Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
titik (kata nama)
Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;,
Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
enlargementpembesaranMatematikTiadaPenjelmaan yang mempunyai satu titik tetap, (yang dikenali sebagai pusat pembesaran) manakala titik-titik lain pada satah bergerak dari titik tetap itu mengikut nisbah tertentu. Nisbah pembesaran disebut faktor skala. Ciri-ciri pembesaran ialah: (i) Garis-garis yang menyambungkan pasangan titik yang sepadan pada objek dan imejnya bertemu di pusat pembesaran; (ii) Objek dan imej adalah serupa; (iii) Jika faktor skala > 1, saiz imej adalah lebih besar daripada saiz objek; (iv) Jika faktor skala < 1, saiz imej adalah lebih kecil daripada saiz objek; (v) Jika faktor skala = 1, imej ialah objek itu sendiri.
shearingricihanMatematikTiadaPenjelmaan yang mempunyai sifat-sifat berikut: (i) Adanya satu garis tak varian; semua titik pada garis ini tidak berubah, (ii) setiap titik yang tidak berada pada garis tak varian bergerak selari dengan garis tak varian dan jarak gerakan itu berkadar dengan jarak titik itu dari garis tak varian. Contoh: ricihan dengan paksi-x sebagai garis tak varian dan faktor k. Titik A (1, 0) tidak berubah dan titik C(0, 1) dipetakan kepada C’(k, 1). Matriks bagi ricihan ini ialah .
recurring decimalperpuluhan berulangMatematikTiadaNombor perpuluhan yang memenuhi dua syarat berikut: (i) bilangan digit di sebelah kanan titik perpuluhan tidak terhingga; (ii) bermula pada tempat perpuluhan tertentu, terdapat sekumpulan digit yang terus diulangi. Contoh: 1/3 = 0.333.... Secara singkat ditulis sebagai 0.3 atau 0.3 41/333 = 0.123123123.... Secara singkat ditulis sebagai 0.123 atau 0.123 61/495 = 0.1232323.... Secara singkat ditulis sebagai 0.123 atau 0.123.
Cartesian coordinate systemsistem koordinat CartesanMatematikTiada1. Sistem yang terbentuk apabila kedudukan suatu titik dalam satah ditentukan oleh dua paksi serenjang yang dinamai paksi-x dan paksi-y, dengan empat sukuan iaitu sukuan, I, II, III, dan IV dengan asalan 0.

Kembali ke atas