Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ki tidak tentu hujung pangkalnya (bkn percakapan seseorang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkara yg menjadi bahan atau yg di­guna­kan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi se­suatu (usaha, kegiatan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkara yg menjadi bahan atau yg digunakan utk membuka perbincangan (huraian dll) mengenai sesuatu, sesuatu yg menjadi dorongan atau permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan, dll); bertitik tolak 1. bermula: persoalan itu harus ~ dgn mengenal pasti punca masa­lahnya; 2. berpunca: pihak polis mendapati bahawa kes pembunuhan tersebut ~ drpd motif yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perkara atau hal yg di­perkatakan utk memulakan sesuatu perbincangan, perbicaraan dsb. ber­titik tolak berasal atau berpunca (drpd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titik (kata nama)
Bersinonim dengan titikan, titis, titisan, percikan, deraian, jujuran, juraian, ketel, ketes;,
Kata Terbitan : bertitik, menitik, menitikkan, penitikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
principleprinsipMekanikGunaanHipotesis yang diterima sebagai titik tolak yang sesuai untuk kajian teori. Prinsip menjadi hukum apabila uji kaji membuktikan kebenarannya.
Helsinki ProcessProses HelsinkiSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan diplomatik yang ditandatangani di Helsinki pada tahun 1975. Persetujuan ini terhasil daripada rumusan Persidangan Keselamatan dan Kerjasama Eropah yang merupakan titik tolak kepada detente antara Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persidangan ini bermula pada tahun 1972, iaitu atas inisiatif Kesatuan Soviet dan berakhir pada tahun 1975. Perjanjian ini dikenali juga sebagai Akta Akhir Helsinki yang dibahagikan kepada empat bakul. Bakul pertama, meliputi persoalan keselamatan di Eropah dan Mediterranean. Bakul kedua, merujuk kepada persetujuan mengenai kerjasama dalam bidang ekonomi, sains, teknologi dan alam sekitar. Bakul ketiga pula berkaitan dengan hal kemanusiaan, hak asasi manusia, kebudayaan, pendidikan, dan kebebasan rakyat untuk menyebarkan idea dan maklumat di Eropah. Bakul keempat pula membuka ruang kepada penyemakan persidangan bagi pemantauan kemajuan yang dicapai dalam bidang yang tersebut serta kelangsungan kerjasama pelbagai hala.
prague schoolprague schoolKesusasteraanTiadaOrganisasi intelektual yang ditubuhkan pada tahun 1929 di Prague, Republik Czechoslovakia. Penubuhan organisasi ini bertujuan untuk membentuk paradigma baharu bagi membantu penyelidikan berkaitan subjek kemanusiaan dan sains sosial. Seterusnya, organisasi ini berkembang sebagai suatu gerakan yang penting dalam bidang kesusasteraan, linguistik, teater, folklor, dan estetika pada awal kurun ke-20. Prague School dipengaruhi pelbagai unsur daripada Formalisme Rusia dan idea linguistik Ferdinand de Saussaure. Idea beliau menjadi titik tolak pembentukan teori baharu pada tahun 1929 yang dinamakan strukturalisme. Tokoh yang terkenal dalam gerakan ini ialah Roman Jakobson, Boris Eikenbaum, Trubetskoy, Viktor Shlovsky dan Mukarovsky. Selepas perang Dunia Kedua, kebanyakan ahli Prague School berhijrah ke negara lain sambil meneruskan penyelidikannya. Penyelidikan dimulakan di Prague dengan nama organisasi baharu seperti Linguistic Circle of New York dan organisasi yang serupa di Rusia dan Perancis. Organisasi ini juga dikenali sebagai Prague Linguistic Circle.
Asian-African ConferencePersidangan Asia AfrikaSains PolitikHubungan AntarabangsaPersidangan yang pertama kali diadakan di Bandung pada tahun 1955 dan dihadiri oleh para pemimpin 29 buah negara Asia dan Afrika. Negara yang terlibat ialah Indonesia, Burma (Myanmar), Ceylon (Sri Lanka), India, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Jepun, Ethiopia, Filipina, Goldcoast (Ghana), Iran, Iraq, Jordan, Laos, Lubnan, Liberia, Libya, Mesir, Thailand, Nepal, China, Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Vietnam Selatan dan Vietnam Utara. Persidangan ini diadakan untuk membincangkan masalah negara Asia dan Afrika serta mencari jalan penyelesaiannya. Persidangan ini telah mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, kebudayaan dan politik. Persidangan tersebut telah menetapkan lima resolusi, iaitu saling menghormati integriti dan kedaulatan setiap wilayah, mengambil sikap tidak menceroboh, tidak campur tangan dalam urusan dalaman negeri lain, kesamaan dan saling mendapat faedah, dan hidup secara aman dan bebas. Persidangan ini menjadi titik tolak kepada kebangkitan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).
pull-pushtarik-tolakSukanTiadaPerbuatan apabila tangan menarik di titik kaut dan meneruskan pergerakannya ke bawah badan. Setelah itu, tangan menolak air ke tepi punggung sehingga keluar dari permukaan air di paha. Sinonim : arm pull
central forcedaya pusatFizikModenDaya tolak atau daya tarik yang garis tindaknya sentiasa mengarah ke satu titik tertentu.
rocker armlengan jumpelangKejuruteraanTiadaTuil, dalam enjin pembakaran dalam, yang terpangsi berhampiran titik tengahnya dan ditindaki rod tolak di satu hujungnya untuk menaikkan dan menekan batang injap di hujung yang satu lagi.

Kembali ke atas