Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata titisan 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coalescencepenyatuanFarmasiFarmaseutikKeadaan apabila dua atau lebih titisan bersatu menjadi titisan yang lebih besar. Titisan-titisan ini terampai dalam satu cecair yang tidak larut campur dengannya. Dalam konteks emulsi, keadaan ini juga akan menyebabkan berlakunya pemecahan, dan seterusnya pemisahan fasa dua cecair. Akibat daripada keadaan ini, ketakstabilan sistem emulsi akan berlaku.1">
electrostatic coalescencecantuman elektrostatikSainsHidrometeorologi1. Cantuman titisan awan yang diaruh oleh tarikan elektrostatik di antara titisan yang bertentangan cas. Kini proses ini dirasakan tidak penting dalam penghasilan kerpasan kerana campuran sempurna titisan-titisan yang bertentangan cas tidak pernah ditunjukkan dengan jelas. 2. Cantuman dua awan atau titisan hujan yang teraruh oleh kesan pengutuban hasil daripada medan elektrik luaran.
mistkabusMeteorologiMeteorologi PerhubunganTitisan-titisan air mikroskopik terampai atau zarah higroskopik basah yang menyebabkan keadaan kekaburan atmosfera. Istilah ini digunakan untuk tujuan sinoptik apabila ketampakan mendatar sama atau lebih daripada 1 km; kelembapan relatif yang berpadanan adalah kurang daripada 95%. Kebanyakan zarah yang terkandung di dalam kabus berdiameter dalam lingkungan beberapa puluhan mikrometer.
fogkabutKimiaTiada1. Titisan cecair yang terampai di dalam udara akibat kondensasi wap air pada zarah, habuk, jelaga, dan lain-lain. Kabut buatan diperoleh melalui getaran ultrasonik di dalam makmal. Getaran ultrasonik juga dapat memendakkan kabut semula jadi. 2. koloid yang terbentuk apabila cecair tersebar di dalam gas.
Kelvin effectkesan KelvinSainsHidrometeorologiKesan yang terjadi apabila tekanan wap tepu (p) pada permukaan lengkung cecair (umpamanya, titisan air berbentuk sfera) melebihi tekanan wap tepu atas permukaan satah serupa dengan jumlah yang bertambah apabila jejari kelengkungan (r) permukaan mengurang. Perhubungan antaranya dihuraikan dengan loge dengan M ialah berat molekul wap, tegangan permukaan cecair, ketumpatan cecair, R* pemalar gas semesta, dan T suhu. Kesan kelengkungan permukaan adalah mustahak bagi titisan bergaris pusat kurang daripada 1 mm; pada 10oC, umpamanya, nisbah ialah 1.023 bagi titisan air garis pusat 0.1 m dan 1.002 bagi titisan air bergaris pusat 1 mm. Kesan tersebut paling mustahak bagi permulaan pemejalwapan dalam atmosfera. Kesan ini ditemui oleh Lord Kelvin.
homogenizationpenghomogenanMakanan dan PemakananMakanan1. Proses apabila titisan lemak diemulsi secara sekata dan tidak terasing daripada cecair atau air yang terkandung dalam produk tersebut. 2. Proses menjadikan saiz bahan sekata dan sama. Sebagai contoh, proses ini digunakan dalam penyediaan sampel makanan sebelum dianalisis kandungan nutriennya.
rainhujanMeteorologiMeteorologi Perhubungankerpasan dalam bentuk titisan air yang mempunyai diameter yang melebihi 0.5 mm atau kurang daripada 0.5 mm, sekiranya kerpasan ini tersebar luas. Bagi tujuan pencerapan, keamatan hujan pada sebarang ruang dan masa tertentu boleh dikelaskan seperti yang berikut: i. amat renyai; titisan yang tersebar dan tidak membasahi permukaan sepenuhnya walaupun turun berterusan; ii. renyai; titisan yang kadar curahannya di antara 0.1 mm/jam hingga 2.5 mm/jam, dan kadar curahan tidak melebihi 0.25 mm dalam tempoh 6 minit; iii sederhana; titisan yang kadar curahannya antara 2.5 mm/jam hingga 7.5 mm/jam; iv. lebat; titisan yang kadar curannya melebihi 7.5 mm/jam.
vacuolizationpemvakuolanBiologiHistologi dan Sitologi1. Pembentukan vakuol. 2. Pembentukan titisan bendalir jernih di dalam sel yang sedang berkembang atau yang sedang menua.
fogkabutPerubatanTiada1. Koloid yang terbentuk apabila cecair tersebar di dalam gas.,2. Titisan cecair yang terampai di dalam udara akibat kondensasi wap air pada zarah, habuk, jelaga dan lain-lain.
suspended matterjirim terampaiKejuruteraanTiada1. Pepejal atau zarah cecair di udara yang tiada halaju berkesan dan boleh terampai di udara dalam tempoh masa yang lama. Biasanya bersaiz kurang daripada 1.00mm, contohnya habuk, abu terbang, titisan asid dan lain-lain zarah.
123

Kembali ke atas