Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.ga.lan] | تيڠݢلن

Definisi : 1. sesuatu yg ditinggalkan: wang ini sahajalah ~ ayahnya; 2. sisa; 3. ark = peninggalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
FORMASI MACINCANGTinggalan daripada jasad organik organisma atau kelongsong jasadnya yang telah mengeras dan terawet secara semula jadi dalam batuan di kerak bumi. Fosil berasal daripada perkataan Latin fossilis, yang bererti suatu benda yang diperoleh daripada penggalian lubang.... Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
ARTIFAK ISLAM

Artifak Islam. Tinggalan purba pada umumnya

bermaksud benda-benda yang dibuat oleh

manusia atau digunakan oleh manusia berupa

tempat tinggal, perkakas rumah, alat-alat dan

kesenian yang kemudiannya ditinggalkan kerana

peredaran zaman. Sejak dahulu lagi, manusia

sudah tahu menghargai barang-barang purba. Ini

kerana menghargai barang-barang purba, menjaga

hak milik dan mengingati tuan punya, serta

menikmati kecantikan mempunyai hubungan yang

erat dengan kecenderungan dan naluri manusia

yang ingin memilikinya, menikmati keindahannya

serta ingin mengetahuinya.

UMUM 
ARKEOLOGI

Arkeologi ialah kajian saintifik tentang tinggalan

budaya manusia pada zaman lampau. Ahli

arkeologi menyelidik kehidupan manusia awal

dengan mengkaji objek yang mereka tinggalkan.

Objek ini termasuk bangunan, kerja seni, perkakas,

tulang-belulang dan barang tembikar. Ahli

arkeologi mungkin membuat penemuan yang

menarik, seperti makam yang berisi emas atau

runtuhan puing-puing kuil yang indah di tengah-

tengah hutan.

UMUM 
ATHLONE

Athlone (pend. 8768) ialah bandar yang terbesar

di Westmeath, Republik Ireland. Bandar ini terletak

112 kilometer di barat Dub lin di tebing Sungai

Shannon. Untuk lokasinya, lihat Ireland (peta).

Terdapat tinggalan tembok yang dibina dari tahun

1500-an dan tinggalan biara Franciscan yang dibina

dari tahun 1200-an di bandar ini.

Athlone mempunyai industri benang bulu dan

tekstil. Ia juga merupakan pusat pasaran bagi

ladang di sekitarnya. Sebuah pemancar radio

didirikan dekat Athlone pada tahun 1933.

UMUM 
SCOTLAND, SEJARAH

Scotland, Sejarah. Peneroka awal di Scotland

mungkin telah tiba pada akhir Zaman Ais terakhir.

tetapi tinggalan arkeologi yang awal sehingga kini

menunjukkan ia bertarikh dari kira-kira tahun 6000

S.M. Penghuni awal Scotland ialah pemburu dan

nelayan yang berhijrah mengikut jalan laut dari

selatan. Bilangan mereka sangat kecil dan

sebahagian besarnya tinggal di kawasan pesisir.

Kebudayaannya tergolong dalam Zaman Mesolitik

(Zaman Batu Pertengahan).

UMUM 
EJAAN DAN TULISAN KAWI

EJAAN DAN TULISAN KAWI, sistem ejaan yang berasal daripada bahasa Kawi, salah satu bahasa kuno yang ada kaitannya dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Beberapa tinggalan sejarah menunjukkan bahawa bahasa Kawi pernah digunakan dengan agak meluas di kebanyakan pusat pemerintahan raja-raja rumpun Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara. Pengaruhnya telah bermula dan bertapak di beberapa buah istana raja seperti di Kutai, Tarumanegara, majapahit, Sriwijaya, Padjajaran, Singasari dan Mataram sejak abad pertama hingga abad ke-16, sebelum pengaruh agama Islam berkembang luas di rantau tersebut.

BAHASABahasa
TAKUAPA

TAKUAPA, tapak arkeologi zaman protosejarah.  Takuapa terletak di pantai barat Semenanjung Thailand, 96 km ke utara Pulau Phuket.  Di daerah ini terdapat tiga tapak arkeologi zaman protosejarah kerajaan awalyang penting iaitu T’ung-T’uk (di Pulau Ko Kho Khau), Bukit Pra No dan Bukit Pra Narai.  Tinggalan tersebut adalah tinggalan kerajaan-kerajaan entrepot Melayu abad ke-9 M.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MONGGOK

Monggok ialah bonggol tanah atau batu yang

menutupi tanah perkuburan purba. Ia dibina di

Britain dari kira-kira pada tahun 2500 S.M. hingga

awal zaman Saxon, iaitu kira-kira pada tahun 500

M. Tinggalan bonggol masih wujud di banyak

bahagian Kepulauan British. Satu daripada yang

terbesar ialah di Kennet Barat, di Wiltshire. Ia

sepanjangnya 107 meter dan lebarnya 23 meter.

UMUM 
PALEONTOLOGI

Paleontologi ialah kajian secara saintifik tentang

haiwan, tumbuhan dan organisma lain yang hidup

pada zaman prasejarah – yakni lebih 5500 tahun

dahulu. Tinggalan fosil organisma terdapat pada

batuan enapan (batuan yang terbentuk oleh bahan

mineral yang mendak dari udara, ais atau air).

Organisma yang kini sudah menjadi fosil hidup ketika

batuan itu sedang terbentuk. Organisma ini terbentuk

dan terawet semasa lapisan batuan itu bertindih-

tindih.

UMUM 
SPLIT

Split (pend. 235 398 ) ialah bandar di selatan

Croatia yang membangun daripada bandar purba

Rom. Bandar ini terletak di pantai Lautan Adriatik

(lihat Croatia [peta]). Namanya dalam bahasa Itali

ialah Spalato. Bandar Split pada asalnya didirikan

pada sekitar tahun 295 M. dan ia termasuk dalam

lingkungan tembok kota batu yang mengelilingi

istana Maharaja Rom, Diocletian. Tinggalan istana

ini masih lagi ada yang kini menjadi pusat bandar

Split. Tinggalan bangunan Rom purba ini

memberikan satu contoh yang paling baik tentang

seni bina Rom. Hari ini, Split merupakan pelabuhan

penting dan juga pusat bagi perindustrian –

terutama sekali industri pembinaan kapal. Sebuah

loji janakuasa hidroelektrik yang besar terletak

tidak jauh dari bandar ini.

UMUM 
123

Kembali ke atas