Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.ga.lan] | تيڠݢلن

Definisi : 1. sesuatu yg ditinggalkan: wang ini sahajalah ~ ayahnya; 2. sisa; 3. ark = peninggalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tinggal (kata kerja)
1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,

2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,

3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,

Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antiquarianismkaji antik; kepurbaanKesusasteraanTiadaKajian tentang zaman purba melalui tinggalan-tinggalan lama yang terdapat terutama tinggalan-tinggalan seni.
vegetation remaintinggalan tumbuhanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahan yang dijumpai semasa kerja ekskavasi yang ditinggalkan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Tinggalan secara sengaja dilakukan oleh manusia manakala tidak sengaja dilakukan oleh binatang. Tinggalan tumbuhan ini dapat menentukan keadaan alam sekitar, jenis makanan, corak pemakanan dan jenis budaya sesuatu tapak. Tinggalan ini juga boleh dijadikan bahan untuk menentukan umur sesuatu budaya. Contohnya, padi, kekacang, debunga dan jagung.
pictorial survivalgambar tinggalanSejarahTiadaTinggalan gambar lukisan atau coretan zaman purba atau prasejarah pada batu, gua dan dinding yang masih ada untuk dikaji oleh ahli arkeologi.
debris (metaphorical)kecaianSejarahTiadaTinggalan sesuatu yang rendah atau musnah seperti tinggalan empayar Iskandar Zulkarnain.
funerary goodsbarangan pengebumianArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTinggalan yang ditemui di dalam kubur yang berperanan sebagai barang iringan. Tinggalan ini mempunyai fungsi untuk kegunaan si mati di alam lain dan pada waktu yang sama turut berperanan sebagai lambang atau status. Antara barangan pengebumian separti kalung tulang binatang, gelang batu, tembikar, manik dan alat batu. Kedudukan barangan ini, biasanya berada di bahagian kepala, badan, kaki dan sisi mayat. Contoh tempat bahan ini ditemui ialah di Gua Cha (Kelantan) . Gua Gunung Runtuh (Perak) dan Gua Niah (Sarawak). Sinonim bekal pengebumian.
fossilfosilKejuruteraanPetroleumTinggalan berupa bahan organik daripada zat haiwan atau tumbuh-tumbuhan atau kesan daripada kegiatan hidup organisma yang tertimbus dan terawet jutaan tahun lamanya dalam batuan. Tinggalan ini termasuklah bahan rangka, bahan kumuhan, kesan rangka atau kesan tapak kaki dan sebagainya.
ecofactekofakArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBukti tinggalan data arkeologi yang menjadi petunjuk terhadap wujudnya kegiatan budaya manusia di sesuatu kawasan. Walau bagaimanapun, bukti tinggalan ini tidak dihasilkan oleh manusia tetapi digunakan untuk keperluan kehidupan seharian. Contoh ekofak seperti bekas pembakaran, debunga tumbuhan, sisa kerang, arang dan tulang binatang.
behavioural archaeologyarkeologi tingkah lakuArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSubbidang arkeologi yang mengkaji tinggalan manusia dan cuba merekonstruksi tingkah laku manusia melalui tinggalan yang ditemui. Dua aspek ini dapat dilakukan dengan membandingkan kegiatan masyarakat zaman sekarang dengan data yang diperoleh. Contohnya, penemuan data berhubung zaman prasejarah di Gua Cha (Kelantan) dan kawasan sekitarnya yang mempunyai pola tingkah laku sama dengan masyarakat orang Asli di kawasan berhampiran.
remote sensingpenginderiaan jarak jauhArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiTeknik survei yang digunakan untuk mengesan tinggalan di atas permukaan bumi dari pandangan atas. Teknik ini tidak merosakkan tinggalan arkeologi. Kelebihan teknik ini ialah data di permukaan bumi dapat dibesarkan dengan lebih jelas. Melalui teknik ini, imej yang diambil dari satelit akan dianalisis dengan menggunakan komputer untuk mentafsirkan maklumat arkeologi dengan lebih terperinci. Contohnya tanah dan kawasan hutan memperlihatkan warna berbeza antara peninggalan baru dengan lama.
archaeology museummuzium arkeologiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiMuzium yang dibina khusus untuk mempamerkan tinggalan arkeologi. Tujuannya adalah untuk pameran, penyelidikan dan pemeliharaan jumpaan arkeologi. Lokasi muzium ini biasanya dibina di tapak atau berhampiran dengan tempat terjumpanya tinggalan arkeologi. Muzium arkeologi di Malaysia ialah Muzium Arkeologi di Lenggong (Perak) dan Lembah Bujang (Kedah). Kedua-dua muzium diuruskan oleh Jabatan Muzium Malaysia.
12345678

Kembali ke atas