Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiub] | تيوب

Definisi : 1. benda yg bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sj bekas drpd plastik dll yg digunakan utk mengisi cecair yg likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dlm tayar basikal dll; ~ Fallopio (Bio) satu drpd sepasang tiub yg membawa ovum dr ovari ke dlm rahim mamalia (termasuk manusia); ~ pengering (Kim) tiub yg diisi dgn bahan pengering spt kalsium klorida, dan digunakan utk menge­ringkan gas atau wap; ~ sinar katod (Fiz) sj peranti yg di­guna­kan utk memaparkan data atau mak­lumat yg terhasil drpd pesongan elektron dlm tiub vakum; ~ vakum (Fiz) sj tiub yg divakum­kan dan mengandungi bebe­rapa elektrod utk mengawal pengaliran elektron; bertiub mempunyai tiub. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiub] | تيوب

Definisi : sistem kereta api bawah tanah, ter­utamanya di London. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiub] | تيوب

Definisi : 1 silinder yg dibuat drpd kaca, getah dll dan berlubang di tengah-tengahnya. 2 bahagian dlm tayar yg diisi angin. 3 struktur yg berbentuk silinder dan berlubang di tengahnya yg terdapat dlm badan atau dlm tumbuh-tumbuhan. ~ Eustachio ist tiub yg menghubungkan telinga tengah dgn farinks. ~ Fallopio ist tiub yg membawa ovum yg dihasilkan oleh ovari ke dlm rahim. ~ pengering ist tiub yg diisi dgn bahan pengering spt kalsium klorida, dan digunakan utk mengeringkan gas atau wap. ~ sinar katod ist tiub vakum yg di dlmnya terdapat sinar elektron yg difokuskan pd skrin utk menampakkan pancaran cahaya, dan digunakan dlm osiloskop, televisyen dsb. ~ vakum ist tiub yg divakumkan dan mengandungi beberapa elektrod utk mengawal pengaliran elektron. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiub