Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tinju
Kata Terbitan : peninju, bertinju, meninju, petinju,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
peninju atau petinju? Konteks: sarikataBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju bermaksud 1. tinju, penumbuk: peninjunya diangkat ke atas tinggi-tinggi 2. orang yang meninju.  Petinju pula bermaksud orang yang berlawan tinju, ahli tinju.Makna31.10.2011
Petinju atau peninju? Berlatar belakangkan atau berlatarbelakangkan?
Menurut data kami, maksud petinju ialah orang yang berlawan tinju; ahli tinju manakala maksud peninju ialah 1 orang yang meninju. 2 genggaman tangan untuk meninju; tinju. Berlatarbelakangkan ditulis sebagai satu perkataan apabila diimbuhkan dengan awalan ber...kan, jika latar belakang ditulis terpisah.
Tatabahasa06.10.2016
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasihWaalaikumsalam,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelang­gang.

Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.

Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak.

Makna12.03.2013
Assalamualaikum saudara, saya ingin mengemumakan beberapa soalan berkaitan dengan tatabahasa. Saya memperoleh soalan tersebut melalui buku soalan dan ingin mengetahui sama ada ayat-ayat berikut betul atau salah. Berikut ialah soalannya: Membaham 1. Ahli tinju itu membaham lawannya hingga berdarah. 2. Seekor harimau telah membaham seorang penoreh getah. 3. Penjual ubat itu menunjukkan kekuaannya dengan membaham kaca di hadapan orang ramai. 4. Ombak yang mengganas itu telah membaham perahu-perahu nelayan. Sekian, terima kasih.Maksud membaham ialah makan dgn gelojoh: harimau itu ~ kambing yg menjadi mangsanya; 2. melakukan kekerasan sesuka hati ke atas seseorang (spt memukul, menyeksa, dsb). Semua ayat tersebut betul. Untuk mengetahui makna sesutau perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Tatabahasa11.08.2008
salam sejahtera, 1. Saya mempunyai kekeliruan penggunaan perkataan 'petinju' dan 'peninju'. Mohon pihak tuan jelaskan penggunaan hukum PKTS... adakah setiap perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tersebut perlu ditiadakan hurufnya apabila menerima imbuhan. Contoh perkataan dasar sapu, apabila menerima imbuhan pen- akan menjadi penyapu. 2. mana satu yang betul, pusat beli belah atau pusat membeli belah? sekian, terima kasih1. Peninju ialah orang yang meninju, manakala petinju ialah orang yang berlawan tinju. Kata dasar yang bermula dengan huruf PKTS akan gugur apabila menerima imbuhan me-. Contohnya pukul - memukul, kuis - menguis, tolak - menolak dan sepak - menyepak.
2. Pusat beli-belah, membeli-belah ialah perbuatan yang biasanya dilakukan oleh manusia.
Tatabahasa29.07.2012
Salam sejahtera encik. Encik, Saya ingin memdapatkan kepastian tentang ketepatan penggunaan perkataan dalam 2 ayat berikut: 1. Ketika muda dahulu, Pak said digelar jaguh memanjat pokok kelapa. *** Adakah penggunaan perkataan 'memanjat' betul? Ataupun yang tepat ialah 'pemanjat'? Pada pendapat saya kata kerja tidak boleh ada dalam frasa nama. 2. Penyenayah itu saling berbalas tembakan dengan pihak polis. ***Adakah penggunaan "saling berbalas" betul? Adakah berlaku kelewahan bahasa? Pada pendapat saya, 'berbalas' sudah membawa maksud 'saling'. Diharapkan encik dapat memberikan pencerahan terhadap kekeliruan di atas. Terima kasih.1. Frasa yang betul ialah jaguh panjat pokok sama seperti jaguh tinju. .

2. Ayat yang betul, penjenayah itu saling menembak atau penjenayah itu berbalas tembakan. 
Tatabahasa09.05.2016
Salam tuan di talian. Soalan saya ialah adakah istilah selain bergaduh/ bertengkar untuk menunjukkan pergaduhan secara fizikal dalam bahasa melayu? Soalan saya merujuk kepada perkataan bahasa Inggeris iaitu, fight yang bermaksud pergaduhan yang melibatkan fizikal. Terima kasih.Menurut takrifan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, Fight ditakrifkan sebagai ; vt 1. do battle with, bertempur dengan: America fought Japan for three years, Amerika bertempur dengan Jepun selama tiga tahun; 2. contend with in physical combat, berlawan: my father fought the burglar with his bare hands, bapa saya berlawan dengan pencuri itu dengan tangan saja; 3. oppose, menentang: the senator fought the bill with determination, senator itu menentang rang undang-undang tersebut dengan penuh keazaman; we are going to ~ the action, kami akan menentang tindakan itu; 4. strive to overcome; a. (disease, social evil) berusaha /menghapuskan, membasmi/, (berusaha) membanteras; b. (fire) melawan; c. (fear, pain) melawan; 5. (in boxing) berlawan (tinju) dgn: he fought the champion until the third round, dia berlawan dengan jaguh itu sehingga pusingan ketiga;.

Berdasarkan takrifan tersebut, berlawan dan bertempur boleh digunakan selain bertengkar dan bergaduh.
Tatabahasa23.04.2013

Kembali ke atas