Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.rus] | تيروس

Definisi : makin kecil ke hujung, lancip, runcing: keris ini mempunyai mata yg panjang serta ~; kaki ~; menirus menjadi tirus, melancip, meruncing: di bahagian kiri terbentang sebidang sawah yg ~ hilang ke belakang tanjung; meniruskan menjadikan tirus, melancipkan, meruncingkan; penirusan perihal meniruskan, pelancipan, peruncingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.rus] | تيروس

Definisi : makin ke hujung makin kecil; runcing: Mata keris itu panjang dan ~. menirus menjadi kecil ke hujung. meniruskan menjadikan tirus: Dia ~ hujung buluh itu. ketirusan keadaan tirus. penirusan perbuatan, hal dsb menirus atau meniruskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tirus (adjektif)
Bersinonim dengan lancip, runcing, gonjong, jirus, limas;,
Kata Terbitan : menirus, meniruskan, penirusan,

Puisi
 

Keris panjang mata tirus,
     Ulu keris nampak bersilang;
Serta pasang dengan arus,
     Bergerak surut pasangnya hilang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bradpaku tirus; paku kecilKesenianTiada1. Paku tirus: Paku yang rata, nipis dan runcing hujungnya.,2. Paku kecil: Paku bersaiz kecil yang digunakan khusus dalam kerja pengemasan.
flaringpangkal tirus gentianKejuruteraanTiadaPangkal gentian berbentuk tirus atau kon dipotong pada garis pusat yang sesuai untuk mengembangkan alur.
taper tapsadap tirusKejuruteraanTiadaAlat pancing yang tirus di bawah untuk memancing relang gerudi, paip gerudi atau tetiub dengan cara membuat bebenang di dalamnya.
acute bisectrixbisektriks tirusGeologiTiadaArah yang membahagi dua sudut tirus di antara paksi optik.
fibre up-taperingpangkal tirus gentianKejuruteraanTiadaPangkal gentian berbentuk tirus atau kon dipotong pada garis pusat yang sesuai untuk mengembangkan alur.
taper turningpelarikan tirusKesenianTiadaProses melarik benda kerja untuk menghasilkan bentuk yang tirus.
tapered fissure burbur fisur tirusPergigianTiadaSejenis alat pengisar gigi berbentuk fisur tirus dan berbilah. Ia diperbuat sama ada daripada keluli nirkarat, wolferam karbida atau intan. Alat ini biasanya dipasang pada hanpis dan digunakan untuk membuat kaviti yang mencapah ke permukaan oklusi.
fused biconical taper techniqueteknik tirus dwikon lakurKejuruteraanTiadaTeknik memadamkan fasa gelombang ganding gentian tirus.
acute-angled trianglesegi tiga bersudut tirusMatematikTiadaSegi tiga dengan ketiga-tiga sudutnya sudut tirus.
tapertali tirusPerikananTiadaTali pancing layang yang garis pusatnya semakin mengecil, iaitu dari joran hingga ke hujung joran atau perambut. Penggunaan tali tirus akan menentukan jarak dan bentuk lontaran tali pancing.
12345678910...

Kembali ke atas