaan kayu yang dipotong, yang dihasilkan daripada susunan unsur dalam hard coal (arang batu keras) Arang batu jenis bitumen dan antrasit. (KEJ) hard disk (cakera keras) Peranti yang diperbuat daripada bahan tegap berbentuk piring yang dilapisi bahan magnet, diatur bertindan-tindan untuk membentuk silinder cakera dan boleh menyimpan data pukal yang banyak. Cakera keras terdapat dalam ben - tuk cakera keras tetap dan cakera keras boleh pindah atau pek cakera. (KOM) hard

Kembali ke atas