Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak tebal, nipis (barang pipih spt kertas, kaca, dll): bajunya drpd kain ~; 2. kurang tebal lapisannya (bkn cat dll): ia me­makai bedak sedikit, ~, hampir tidak kelihat­an; 3. kurang padat (bkn asap, awan, dll): cuaca petang amat baik, awan putih ~ melin­dungi matahari; 4. kurang terang (tulisan): tulisan­nya ~; 5. sedikit sahaja (tidak besar), ham­pir tidak ada: harapan kita utk melahir­kan pe­nulis-penulis yg agung dgn karya-karya yg besar agak ~; kemungkinan ter­capai­nya keamanan yg berkekalan sangat ~; 6. sangat sedikit, tinggal sedikit: tidak sedar duit ~ di saku kerana asyik berjoli; mendapat keun­tungan ~ mendapat keuntungan yg sangat sedikit;~ bibirnya = bibirnya ~ ki a) pandai (suka) ber­­kata-kata; b) mudah berkata yg bukan-bukan, lancang mul t, cerewet; ~ telinga lekas naik radang (oleh kata-kata yg membang­kitkan kemarahan); menipis 1. menjadi tipis; 2. makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dll): harap­annya mencapai cita-citanya makin ~; kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~; menipiskan menjadikan tipis (berkurang, hampir habis, dll): ~ getah dgn mesin; per-buatan curangnya ~ kepercayaan orang ter-hadapnya; ketipisan perihal atau keadaan tipis, perihal sedikit sahaja terdapatnya sesuatu: ~ minat; penipisan (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan: tetroflurokarbon menye­babkan ~ lapisan ozon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak tebal; nipis: Bajunya ~. kertas ~. 2 hampir tidak ada: Harapan orang sakit itu utk hidup sangat ~. ~ bibirnya a. pandai berkata-kata. b. lan­cang mulut; cerewet. ~ telinga lekas (hendak) marah atau lekas meradang. menipis menjadi tipis; makin berkurang (ttg harapan dsb). menipiskan 1 menjadikan tipis: Ia ~ papan dgn ketam. 2 ki mengecilkan atau mengurangkan harapan dsb: ~ harapan. ketipisan keadaan atau hal tipis. penipisan perbuatan, hal dsb menipis atau menipiskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipis (adjektif)
1. Bersinonim dengan pipih: nipis, leper,
Berantonim dengan tebal

2. Bersinonim dengan nipis: jarang, lut sinar, lut cahaya,
Berantonim dengan tebal

Kata Terbitan : ketipisan,

Peribahasa

Laksana barang yang disadur.

Bermaksud :

Tak tahan uji. sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shreddingmemayangPentadbiran PerniagaanTiadaMemotong atau menghiris tipis-tipis tetapi tidak sama ukurannya, sama ada dengan mata parut yang kasar atau pisau.
crispskerepekPentadbiran PerniagaanTiadaUbi kayu atau pisang yang dihiris tipis-tipis dan digoreng.
flake riceempingPentadbiran PerniagaanTiadaMakanan daripada padi muda yang digoreng dan ditumbuk tipis-tipis.
shreddedbermayangPentadbiran PerniagaanTiadaBerkaitan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dipotong tipis-tipis tetapi tidak sama ukurannya, sama ada dengan mata parut yang kasar atau pisau.
fish crackerkeropok ikanPentadbiran PerniagaanTiadaMakanan daripada adunan tepung sagu dan ikan yang telah dilumatkan, dihiris tipis-tipis dan dijemur sebelum digoreng berkeping-keping.
slicehirisPentadbiran PerniagaanTiada1. Cantas: Memangkas atau memancung hujung dahan dan lain-lain.,2. Hiris: Memotong atau mengerat tipis-tipis.
lightfacehuruf tipis;muka tipisGeografiTiadaTiada
deposit feederpemakan endapanSains MarinTiadaOrganisma yang mendapat nutrisi dengan memakan lapisan tipis permukaan sedimen. Lapisan tipis ini kaya dengan nutrien kerana mengandungi detritus, bakteria, serpihan bahan organik separa reput dan organisma mikroskopik seperti diatom dan sebagainya.
shadow focusfokus tipisKomunikasiTiadaLihat: tumpu tipis.
lightweight fabricfabrik tipisKesenianTiadaIstilah yang digunakan untuk fabrik tipis dan ringan dalam industri fabrik seperti sutera, nilon dan voile.
12345678910...

Kembali ke atas