Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting] | تيڠ

Definisi : bunyi spt loceng kecil (wang logam jatuh ke lantai dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ting


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hendecasyllabicsebelas sukuKesusasteraanPuisiBaris puisi dalam sesuatu rangkap yang mempunyai sebelas, suku kata. Jumlah ini mungkin berasal daripada dua, tiga, empat atau lima perkataan diksi. Contohnya, pada baris ini: Ke/mu/mu ti/dak ke/la/di pun ti/dak Ke/lo/pak se/per/ti ran/ting ke/ta/pang
mnemoniknemonikMuzikTiada

 Bunyi, timbre serta silibal yang terhasil daripada pukulan alat dram tertentu. Contohnya, bunyi nemonik, cap, dong, duh, ting dihasilkan oleh pukulan alat gedumbak dalam wayang kulit Kelantan. Lihat juga bol.

da capo ariada capo ariaMuzikTiada

 Aria daIam bentuk ABA. Bahagian A diulangi selepas B. Ulangan A biasanya diimprovisasikan dan divariasikan de­ngan ton hiasan supaya penyanyi berpeluang mempamerkan teknik virtuoso. Da capo aria merupakan salah satu bentuk yang terpenting pada akhir abad ke-17 hingga abad ke-18.

kacapikacapiMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai kordofon jenis ziter yang dipetik. Alat muzik ini berkembang di daerah Sunda, Jawa Barat, Indonesia. Kacapi mempunyai badan berbentuk segi empat bujur. Tujuh utas tali atau lebih dipasang pada badan dan setiap tali disokong dengan kekuda yang tinggi. Tali dipetik dengan jari dan dimainkan secara solo atau dalam ensembel. Dalam ensembel, kacapi dimainkan bersama-sama dengan alat muzik suling dan rincik bagi mengiringi nyanyian pantun, iaitu Tembang Sunda dan lagu vokal popular yang dikenali sebagai kacapian, dalam persembahan kacapi-suling. Kini, alat elektronik dipasangkan pada badan kacapi untuk mengayakan bunyi. Kacapi dikenali sebagai chakay atau jakhe di Thailand dan mi gyaun di Myanmar. Lihat juga jakhe.


Kembali ke atas