Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke­turun­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a. darah yg menitis. b. keturunan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata titisan darah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. A beta B patik C hamba D baginda 24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. A kita B kami C beliau D mereka Apakah jawapan untuk soalan-soalan berikut? 6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. A dia B kita C kamu D mereka   7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul. A mereka B awak C saya D kami

1.   "Ampun patik tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja.

2.   " Sebagai tentera, kami berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka.

3.   "Sebagai murid, kamu hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu.

4.   Mari kita ikut saya ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul.

Tatabahasa09.05.2014
bagaimana kaedah penulisan sesuatu skrip dilaksanakan?sama ada dalam bentuk dialog, karangan atau selain itu?

Ada beberapa kaedah dalam penulisan skrip drama pentas. Lazimnya ada dua cara, iaitu

1.  Nama watak : dialog

Contoh:

Amin: Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir.

2.                                      Nama watak:

                                              dialog

Contoh:      

                                             Amin:

         Kita harus berjuang hingga titisan darah yang terakhir.

 

Sekian, terima kasih.

Lain-lain24.08.2009
Salam sejahtera, Jawapan yang pihak tuan berikan pada tarikh 08.07.2010 menyatakan bahawa "Pengguna kata sendi nama "hingga ke" berbentuk lewah dan tidak boleh hadir secara berturutan." Saya ingin bertanya bagaimana pula dengan "sehingga ke"? adakah penggunaan ini juga berbentuk lewah dan tidak patut digunakan?Kata hingga dan sehingga tidak perlu diikuti dengan kata sendi nama "ke", seperti ... sehingga titisan darah terakhir.Tatabahasa20.10.2016

Kembali ke atas