Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinggi (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan panjang, lampai, langsing, renjong, tonjeng, lonjong, agam, ampai,
Berantonim dengan pendek

2. Bersinonim dengan luhur: mulia, murni, besar, agung,
Berantonim dengan hina

3. Bersinonim dengan angkuh: bongkak, congkak, sombong, pongah,

4. Dalam konteks suara
bersinonim dengan nyaring, muluk, halus dan keras,
Berantonim dengan rendah

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan mahal, melambung, menjulang, meningkat, naik,
Berantonim dengan rendah

Kata Terbitan : meninggikan, ketinggian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa beza diantara wang dan duit, contoh dalam enakmen wakaf selangor ada ditakrifkan istibdal wakaf bahawa ianya bermaksud : ((…menggantikan suatu harta wakaf dengan harta lain atau wang yang sama atau lebih tinggi nilainya...)) maka adakah perkataan WANG di dalam takrif ini membawa maksud DUIT, atau ia lebih umum dari perkataan DUIT ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, wang ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah manakala duit ialah kepingan logam (daripada emas, perak, tembaga dll.) yang dicap menjadi syiling, atau kertas yang dicap dengan nilainya sekali yang diterima atau yang diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu.
Dalam konteks wakaf seperti yang dinyatakan dalam soalan, berkemungkinan wang yang dimaksudkan ialah alat pertukaran yang mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah, dengan maksud yang lebih umum daripada maksud duit.
Makna12.05.2020
Tuan/Puan: 1.“Pameran barang-barang ____________akan diadakan di Muzium Negara pada bulan hadapan. A. kuno B. antik C. buruk D.usang” Jawapan yang diberi ialah B. Bolehkah tuan jelaskan perbezaan maksud dan penggunaan “kuno” dan “antik”? 2.”Kamal memperoleh markah tertinggi dalam kelasnya.” Adakah ayat tersebut betul? Terima kasih.1. Jawapan yang lebih tepat ialah antik.

Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua kuno bermaksud sudah ada sejak bertahun-tahun dahulu; lama; tua: barang-barang ~ barang-barang lama dan tidak moden; kolot (berkenaan adat, fahaman dan lain-lain). Manakala antik bermaksud barang-barang sepertiperabot, pinggan mangkuk atau hasil seni lain yang dihasilkan pada zaman lampau dan tinggi nilainya kerana kecantikannya, mutu hasil kerjanya.

2. Ayat yang tepat ialah Kamal memperoleh markah tertinggi di dalam kelasnya.
Tatabahasa27.12.2016
Sila tanya sama ada penggunaan ayat berikut betul dari segi frasa tatabahasa?? 1. Kebanyakan para ibu bapa ...

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Kedua-duanya membawa maksud ramai dan banyak. Oleh itu, penggunaan frasa yang betul ialah Kebanyakan ibu bapa atau Para ibu bapa.

Lain-lain13.07.2010
Salam sejahtera, sebagai Mahasiswa dan pencinta bahasa Melayu, saya sekali lagi saya ingin meluahkan pendapat saya berkenaan dengan bahasa Melayu. Seperti apa yang kita sedia maklum, bahasa Melayu hari ini nampaknya seperti tidak memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu dan maklumat serta tiada peranan penting di peringkat pengajian tinggi atau universiti. Dahulunya bahasa Melayu dikagumi dan megah di Asia tenggara dan eropah kerana peranannya sebagai bahasa pengantar bukan sahaja dalam hal agama tetapi juga dalam perdagangan sehingga orang yang tidak pandai berbahasa Melayu menjadi sangat malu dan merasa tercicir. Siapa kata sejarah tidak boleh diulang? sebenarnya boleh jikalau kita bersatu padu mempertahankan keaslian bahasa kita. Selain itu, saya juga menyokong seratus peratus hasrat murni kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 iaitu matlamat untuk mencapai taraf negara maju tetapi saya sangat sedih dan kecewa mengenang nasib bahasa kita yang semakin hari semakin pupus keasliannya. Apalah nasib bahasa di masa hadapan? siapa yang mempertahankanya? tidak ada yang mahu mempertahankan melainkan masyarakat kita sendiri. Apalah gunanya negara mencapai kemajuan tetapi bahasa kita tidak mencapai kemajuan, mundur, tidak berguna dan tiada peranan. Bagi saya, bahasa Melayu juga penting dalam mencapai kemajuan dan perkembangan kerana bahasa mencerminkan dan melambangkan jati diri dan pengenalan sesuatu bangsa, masyarakat dan negara.Kami juga amat bersetuju dengan pandangan tuan. Alangkah baiknya jika bahasa Melayu kembali dimartabatkan sebagai bahasa ilmu kerana bahasa Melayu tinggi mempunyai nilainya tersendiri dalam mengungkapkan wacana. DBP sentiasa berusaha dalam skop fungsi kuasa dan peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. DBP dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi telah melaksanakan Audit Bahasa Melayu IPTA untuk melihat pelaksanaan pelan tindakan pemartabatan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di IPTA 2011 - 2015.  

Lain-lain15.11.2015
Soalan saya: Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat? 1. Kebanyakan ibu di Malaysia... atau 2. Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia... Bolehkah diterangkan penggunaan 'kebanyakan' dengan lebih terperinci? Terima Kasih atas bantuan.Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Ayat yang lebih tepat ialah 'kebanyakan ibu di Malaysia' kerana perkataan kebanyakan sudah menunjukkan 'banyak' atau 'jamak', jadi tidak perlu ditambah perkataan 'ibu-ibu', memadai ibu sahaja.Tatabahasa12.12.2012
betul atau tidak ejaan perkataan "disability" dalam bm adalah "disabiliti"? perkataan "standard" boleh digunakan dalam bmTiada padanan ejaan dalam bahasa Melayu bagi kata disability yang terakam dalam Kamus Dewan Edisi Empat. Manakala kata standard boleh digunakan yang bermaksud 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba menentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; Lain-lain07.10.2010

Kembali ke atas