Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam: ia teringat-ingat ~ kawannya yg cepat menimbulkan marah­nya tadi; banyak ~ banyak ragam; salah ~ ber­laku tidak wajar; ~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan: ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya; bertingkah 1. melakukan perbuatan yg ganjil-ganjil (buruk dll): monyet jenis ini suka ~; 2. berbuat tidak wajar (yg bukan-bukan), berlaku ganjil: jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi; ~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku; 3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, se-haluan) dgn, tidak sama nadanya dsb (dgn): memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dgn dram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1. sj gendang; 2. tingkahan; bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, ber­selang-selangan: bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam; meningkah, meningkahi 1. memukul gen-dang dll menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain; 2. mengiringi (menyahut) lagu dll dgn bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dll): suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi; tingkahan 1. pukulan gendang dll yg mengiringi lagu, tarian, dsb; 2. nyanyi (tepuk tangan dll) yg menyertai bunyi-bunyian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : meningkah 1. membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang: “Aku tidak percaya”, katanya ~; 2. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi: maafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi; ia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : perbuatan yg ganjil-ganjil atau yg tidak patut: banyak ~ banyak ragam; ~ laku kelakuan atau gerak-geri. bertingkah 1 berbuat hal yg ganjil-ganjil, buruk dll: Anaknya yg kecil selalu juga ~. 2 berlaku atau berbuat yg bukan-bukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : ; meningkah menyampuk atau memotong perkataan orang: Jangan suka ~ percakapan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ting.kah] | تيڠکه

Definisi : 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih ber­ganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,

Peribahasa

Sebab budi boleh kedapatan.

Bermaksud :

Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul?(dan kenapa?) (a)Remaja mudah TERIKUT-IKUT DENGAN tingkah laku kawan-kawan. (b)Remaja mudah TERIKUT-IKUT AKAN tingkah laku kawan-kawan.Ayat yang betul ialah "Remaja mudah terikut-ikut dengan tingkah laku kawan-kawannya".  Penggunaan kata sendi nama 'akan' (seperti dalam ayat kedua) mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.Tatabahasa02.03.2011
a) 'Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan' b) 'Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan' Mana satukah ayat yang tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan lebih sesuai digunakan sebagai tajuk? Diharap pihak DBP dapat mencadangkan tajuk yang sesuai dan tiada kesalahan tatabahasa. Terima kasih.Ayat yang paling tepat ialah "Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan."  Tatabahasa25.11.2010
Tingkahlaku atau tingkah laku?Ejaan yang betul ialah "tingkah laku”. Ejaan15.08.2023
adakah salah laku dan tingkah laku itu simpulan bahasa (peribahasa)?Salah laku dan tingkah laku merupakan fasa biasa, bukannya dikategorikan sebagai simpulan bahasa atau peribahasa.Lain-lain27.03.2008
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009.Tatabahasa10.02.2009
munsyi, menurut soalan percubaan JPTerengganu 2009 Polis memerhatikan______penjenayah sebelum menyerbu tempat persembunyian mereka. A tingkah laku B gembar-gembur C gerak-geri D tindak-tindak apakah jawaban yangsesuia, apakah perbezaan antara A,C, dan D? TKMerujuk Kamus Dewan tingkah laku sama maksudnya dengan gerak-geri ataupun kelakuan. Berdasarkan makna tersebut jawapan yang betul ialah A dan C. Untuk melihat makna dan beza antara perkataan tersebut sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa07.01.2013
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009. (Sila Komen ayat ini)

Cadangan daripada kami ialah, "Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009."

Tatabahasa09.02.2009
yang mana satu betul? 1. mengambilkira/mengambil kira 2. ambil kira/ ambilkira 3. tingkahlaku/tingkah laku 4. selok-belok/selok belok 5. vandalisme/vandalisma 6. bersangkut-paut/bersangkut pautEjaan yang betul ialah (1) mengambil kira; (2) ambil kira; (3) tingkah laku; (4) selok-belok; (5) vandalisme; (6) bersangkut paut.Ejaan22.08.2014
Saya sedang membuat kajian mengenai information seeking behaviour di kalangan pelajar tahun akhir yang menuntut di IPTA. Responden kajian ini adalah pelajar tahun akhir yang sedang melakukan penyelidikan bagi projek tahun akhir. Diharap pihak tuan dapat membantu saya dalam dua persoalan: 1. Pensyarah saya yang berpengalaman dalam bidang information seeking behaviour menyatakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" adalah lebih sesuai digunakan berbanding "tingkah laku mendapatkan maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour. Bolehkah saya menggunakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour dalam kajian saya? 2. Apakah tajuk (a atau b) yang sesuai digunakan bagi kajian yang saya lakukan? Saya tidak pasti sama ada kata penghubung “yang” atau “dalam” yang sesuai digunakan. a. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan. b. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. Jika kedua-dua tajuk kurang sesuai, diharap pihak tuan dapat memberikan tajuk yang sesuai dari segi bahasa melayu. Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.

1. Istilah tingkah laku pencarian maklumat" sesuai sebagai padanan istilah information seeking behaviour.

2. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. - Frasa ini yang lebih sesuai

Tatabahasa16.10.2008
apakah maksud "tumpul semangat"Ungkapan tumpul semangat tidak ada dalam sumber rujukan kami. Tumpul dikiaskan juga kepada tingkah laku seperti tidak berminat lagi, kurang perhatian dan tawar hati. Oleh itu, maksud tumpul semangat yang boleh dikiaskan kepada tingkah laku yang kurang bersemangat.Makna09.01.2011
12345678910

Kembali ke atas