Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ruan] | تيروان

Definisi : 1. perbuatan meniru; 2. hasil meniru (bukan asli atau tulen), hasil drpd usaha membuat sesuatu yg sama atau hampir sama dgn yg asli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ruan] | تيروان

Definisi : hasil drpd meniru; sesuatu yg tidak asli atau yg tidak jati: getah ~ getah yg bukan asli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiru
Kata Terbitan : meniru, meniru-niru, tiruan, peniruan, peniru,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SATELIT TIRUAN

Satelit tiruan ialah objek buatan yang

mengorbit bumi ataupun jasad-jasad lain secara

berterusan di angkasa. Kebanyakan satelit tiruan

mengorbit bumi. Manusia menggunakannya untuk

mengkaji alam semesta, membantu dalam

peramalan cuaca, memindahkan panggilan telefon

merentas lautan, membantu pengemudian kapal

dan kapal terbang, memantau tanaman pertanian

dan sumber alam lain, dan memerhati pergerakan

peralatan tentera di bumi.

UMUM 
JANTUNG TIRUAN UMUM 
BATU PERMATA TIRUAN

Batu permata tiruan ialah batu permata yang menyerupai batu permata asli.

GEOGRAFI DAN GEOLOGISumber/Bahan Alam
ELASTOMETER

Bahan getah tiruan uyang mempunyai sifat regang yang sangat baik.

FIZIKSifat/Keadaan
AMERISIUM

Amerisium ialah unsur radioaktif tiruan. Simbol

kimianya ialah Am dan nombor atomnya ialah 95.

Amerisium mempunyai 12 isotop yang diketahui

dan isotop yang paling stabil mempunyai nombor

jisim 243 dan separuh hayat 7400 tahun. Hanya

isotop ini dan isotop yang mempunyai nombor

jisim 241 serta separuh hayat 432 tahun boleh

dihasilkan dengan banyak. Pada 20°C, amerisium

mempunyai ketumpatan 13.67 gram per sentimeter

padu (lihat Ketumpatan ). Logam ini cair pada

1173°C.

UMUM 
PARODI

Parodi ialah tiruan lucu karya sastera. Seseorang

penulis menghasilkan parodi untuk mempersenda

karya orang lain dengan melebih-lebihkan gaya

atau pengolahan pokok persoalannya.

UMUM 
ANGGOTA PALSU

Anggota palsu ialah gantian tiruan untuk lengan

atau kaki yang hilang akibat kecederaan, penyakit,

atau kecacatan semasa lahir. Anggota palsu juga

dikenali sebagai prostesis. Tidak ada anggota palsu

yang dapat menjalankan kesemua fungsi anggota

manusia, tetapi anggota palsu yang cukup padan

dapat menolong seseorang mengambil bahagian

dalam kebanyakan kegiatan harian.

UMUM 
NILON

Nilon ialah istilah umum bagi kumpulan barang

keluaran sintetik (tiruan). Barang keluaran ini

diperbuat daripada bahan kimia yang diperoleh

daripada batu arang, air, udara, petroleum, keluaran

sampingan pertanian, dan gas asli. Nilon adalah salah

satu penemuan kimia yang paling penting. Ia

merupakan bahan elastik yang teguh yang boleh

dibentuk menjadi gentian, bulu, kepingan, rod, dan

tiub. Ia juga boleh dibuat dalam bentuk serbuk bagi

kegunaan dalam operasi yang menggunakan acuan.

UMUM 
KAPAL TERBANG, MODEL

Kapal terbang, Model ialah kapal terbang

miniatur. Ia mungkin kapal terbang tiruan

mengikut saiz sebenar atau mempunyai reka

bentuk asal.

UMUM 
AIR PANCUT

Air pancut ialah satu arus air yang naik

memancut secara semula jadi atau tiruan hasil

daripada tekanan.

UMUM 
123

Kembali ke atas