Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ti.san] | تيتيسن

Definisi : penjelmaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti.san] | تيتيسن

Definisi : 1. sesuatu yg menitis: direnunginya ~ air hujan bersambung-sambung turun drpd bumbung biliknya; 2. = ~ darah ke­turun­an; ~ pena karangan, ciptaan (sastera). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ti.san] | تيتيسن

Definisi : benda yg menitis. ~ darah a. darah yg menitis. b. keturunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata titisan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AWAN

Awan ialah jisim titisan air kecil atau hablur ais

halus yang terapung di udara. Awan putih gebu

yang terapung merentang langit biru, atau awan

yang berwarna-warni pada waktu matahari

terbenam merupakan sebahagian daripada

keindahan semula jadi. Awan juga memainkan

peranan penting bagi menentukan cuaca bumi. Air

yang mencurah turun daripada awan sebagai hujan

atau salji penting bagi semua bentuk kehidupan.

Awan boleh juga membawa kemusnahan, malah

ada kalanya kemalangan jiwa, apabila ia

menurunkan hujan batu atau tornado.

UMUM 
KABUT

Kabut ialah titisan air terkumpul yang terapung di

udara.

UMUM 
TEKTIT

Tektit ialah batu yang berkaca-kaca yang

mungkin kelihatan seperti titisan air mata, bola,

cakera, rod, dumbel, atau butang. Beberapa tektit

kelihatan seperti bongkah. Banyak tektit sebesar

kekeras, tetapi sesetengahnya adalah mikrokupik.

Tektit berwarna hitam, hijau, atau kuning jingga

dan ia biasanya mempunyai permukaan beralur

atau berliang.

UMUM 
AEROSOL

Aerosol ialah campuran zarah dan gas yang amat

kecil. Zarah-zarah ini mungkin titisan cecair atau

cebisan kecil bahan pepejal. Zarah-zarah ini

terapung (tersebar) dalam gas. Awan dan kabus

ialah aerosol yang berlaku secara semula jadi. Tin

semburan deodoran dan semburan rambut

mengeluarkan aerosol apabila digunakan.

UMUM 
AIR MATA JOB

Air mata Job ialah sejenis rumput tinggi yang

hidup dalam iklim tropika. Rumput ini dinamai

demikian kerana gelembung bak titisan air mata

yang mengandungi bijinya yang matang. Rumput

ini ada kaitan dengan jagung, dan ditanam di Asia

untuk mendapatkan bijirinnya. Di Jepun, bijinya

digunakan untuk membuat teh.

UMUM 
PERGUNUNGAN BLUE

Pergunungan Blue tingginya kira-kira 65

kilometer, terletak di Barat Sydney di New South

Wales , Australia. Penduduk awal menamainya

Pergunungan Blue kerana ia biasanya kelihatan biru

kerana jerebu biru akibat titisan halus minyak kayu

putih di atmosfera.

UMUM 
MOLEKUL

Molekul adalah satu daripada unit asas jirim.

Molekul ialah unsur terkecil sesuatu bahan dapat

dibahagikan dan masih mempunyai sifat-sifat kimia

bahan asal. Jika bahan ini dibahagikan lagi, hanya

atom unsur kimia yang tinggal. Contohnya, setitis

air mengandungi berbilion-bilion molekul air. Jika

titisan ini boleh dibahagikan sehingga hanya satu

molekul air yang tinggal, titisan yang terakhir ini

masih mempunyai kesemua sifat kimia air. Tetapi,

jika satu molekul air ini dibahagikan, hanya atom

unsur hidrogen dan oksigen yang tinggal.

UMUM 
STIM

Stim ialah air yang telah bertukar menjadi gas.

Pada tekanan atmosfera normal, ia berlaku pada

100ºC, iaitu takat didih air. Stim adalah tidak

berwarna dan lut sinar. Wap putih yang sering

kelihatan pada muncung cerek, pada geiser, dan

pada gas putih yang keluar daripada serombong

kilang adalah sebenarnya bukan stim, Tetapi ia

terdiri daripada titisan halus cecair air. Ia terbentuk

semasa stim yang tidak dapat dilihat menyejuk. Stim

pada suhu yang lebih tinggi lagi daripada takat didih

dikenali sebagai stim panas lampau.

UMUM 
SULFUR DIOKSIDA

Sulfur dioksida ialah gas beracun tidak berwarna,

dan mempunyai bau yang menusuk hidung. Sulfur

dioksida terbentuk secara semula jadi daripada

aktiviti gunung berapi dan daripada pereputan jirim

organik. Ia boleh dibuat dengan membakar sulfur

atau memanaskan sebatian sulfur logam. Ia juga

dilepaskan ke dalam atmosfera oleh loji penapisan

minyak, kilang dan loji kuasa elektrik yang membakar

batu arang atau minyak. Dalam udara yang dihidu

manusia, bahan ini boleh merengsakan mata dan

sistem pernafasan. Ia juga mungkin larut dalam titisan

air untuk membentuk hujan asid, yang boleh

mendatangkan mudarat atau membunuh hidupan liar

dan merosakkan bangunan. Hujan asid juga mungkin

terbentuk apabila sulfur dioksida di udara bertukar

menjadi sulfur trioksida. Banyak kerajaan

mengehadkan amaun sulfur dioksida yang boleh

dilepaskan oleh industri ke dalam udara.

UMUM 

Kembali ke atas