Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tiub] | تيوب

Definisi : 1. benda yg bulat panjang dan berlubang di tengahnya, torak: ~ kaca (getah); 2. sj bekas drpd plastik dll yg digunakan utk mengisi cecair yg likat dsb: ~ ubat gigi; 3. bahagian dlm tayar basikal dll; ~ Fallopio (Bio) satu drpd sepasang tiub yg membawa ovum dr ovari ke dlm rahim mamalia (termasuk manusia); ~ pengering (Kim) tiub yg diisi dgn bahan pengering spt kalsium klorida, dan digunakan utk menge­ringkan gas atau wap; ~ sinar katod (Fiz) sj peranti yg di­guna­kan utk memaparkan data atau mak­lumat yg terhasil drpd pesongan elektron dlm tiub vakum; ~ vakum (Fiz) sj tiub yg divakum­kan dan mengandungi bebe­rapa elektrod utk mengawal pengaliran elektron; bertiub mempunyai tiub. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiub] | تيوب

Definisi : sistem kereta api bawah tanah, ter­utamanya di London. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tiub] | تيوب

Definisi : 1 silinder yg dibuat drpd kaca, getah dll dan berlubang di tengah-tengahnya. 2 bahagian dlm tayar yg diisi angin. 3 struktur yg berbentuk silinder dan berlubang di tengahnya yg terdapat dlm badan atau dlm tumbuh-tumbuhan. ~ Eustachio ist tiub yg menghubungkan telinga tengah dgn farinks. ~ Fallopio ist tiub yg membawa ovum yg dihasilkan oleh ovari ke dlm rahim. ~ pengering ist tiub yg diisi dgn bahan pengering spt kalsium klorida, dan digunakan utk mengeringkan gas atau wap. ~ sinar katod ist tiub vakum yg di dlmnya terdapat sinar elektron yg difokuskan pd skrin utk menampakkan pancaran cahaya, dan digunakan dlm osiloskop, televisyen dsb. ~ vakum ist tiub yg divakumkan dan mengandungi beberapa elektrod utk mengawal pengaliran elektron. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tiub


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
plugging loopgelung sumbatKejuruteraanTiadaKomponen peralatan reaktor untuk mengawal tiub-tiub dari tersumbat disebabkan pengoksidaan.
calandriakalandriaKejuruteraanTiada1. Bahagian tertentu dalam kilang yang menjalankan pengwapan melalui tiub-tiub yang membawa bendalir pemanas.,2. Kebuk tertutup yang digunakan dalam inti reaktor jenis tertentu.
Pitot tubetiub PitotFizikMekanikPeranti yang digunakan untuk mengukur halaju bendalir. Peranti ini mempunyai dua tiub: satu dengan bukaan yang menghadap bendalir yang bergerak, dan satu lagi dengan bukaan pada 90o kepada arah gerakan bendalir. Tiub-tiub ini disambungkan kepada bahagian-bahagian bersetentangan dari suatu manometer supaya perbezaan di antara tekanan dinamik di dalam tiub pertama dan tekanan statik di dalam tiub kedua boleh diukur. Bagi suatu bendalir tak termampat kelajuan aliran, ?2 = 2(P2 - P1)/p (P2 = tekanan dinamik, P1 = tekanan statik dan p = ketumpatan bendalir). Peranti ini mengambil nama daripada Henri Pitot (1695 - 1771).
flexometallic endotracheal tubetiub endotrakea logam lenturPerubatanTiadaAlat yang menyerupai tiub endotrakea biasa tetapi mengandungi logam atau nilon berbentuk pilin dalam dinding tiub supaya tiub tidak mudah berpintal. Alat ini biasanya digunakan dalam pembedahan di bahagian kepala dan leher.
discharge tubetiub nyahcas; tiub luahanFizikTiadaTiada
discharge tubetiub nyahcas; tiub luahanKomunikasi MassaTiadaTiada
suction tubetiub pelekap; tiub penghisapVeterinarTiadaTiada
discharge tubetiub nyahcas; tiub luahanKimiaTiadaTiada
circle circuitlitar bulatanPerubatanTiadaLitar anestesia berbentuk bulat yang digunakan semasa pemberian anestesia umum. Litar ini mengandungi dua tiub, iaitu tiub aliran gas dari mesin anestesia kepada pesakit dan tiub aliran gas daripada pesakit ke mesin anestesia. Terdapat beberapa komponen penting dalam litar ini termasuklah injap inspiratori dan ekspiratori, soda kapur untuk menyerap karbon dioksida dan sebuah beg takungan untuk ventilasi manual. Litar ini sesuai untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak. Sinonim sistem bulatan.
tube flapflap tiubPerubatanTiadaFlap yang dibuat dengan mensutur pinggirnya menjadi tiub dan hujung tiub disuturkan ke kawasan baru.
12345678910...

Kembali ke atas