Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ruan] | تيروان

Definisi : 1. perbuatan meniru; 2. hasil meniru (bukan asli atau tulen), hasil drpd usaha membuat sesuatu yg sama atau hampir sama dgn yg asli; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ruan] | تيروان

Definisi : hasil drpd meniru; sesuatu yg tidak asli atau yg tidak jati: getah ~ getah yg bukan asli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiru
Kata Terbitan : meniru, meniru-niru, tiruan, peniruan, peniru,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fly baitumpan serangga tiruanPerikananTiadaUmpan tiruan berbentuk serangga yang dianyam daripada pelbagai bahan seperti bulu, sabut atau benang. Umpan serangga tiruan boleh terdiri daripada pelbagai jenis serangga, sama ada serangga air atau serangga darat. Umpan jenis ini digunakan untuk memancing ikan di sungai atau tasik.
artificial vaginavagina tiruanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanAlat yang direka khas menyerupai vagina. Vagina tiruan banyak digunakan dalam pengumpulan semen haiwan jantan. Penggunaan vagina tiruan ini membantu untuk mendapatkan semen yang berkualiti berbanding dengan kaedah lain seperti elektroejakulasi.
artificial vagina temperaturesuhu vagina tiruanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanUkuran suhu yang sesuai untuk penyediaan vagina tiruan bagi tujuan pengumpulan semen pada haiwan seperti lembu, kambing dan kuda. Suhu vagina tiruan yang sesuai adalah di antara 42ºC - 45ºC.
artificial selectionpemilihan tiruanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanProses pembiakan haiwan untuk menghasilkan anak yang mempunyai ciri fenotip terpilih. Pemilihan tiruan adalah dengan memilih jantan dan betina yang tertentu. Terdapat dua pendekatan pemilihan tiruan. Pertama, pembiak baka boleh membuat pemilihan satu ciri fenotip dengan tumpuan terhadap ciri tersebut sahaja. Kedua, pemilihan semula jadi pada persekitaran terkawal.
synthetic resin varnishvarnis damar tiruanKesenianTiadaVarnis daripada damar tiruan.
imitation stampssetem tiruan rasmiPentadbiran PerniagaanTiadaSetem pos yang dikeluarkan hasil daripada tiruan setem asal tanpa menggunakan plat pencetakan asal setem tersebut.
fly fishingpancing layangPerikananTiadaKaedah memancing di kawasan air tawar dengan menggunakan joran yang ringan dan panjang serta menggunakan serangga tiruan sebagai umpan. Melalui kaedah ini, tali yang lebih berat berbanding umpan tiruan yang kering dan lebih ringan, dilontar keluar yang kemudiannya diikuti oleh umpan tiruan. Tali pancing yang digunakan akan tenggelam tetapi umpan tiruan akan timbul di atas permukaan air. Kaedah pancing layang berkesan untuk memancing ikan pemangsa yang menggemari serangga hidup di permukaan tasik atau sungai.
artificialbuatan; tiruanFizikTiada1. Buatan: Sesuatu yang dikerjakan atau yang dibuat oleh manusia dan tidak asli. 2. Tiruan: Hasil daripada usaha membuat sesuatu yang sama atau hampir sama dengan yang asli dan hasilnya juga tidak asli atau tulen.
artificialbuatan; tiruanGeografiTiada1. Buatan: Sesuatu yang dikerjakan atau yang dibuat oleh manusia dan tidak asli. 2. Tiruan: Hasil daripada usaha membuat sesuatu yang sama atau hampir sama dengan yang asli dan hasilnya juga tidak asli atau tulen.
artificialbuatan; tiruanKejuruteraanTiada1. Buatan: Sesuatu yang dikerjakan atau yang dibuat oleh manusia dan tidak asli. 2. Tiruan: Hasil daripada usaha membuat sesuatu yang sama atau hampir sama dengan yang asli dan hasilnya juga tidak asli atau tulen.
12345678910...

Kembali ke atas