Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tindasan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tindas1. menghimpit (menekan) dgn kuat: ~ kutu; 2. membuat dgn sekehendak hati (dgn kejam dll) terhadap, memeras, memperkuda, menganiaya: ia menerangkan bahawa pemberi pinjaman wang dapat ~ petani-petani dgn berbagai-bagai cara; 3. menumpaskan (pemberontakan dll), mengua­sai (menghapuskan dll) dgn kekerasan, menekan: parti komunis melaksanakan ajaran-ajaran Lenin utk ~ kebebasan peri­badi; pergerakan-pergerakan utk mendapat­kan kemerdekaan bagi negeri itu ditindas oleh kerajaan penjajah; tertindas ditindas, ditekan (dikuasai) dgn kekerasan: rakyat yg lama ~ itu akhirnya menentang pemerintah penjajah; tindasan 1. hasil perbuatan menindas, tekanan; 2. tembusan atau rakaman surat (stensil dll); penindasan perbuatan menindas: dlm pemerintahan diktator kerap berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia; penindas orang dll yg menindas.Kamus Dewan Edisi Keempat
tindasan1. hasil perbuatan menindas, tekanan; 2. tembusan atau rakaman surat (stensil dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
tindihbertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, meng­himpit, menimpa: ahli gusti itu mere­bah­kan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusah­kan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntung­an­nya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluar­an syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan menca­kupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpit­an, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas