Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.rus] | تيروس

Definisi : makin kecil ke hujung, lancip, runcing: keris ini mempunyai mata yg panjang serta ~; kaki ~; menirus menjadi tirus, melancip, meruncing: di bahagian kiri terbentang sebidang sawah yg ~ hilang ke belakang tanjung; meniruskan menjadikan tirus, melancipkan, meruncingkan; penirusan perihal meniruskan, pelancipan, peruncingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.rus] | تيروس

Definisi : makin ke hujung makin kecil; runcing: Mata keris itu panjang dan ~. menirus menjadi kecil ke hujung. meniruskan menjadikan tirus: Dia ~ hujung buluh itu. ketirusan keadaan tirus. penirusan perbuatan, hal dsb menirus atau meniruskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tirus (adjektif)
Bersinonim dengan lancip, runcing, gonjong, jirus, limas;,
Kata Terbitan : menirus, meniruskan, penirusan,

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
sudut tirusacute angleSudut yang mempunyai ukuran kurang daripada 90°. Lihat rajahMenengah Atas
sudut tirusacute angleSudut yang saiznya kurang daripada 90°.Menengah Rendah
sudut tirusacute angleSudut yang berukuran kurang daripada 90°. Lihat ContohSekolah Rendah
sudut rujukanreference angleSudut tirus bagi satu sudut yang diberi. Lazimnya, sudut rujukan merupakan sudut terkecil di antara sisi terminal dengan paksi-x. Nilai fungsi trigonometrinya sama dengan nilai fungsi trigonometri sudut yang diberi, sama ada positif atau negatif. Lihat ContohMenengah Atas
segi tiga bersudut tirusacute-angled triangleSegi tiga yang setiap sudutnya kurang daripada 90°. Lihat ContohMenengah Rendah
piramidpyramidPepejal yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga, tirus dan bertemu di bucu. Lihat rajahMenengah Atas
piramidpyramidPepejal yang tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga, tirus dan bertemu di bucu. Lihat ContohMenengah Rendah

Kembali ke atas