Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.tis] | تيتيس

Definisi : titik (air dll): dgn tidak disedarinya air matanya jatuh beberapa ~; bertitis = menitis; bertitisan menitis dgn banyaknya: embun jantan ~ membasahi bumi; air matanya dibiarkan ~ membasahi pipi; menitis jatuh setitik demi setitik (air dll), menitik, bertitik(-titik): air hujan masih lagi ~ drpd daun-daun kayu di keliling rumah itu; menitisi menitis pd, menitiki; menitiskan menyebabkan (menjatuhkan) bertitis-titis, menitikkan: apabila lada dan bawang sudah masak baru dititiskan cuka sekadarnya; titisan 1. sesuatu yg menitis: direnunginya ~ air hujan bersambung-sambung turun drpd bumbung biliknya; 2. = ~ darah ke­turun­an; ~ pena karangan, ciptaan (sastera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tis] | تيتيس

Definisi : Jw; menitis berpindah ke tubuh manusia (binatang dll), menjelma (bkn jiwa); titisan penjelmaan; penitisan 1. perihal menitis, penjelmaan (perpindahan) jiwa; 2. ilmu (kepercayaan) mengenai hal menitis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.tis] | تيتيس

Definisi : titik air yg jatuh setitik demi setitik. menitis jatuh setitik demi setitik; menitikkan. menitiskan men­­­jatuhkan (air dll) setitik demi setitik; menitikkan. titisan benda yg menitis. ~ darah a. darah yg menitis. b. keturunan. penitis ist alat yg digunakan utk memasukkan ubat ke dlm tubuh pesakit secara titisan yg terkawal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titis
Rujuk :titik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emulsionemulsiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanCampuran dua cecair yang homogen dan tak larut campur, iaitu titis-titis halur satu cecair terampai dalam cecair yang satu lagi. Sekiranya titis-titis halus ini kekal terampai campuran ini disebut emulsi stabil. Kadangkala bahan penstabil ditambah untuk mengekalkan keadaannya. Contoh emulsi ialah aerosol.
spraypercikanMeteorologiMeteorologi PerhubunganTitis-titis air yang dipercikkan oleh angin dari permukaan air yang luas, biasanya dari puncak gelombang ke satu jarak yang kecil ke udara.
fogkabutMeteorologiMeteorologi PerhubunganTitis-titis air yang terampai, bersama-sama atau tanpa zarah asap yang menyebabkan kekaburan di lapisan permukaan atmosfera. Mengikut persetujuan antarabangsa, istilah ini merujuk ketampakan mendatar yang kurang daripada 1 km, Kabut berbeza daripada awan kerana dasarnya berada di permukaan bumi. Kabut yang terdiri daripada hablur ais dinamakan kabut ais. Kabut terbentuk apabila suhu udara dan takat embun adalah sama (atau hampir sama) dan terdapat nukleus pemeluwapan yang secukupnya. Hal ini boleh berlaku sama (atau hampir sama) dan terdapat nukleus pemeluwan yang secukupnya. Hal ini boleh berlaku sama ada melalui penyejukan udara ke takat embunnya (menghasilkan kabut adveksi atau kabut sinaran) atau dengan penambahan kelengasan serta peningkatan takat embun (menghasilkan kabut stim atau kabut perenggan). Kabut jarang berlaku apabila perbezaan antara suhu udara dan takat embun melebihi 4?F. Kabut mudah dibezakan daripada jerebu berdasarkan kelembapan dan warna kelabu yang nyata.
guttationgutasiGeografiTiada1. Pembentukan titis-titis air pada tumbuhan, daripada lembapan udara.
internal phasefasa dalamKejuruteraanPetroleumTitis-titis bendalir atau pepejal yang sangat halus yang terserak di dalam cecair lain yang terdapat dalam sistem emulsi.
oil-base mudlumpur asas minyakGeologiTiadaLumpur penggerudian yang mengandung minyak sebagai fasa selanjar dan antara 2 hingga 5 peratus air sebagai fasa terserak yang biasanya dalam bentuk titis-titis kecil sahaja.
oil-base mudlumpur asas minyakKejuruteraanTiadaLumpur penggerudian yang mengandung minyak sebagai fasa selanjar dan antara 2 hingga 5 peratus air sebagai fasa terserak yang biasanya dalam bentuk titis-titis kecil sahaja.
oil-base mudlumpurdasar minyakKejuruteraanPetroleumLumpur penggerudian yang mengandungi minyak sebagai fasa selenjar dan di antara 2 hingga 5 peratus air sebagai fasa terserak yang biasanya dalam bentuk titis-titis kecil sahaja. Umumnya, lumpur ini digunakan dalam operasi penggerudian pada formasi yang banyak mengandungi syal untuk mencegah pembengkakan syal.
dripjuntaian;; titis(an)PerubatanTiada1. Infusi cecair titis demi titis.
drop timemasa titisKimiaKimia AnalisisMasa di antara satu titis dengan titis yang lain. Masa ini bergantung kepada saiz salur rerambut dan tekanan yang dikenakan ke atas liang rerambut itu. bd. elektrod titisan raksa tergantung.
12345678910...

Kembali ke atas