Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ri] | تيري

Definisi : (anak, bapa, ibu) yg tidak ada perhubungan darah, bukan (anak, bapa, ibu) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ri] | تيري

Definisi : bukan anak (bapa, ibu dsb) sendiri: anak ~ anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); bapa ~ suami ibu yg bukan bapa sendiri; ibu ~ isteri bapa yg bukan ibu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiri

Puisi
 

Aku suka berumah tinggi,
     Pelantar besar sudah roboh;
Aku suka beranak tiri,
     Anak besar senang disuruh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Anak kandung ditimang-timang,
     anak tiri ditengking-tengking.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
step- comb. Form tiri: ~children, anak-anak tiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half-bloodn 1. relationship between individuals, a. (having the same mother) bersaudara /tiri, seibu/; b. (having the same father) bersaudara /tiri, sebapa/; 2. person related a. (through the same mother) saudara /tiri, seibu/; b. (through the same father) saudara /tiri, sebapa/; 3. person of mixed race, (orang) kacukan; 4. (domestic animal), (binatang) kacukan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half-brothern (having the same mother), /abang, adik lelaki/ /tiri, seibu/; (having the same father) , /abang, adik lelaki/ /tiri, sebapa/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
half-sistern (having the same mother), /kakak, adik perempuan, saudara/ /tiri, seibu/; (having the same father) /kakak, adik perempuan, saudara/ /tiri, sebapa/.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stepson n anak tiri (lelaki).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stepsister n saudara tiri (perempuan).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stepfather n bapa tiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stepdaughter n anak tiri (perempuan).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stepchild n anak tiri.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stepbrother n saudara tiri (lelaki).Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas