Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ri] | تيري

Definisi : (anak, bapa, ibu) yg tidak ada perhubungan darah, bukan (anak, bapa, ibu) sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ri] | تيري

Definisi : bukan anak (bapa, ibu dsb) sendiri: anak ~ anak kpd suami atau isteri hasil drpd perkahwinannya yg terdahulu (bukan darah daging sendiri); bapa ~ suami ibu yg bukan bapa sendiri; ibu ~ isteri bapa yg bukan ibu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiri

Puisi
 

Aku suka berumah tinggi,
     Pelantar besar sudah roboh;
Aku suka beranak tiri,
     Anak besar senang disuruh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Anak kandung ditimang-timang,
     anak tiri ditengking-tengking.

Bermaksud :

Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang. (Peribahasa lain yang sama makna: Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin tahu apa maksud 'ADIK BERADIK TIRI' ? Hubungan yang macamana terjadinya adik beradik tiri. Apakan istilah untuk 'adik beradik sebapa atau seibu'. Adakah istilah adik beradik tiri boleh digunakan? Terima Kasih.

Adik-beradik kandung ialah beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu), oleh itu adik-beradik tiri ialah anak ibu (berlainan bapa) atau bapa tiri. Adik-beradik sebapa ialah sama bapa tetapi berlainan ibu, dan adik-beradik sibu ialah sama ibu tetapi berlainan bapa.

Istilah18.09.2009
maksud tiriMenurut Kamus Dewan Perdana, “tiri” bermaksud hubungan antara anak dengan bapa atau ibu yang tidak ada perhubungan darah atau hubungan antara adik-beradik yang bapa dan ibu mereka berlainan. Makna05.12.2022
maksud anak kandung,anak tiri,anak angkat

   terima kasih kerana menghubungi knbdbp.

  • anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg terdahulu ini dikatakan anak tiri manakala anak angkat ialah Anak orang lain yang tidak mempunyai pertalian darah yang diambil untuk dipelihara dan dibesarkan secara sah mengikut undang-undang atau adat seperti anak sendiri. manakala anak kandung adalah anak sendiri.
Istilah21.10.2009
Apakah takrifan yang lengkap bagi: 1-Anak tiri tanggungan 2-Anak Pelihara 3-Anak angkat yang diambil mengikut undang-undang; 4-Anak angkat de facto 5-Anak Orang Kurang Upaya. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.Dari segi bahasa, anak tiri ialah anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan daripada darah daging sendiri). Bagi jenis anak yang lain seperti yang puan senaraikan tidak ada dalam data kami.  Istilah yang mempunyai implikasi undang-undang sewajarnya dirujuk dengan pihak yang berkaitan undang-undang juga.Istilah25.11.2014
Apakah makna berkulik dalam pantun ini? Helang berkulik tengah hari Cenderawasih mengirai kepak Alang sakitnya berbapa tiri Awak menangis disangkanya gelakUntuk makluman, kulik-kulik merupakan sejenis burung. Berkulik dalam pantun tersebut bermaksud helang yang meniru bunyi burung kulik-kulik.Makna21.08.2020
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih.Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa.Tatabahasa23.11.2012

Kembali ke atas