Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.gal] | تيڠݢل

Definisi : 1. diam (di), menetap: sejak dr kecil lagi ia ~ di bandar itu; saya ~ di rumah ayah saudara saya; 2. terus berada di (tidak berundur dr), masih ada (di sesuatu tempat): saya tidak boleh ~ lama di sini kerana banyak kerja di rumah; esok siapa mahu ~, ~lah, saya mahu pergi juga; 3. yg ada lagi, bakinya, berbaki, bersisa: setelah ditolak segala perbe­lanjaan ~ tiga puluh ringgit sahaja; kuih yg dihidangkan habis dimakannya, tidak ada yg ~; 4. terkebelakang (drpd orang lain dll), ada di belakang, tidak turu maju (naik darjah dll): mereka semua terus maju ke hadapan, kita juga yg ~; murid yg lulus dlm peperik­saan dinaikkan darjah, yg gagal ~; 5. sudah berlalu (lampau), tidak berlaku atau kedapatan lagi (bkn peristiwa, keadaan hidup, dll): corak masyarakat yg kuno itu sudah ~, diganti dgn cara hidup yg moden; 6. tetap (kekal, selalu) spt hal atau keadaannya yg sedia (yg demikian): akibatnya yg kaya bertambah kaya dan yg miskin ~ miskin; tidak ~ tidak selalu (sentiasa); 7. mengabaikan, melalaikan, melupakan, mencuaikan: ia sangat beribadat orangnya dan tidak ~ sembahyang; tidak ~ tidak mengabaikan; 8. hanya perlu ..., tidak payah membuat apa-apa kecuali ...: perse­diaan menyambut hari raya sudah siap, ~ menanti harinya sahaja; 9. terpulang (ter­serah, terletak) pd, bergantung pd: kata putus mengenai perkara ini ~ pd pengurus syarikat; 10. yg didiami (diduduki); rumah (tempat) ~ rumah (tempat) yg didiami; 11. yg dikosong­kan (ditinggalkan): maka adalah kelakuan negeri itu spt negeri ~, sunyi tiap-tiap kedai dan pasarnya; ladang ~; ~ arwah sudah meninggal; ~ baka yg ada hanya keturunan; ~ tulang sangat kurus; bertinggal = ~ kata berpesan (sebelum berangkat); meninggal = ~ dunia kembali ke rahmatullah, mati: ayahmu yg telah ~ itu janganlah dikenangkan sangat; meninggali 1. menduduki, mendiami: rumah itu sekarang ditinggali oleh cucu-cicitnya; 2. membiarkan tinggal sesuatu (utk), memberi pusaka: Raja Umar ditinggali baginda belanja emas urai empat kati; meninggalkan 1. membiarkan (mendiam­kan) sahaja pd tempatnya (keadaannya dll), tidak membawa pergi: mereka terpaksa ~ anak isteri di kampung utk pergi ke bandar men­cari pekerjaan; 2. pergi dr, berundur dr, menjauhkan diri dr: ia mula ~ tempat itu; kereta api bergerak semula ~ stesen Seremban menuju Kuala Lumpur; 3. membiarkan ber-baki, menyisakan: tidak dihabiskan makan­­an itu, ditinggalkan sedikit utk anaknya; 4. memberi (kpd), mewariskan, mem­beri (bekas-bekas, kesan, dll), meng­akibatkan: ~ pesanan; ~ harta; sindiran itu begitu tajam sehingga ~ kesan yg dalam di hatinya; 5. membiarkan sahaja (tidak meng­ambil, mempergunakan, dll), melepaskan (peluang, kesempatan, dll): sekarang aku berasa kesal kerana ~ peluang baik itu dahulu; 6. sudah melebihi (me-lampaui, melewati, mendahului, mengatasi): dlm banyak lapangan, bangsa lain telah ~ bangsa Melayu; dlm menguruskan perkara perkahwinan saudara-mara tidak baik ditinggalkan; 7. tidak memasukkan ke dlm per-timbangan (perkiraan dll), mengetepikan, mengesampingkan: kerana kesuntukan masa, beberapa acara dlm perayaan itu terpaksa ditinggalkan sahaja; ia hanya menyebut masalah-masalah besar dan ~ yg kurang penting; 8. membuang (adat dll), tidak memakai atau menjalankan lagi (peraturan, faham, cara, dll), meletakkan (mengosong­kan) jawatan dll: penyajak ini sudah ~ bentuk syair sama sekali; pernah kedapatan gadis bangsa asing ~ agama mereka kerana mengikut laki-laki bangsa kita; 9. tidak mempedulikan atau mengendahkan (kewajib­an dll), mencuaikan (mengalpakan, melalai­kan): ~ kewajiban; tertinggal 1. terbiar pd tempatnya dll (kerana tidak dibawa sama, tidak hilang, dll): ia terpaksa pulang kerana khuatir akan anaknya yg sudah lama ~ di rumah; 2. ter­ke­belakang (kerana tidak dapat mengejari atau menyaingi), tercicir: tidak berapa lama kemudian, hilanglah sudah kapal itu ~ di belakang; 3. terdapat sbg baki drpd sesuatu, tersisa: kerana banyak jemputan tidak hadir, banyak makanan yg ~ begitu sahaja; 4. terabai, terbengkalai: banyaklah kerja-kerja yg ~ kerana pekerja-pekerja baru itu tidak dapat menghabiskannya; tinggalan 1. sesuatu yg ditinggalkan: wang ini sahajalah ~ ayahnya; 2. sisa; 3. ark = peninggalan; ketinggalan 1. yg tinggal baki, kelebihan, sisa: belum dijelaskan semua hutangnya, masih ada ~; 2. tertinggal (dgn tidak sengaja), tidak dibawa dll (kerana terlupa, khilaf, dll), kelupaan: rokokku tidak ada dlm saku, ~ di kereta; 3. terbelakang (dlm pelajaran, kema­juan, dll), tercicir: apabila sudah khayal tentu­-lah mereka akan ~ dlm pelajaran; 4. (telah) ditinggalkan oleh (bas, kereta api, dll): kami ~ bas dan sampai di sana lewat setengah jam; 5. = ~ zaman tidak seimbang (sesuai) dgn keadaan (kebiasaan dll) zaman: sikapnya tidak membenarkan anak perempuannya bersekolah agak ~ zaman; tidak ~ tidak alpa, (lalai, lengah), tidak mahu terbelakang (melakukan sesuatu): ia tidak pula ~ drpd menolong ibu bapanya; peninggalan 1. sesuatu yg ditinggalkan, pusaka, warisan: ~nya, sebuah buku, seka­rang ini terletak di hadapan saya di atas meja; harta ~ harta pusaka; 2. = sepeninggalan seberangkatan, sepemer­gian, sesudah matinya: sepeninggalannya, agama Islam telah tersebar di Samudra; 3. sesuatu sisa atau bekas dr zaman dahulu (purbakala): saya lihat ada sebuah kota batu besar ~ kerajaan Hindu atau Islam agaknya; peninggal 1. = sepeninggal setelah (ber-angkat, berlalu), seberangkat, sepergi: adapun ~ aku keluar ini hendaklah engkau mengatur perang; sepeninggalnya datang­lah adiknya; 2. = sepeninggal setelah meninggal (mati): sepeninggal Suyono beredar mata Leman melihat ke dinding lantaran malu; 3. sl yg ditinggalkan, pusaka: maka datanglah Raja Kida Hindi dgn pelbagai permata ~ datuk neneknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.gal] | تيڠݢل

