Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.dan] | تيندن

Definisi : = tindan-tindih; bertindan 1. bertimbun-timbun (bertindih-tindih) dgn tidak teratur: pokok-pokok yg ditebang bertindan-tindan dan bertumpang tindih merata-rata; 2. mencakupi atau meliputi bahagian-bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama (setidak-tidaknya sebahagian­nya); menindankan menimbunkan, menindih­kan: padi yg berguni-guni itu ditindankan-nya di atas penjemuran; pertindanan 1. keadaan dsb bertindan; 2. keadaan meliputi bahagian (aspek, bidang, dsb) yg sama setidak-tidaknya pd sebahagian­nya, keadaan mencakupi bahagian-bahagian tertentu yg sama: terdapat ~ antara beberapa kategori. tindan-tindih cakupan atau liputan yg seba-hagiannya sama, pertindanan; bertindan-tindih bertindih-tindih dgn tidak teratur: puluhan ribu mati berkaparan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.dan] | تيندن

Definisi : bahagian pd sesuatu anyaman (terutama di bahagian tepi) yg dianyam berlapis supaya teguh. bertindan 1 mempunyai tindan (ttg barang-barang anyaman). 2 berlapis-lapis dgn tidak bersusun (ttg letak sesuatu); bertindih-tindih: Kain baju yg baru diangkat dr ampaian dibiarkan ~ di atas katil. 2 (bkn tugas, kuasa dll) bertepatan atau sama antara satu dgn yg lain; bertumpang tindih: Tugas dan tanggungjawab sesuatu kementerian seharusnya tidak ~ dgn tugas dan tanggungjawab kementerian lain, tetapi hendaklah saling melengkapi. menindan membuat tindan (pd barang-barang anyaman). menindani terletak di atas sesuatu yg lain; melapisi. menindankan meletakkan sesuatu di atas yg lain; melapiskan. mempertindankan menyusun su­paya bertindan; menjadikan bertindan. tindanan apa-apa yg bertindan: ~ buku; ~ kain baju. pertindanan hal atau keadaan bertindan; pertindihan. penindanan perbuatan (hal dsb) menindan, menindani atau menin­dankan; penindihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindan
Kata Terbitan : bertindan-tindan, menindan, menindankan,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overlap grippegangan tindan/grip tindanSukanTiadaTiada
bi-pack printingteraan dwi-pakKomunikasiTiada1. Proses membuat salinan filem yang digunakan dalam teknik tangkap tindan. Lihat juga: tangkap tindan. 2. Proses membuat dedahan berulang pada sesuatu imej dengan cara dua imej yang sama dicetak secara serentak.
security overprintcetak tindan keselamatanPentadbiran PerniagaanTiadaCetak tindan yang diterakan pada setem untuk mencegah pemalsuan setem.
continuous overprintscetak tindan selanjarPentadbiran PerniagaanTiadaCetak tindan pada setem yang dicetak tanpa menghiraukan sempadan atau jidar setem.
stacked optical memorymemori optik tindanKejuruteraanTiadaSistem ingatan yang mengandungi plat holografi tindan laser selak mod dan tatasusun pengesan pantas.
overprintcetak tindanKomunikasiTiadaCetakan yang bertindih atau bertindan ke atas halaman atau permukaan yang telah dicetak. Dalam pembuatan plat, cetak tindan boleh juga berlaku.
superimposetindanKomputerTiadaTiada
superimposetindanGeografiTiadaTiada
mattingtindanKomunikasiTiadaTeknik penghasilan imej secara optik dan digital dengan cara menggantikan sesuatu imej dengan imej yang lain.
overprintcetak tindanKomunikasiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas