Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.ko] | توکو

Definisi : kedai tempat dijual barang dagangan; ~ buku kedai buku; bertoko berjual barang-barang di toko. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.ko] | توکو

Definisi : tempat membeli barang-barang dagangan; kedai: ~ batik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata toko


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah penterjemahan " dual frontage shop" dalam BM selain kedai dwi buka depan atau kedai buka depan berkembar?

Toko dwi buka depan atau Toko buka depan berkembar.

Lain-lain14.11.2008
Selamat petang. Saya ada pertanyaan. Saya sedang mencari kamus "rumi-jawi" yang pernah dikeluarkan oleh DBP sebelum ini. Boleh saya tahu macam mana cara untuk saya dapatkannya dalam tempoh yg singkat ini? Saya sudah mencari di toko buku sekitar Kedah dan Kuala Lumpur termasuk ke kaunter DBP di pameran buku PWTC pada bulan 5 tahun ini tetapi saya mendapat maklumat bahawa kamus tersebut sudah habis dijual dan sedang menunggu cetakan seterusnya. Keadaan saya ini, saya memerlukan kamus tersebut segera. Mungkin pihak DBP ada menyimpan stok kamus tersebut. Terima kasih.Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi masih belum ada di pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Kedai Buku DBP di talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain21.10.2015

Kembali ke atas