Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Dulu timah,
     sekarang besi.

Bermaksud :

Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lullabydodoiKesusasteraanPuisiPuisi yang diciptakan khusus untuk dinyanyikan atau didendangkan. Bertujuan untuk menidurkan anak kecil sama ada dalam buaian ataupun di pangkuan ibu. Contohnya, Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Sudah pandai baca kitab.
Ostwald ripeningpematangan OstwaldKejuruteraanKejuruteraan KimiaPelarutan hablur kecil apabila terdapat hablur besar di dalam larutan dan hablur besar akan terus membesar sehingga kesemua hablur kecil pupus. Ini berlaku kerana tenaga permukaan hablur yang kecil adalah tinggi dan terpaksa melarut untuk mengimbangkan tenaga permukaan sistem.
macaroni rigrig makaroniKejuruteraanPetroleumRig ulang kerja yang biasanya berkeupayaan kecil yang dibina khas untuk mengendalikan operasi memasukkan atau mengangkat tetiub atau paip yang mempunyai garis pusat kecil (lebih kecil atau sama dengan satu inci) ke dalam atau ke luar lubang telaga. Kos penggunaan rig ini relatif lebih murah jika dibandingkan dengan kos penggunaan rig-rig yang berkeupayaan lebih tinggi.
fluid energy millpengisar bendalir kelajuan tinggiFarmasiFarmaseutikPeralatan yang menggunakan tekanan untuk menghasilkan bendalir seperti udara, yang berkelajuan tinggi. Bendalir yang bertenaga tinggi menghasilkan zon golakan. Partikel yang berada dalam zon ini saling berlaga dengan amat kuat sehingga menghasilkan saiz partikel yang lebih kecil disebabkan oleh proses penghentaman dan penggeseran. Bahan yang dikecilkan biasanya bersifat rapuh. Contohnya, bahan berhablur seperti garam batuan dan gula batu. Lihat juga penghentaman, penggeseran, perlagaan.
Microcos tomentosaCenderaiPertanianTiadaPokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda hijau dan yang masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis.
Microcos tomentosacenderaiHerbaBotani dan BioteknologiPokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperang-perangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperang-perangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputih-putihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda berwarna hijau dan buah masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis.
shakosyakoKesenianTiadaTopi bertajuk tinggi, kaku bersudu kecil. Bahagian hadapannya dihiasi dengan sejenis piring logam dan plum.
high spotbintik tinggiKejuruteraanTiadaKawasan kecil yang mempunyai dos sinaran yang paling tinggi daripada kawasan-kawasan yang terkena sinaran.
x-heightx-ketinggianTeknologi MaklumatTiadaDalam tipografi, tinggi fon huruf kecil yang diukur dari tapak ke atas. X-ketingian mengukur dengan lebih tepat ketinggian fon aksara berbanding jenis saiz yang diukur dalam poin.
x-heightx-ketinggianTeknologi MaklumatTiadaDalam tipografi, tinggi fon huruf kecil yang diukur dari tapak ke atas. X-ketingian mengukur dengan lebih tepat ketinggian fon aksara berbanding jenis saiz yang diukur dalam poin.
12345678910...

Kembali ke atas