Definisi : burung ~ anak sj burung, Cranor-rihunus corrugatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.gal] | تيڠݢل

Definisi : 1 menetap atau diam (di…): Ia sudah lama ~ di bandar. 2 masih ada di tempatnya; tidak ke mana-mana: Awak ~ di sini, saya hendak ke bandar sekejap. 3 berbaki; berlebih: Duitnya ~ dua ringgit selepas membeli-belah. 4 selalu atau kekal spt keadaan yg sedia; tidak berubah-ubah: Yg kaya bertambah kaya, yg miskin ~ miskin. 5 dilalaikan; dicuaikan: Ke mana saja ia pergi, tidak pernah ~ sembahyang. 6 cuma; hanya: Persediaan utk kenduri sudah sedia, ~ bunga telur saja yg belum. 7 yg di­kosongkan; tidak bertunggu lagi: rumah ~. ~ arwah sudah meninggal. ~ baka yg ada cuma keturunan. ~ tulang sangat kurus. tempat ~ rumah atau tempat yg didiami. meninggal, = ~ dunia mati. meninggalkan 1 membiarkan tinggal; tidak membawa bersama: Ia ~ anaknya di rumah. 2 berlepas dr; pergi dr; menjauhkan diri dr: Ia ~ Kota Kina­­balu pd hari Ahad. 3 membiarkan berbaki; melebihkan: Faridah ~ dua keping roti utk adiknya. 4 mendahului atau mengatasi; melebihi: Dlm bidang kejuruteraan, orang-orang Jerman sudah ~ orang-orang Inggeris. 5 mengetepikan sesuatu perkara; tidak memasukkan dlm pertimbangan dll; tidak mem­pedulikan. 6 tidak memakainya atau tidak menggunakannya lagi (ttg adat, kebiasaan dll): Ia sudah lama ~ adat Perpatih. 7 melalaikan atau mencuaikan sesuatu kewajipan dll: Bapanya yg sudah tua itu tidak pernah ~ puasa. tertinggal 1 tercicir di belakang kerana tidak dpt menyaingi atau kerana tidak dpt mengejar: Dlm perlumbaan itu, Rosnah ~ di belakang sekali. 2 tidak dibawa bersama kerana terlupa; tercicir. ke­ting­galan 1 sudah ditinggalkan (oleh bas, kereta api dll): Reza sudah dua kali ~ bas kerana ia bangun lewat. 2 ter­cicir atau terkebelakang (dlm pelajar­an, kemajuan dll): Sejak sakit, ia sudah ~ dlm semua mata pelajarannya. ~ zaman tidak sesuai dgn keadaan sezaman. tidak ~ tidak mahu terkebelakang; tidak lalai. peninggalan 1 segala se­suatu yg ditinggalkan; pesaka: harta ~ harta pesaka. 2 sisa atau saki-baki dr zaman dahulu. sepeninggalan 1 sesudah pergi atau sesudah berangkat; sesudah mati: ~ ibunya, rumah itu menjadi kucar-kacir. 2 selama atau pd ketika ditinggalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,

Puisi
 

Nyiur tunggal kelapa tunggal,
     Tindan menindan kelapa manis;
Berpeluk tinggal bercium tinggal,
     Tinggal abang jangan menangis.


Lihat selanjutnya...(118)
Peribahasa

Tinggal di tabung dituntungkan,
     tinggal di aweh dikiraikan.

Bermaksud :

Telah mengajarkan semua ilmu yang ada dalam dadanya. tuntung = tunggang.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
ibu rezeki[i.bu Ä«.z«.ki] beberapa bahan asas dalam makanan harian seperti beras, gula, kopi, dan garam yang ada di dalam bekas simpanan tidak dihabiskan semuanya. Apabila tinggal sedikit, ia ditambah dengan yang baharu. Begitulah seterusnya dilakukan dan menjadi amalan atas kepercayaan untuk menjadi ibu rezeki.Beras dah tinggal segenggam dalam tempayan dare ni jangan abeskan, buat ibu rezeki.[b«.ÄAs dAh tiN.gAl s«.g«N.gAm dA.lAm t«m.pA.jAn dA.Ä« ni dZA.NAn A.bes.kAn bu.wAt i.bu Ä«.z«.ki]Beras yang sudah tinggal segenggam di dalam tempayan dara ini jangan dihabiskan untuk dibuat ibu rezeki.
seri rumah[s«.Äi Äu.mAh] upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; semangat rumahKau nak masok rumah baru tu, dah buat seri rumah ke belom?[kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.Äi Äu.mAh k« b«.lom]Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum?
semangat rumah[s«.mA.NAt Äu.mAh] upacara yang dilakukan oleh tuan rumah sebelum menduduki rumah yang baru siap dibina. Sedikit bahan-bahan asas kehidupan seperti gula, kopi, beras, asam, tepung dan garam diletakkan di hadapan pintu utama rumah. Selepas tujuh hari baru boleh disapu. Tujuannya adalah untuk menaikkan seri rumah dan agar murah rezeki; seri rumahKau nak masok rumah baru tu, dah buat semangat rumah ke belom?[kAw nA/ mA.so/ Äu.mAh bA.Äu tu dAh bu.wAt s«.mA.NAt Äu.mAh k« b«.lom]Engkau hendak tinggal di rumah baru itu, sudah buat seri rumahkah atau belum?

Kembali ke atas