Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.koh] | توکوه

Definisi : 1. rupa atau keadaan yg tampak pd zahirnya, bentuk dan sifatnya, macam atau jenis: menara masjid yg ~nya spt payung akan terbuka; 2. = ~ badan bentuk atau ke­ada­an badan, susuk tubuh, perawakan: ~ badan­nya spt orang Arab; macam ~ awak ini sudah patut berpangkat sarjan; 3. gaya, lagak: ~ pula orangnya; 4. ki orang yg kena­maan (dlm apa-apa bidang spt bidang politik, kebudayaan, agama, dll), orang yg terkemuka, penganjur: dgn kekuatan peribadinya ia menjadi ~ yg berkuasa dan dihormati oleh kawan dan lawan; bertokoh 1. berbentuk, berupa, berwujud: tidak ada seorang pun antara mereka yg ~ politik; 2. Kd, Pl (kelihatan) bergaya, hebat, tampan: ah, ~ sungguh orang itu dgn pakaian rasminya; bertokohkan mempunyai seseorang sbg tokoh: kebanyakan novel Pram sebelumnya yg tidak ~ remaja; menokoh ark menjadi bertokoh: ~ benar mereka dgn pakaian itu; menokohi ark menjadi tokoh pd (cerita, filem): watak Minah yg ~ cerita itu merupa­kan simbol wanita Melayu; menokohkan menjadikan tokoh: ~ Ibrahim sbg lambang iman yg menang dlm meng­hadapi iblis; ketokohan perihal tokoh: Tuan Hess mem-pelajari roman dan perawakan serta ~ si Misai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.koh] | توکوه

Definisi : kecoh, tipu; kena ~ kena kecoh (tipu), tertipu; menokoh mempermainkan, memperolok-olok­kan, mengecoh, menipu: si pandai ~ si bingung; penokoh orang yg suka mempermain-main­kan (memperolok-olokkan), pengecoh, penipu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.koh] | توکوه

Definisi : 1 lagak atau gaya seseorang: ~nya spt orang kaya tetapi hutangnya keliling pinggang. 2 orang yg terkemuka atau orang kenamaan dlm sesuatu bidang: Dia ialah salah seorang ~ dlm bidang karang-mengarang. 3 rupa atau keadaan yg kelihatan pd zahirnya: ~ badan sifat atau keadaan badan. bertokoh 1 bergaya; tampan: Dia itu ~ juga orangnya. 2 berupa; berbentuk. ketokohan keadaan atau sifat (sbg) tokoh: Dia terpilih menjadi pengawas kerana mempunyai ~ sbg pemimpin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tokoh (kata nama)
1. Bersinonim dengan orang kenamaan: orang terkemuka, orang terkenal, pakar, ahli,

2. Bersinonim dengan gaya: lagak, rupa, watak, perwatakan, keperibadian, personaliti.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
New CriticismNew CriticismKesusasteraanTiadaIstilah yang diterapkan dalam kritikan oleh tokoh-tokoh seperti John Crowe Ransom, Allen Tate dan lain-lain sebagaimana yang terdapat dalam buku Ransom The New Criticism yang diterbitkan dalam tahun 1941.
opinion interviewwawancara pendapatKomunikasiTiadaWawancara yang dilakukan untuk memperoleh pendapat dari tokoh-tokoh tertentu mengenai pandangan bernas mereka tentang sesuatu isu.
press interviewwawancara akhbarKomunikasiTiadaWawancara yang dilakukan oleh wartawan dengan pihak tertentu seperti tokoh-tokoh ternama untuk mendapatkan bahan berita.
catastasiskatastasisKesusasteraanTiada1. Kemuncak pada bahagian ketiga daripada empat bahagian drama yang dibahagikan oleh tokoh-tokoh drama Greek.,2. Dalam restorika, ia adalah bahagian naratif kepada pengenalan sesuatu ucapan.
animeanimasi JepunKesenianTiadaAnimasi khas Jepun, yang biasanya dicirikan melalui gambar berwarna-warni yang menampilkan tokoh-tokoh dalam pelbagai lokasi dan cerita, yang ditujukan pada pelbagai kategori penonton. Anime dipengaruhi gaya gambar manga iaitu komik khas Jepun.
augury and divinationalamat dan firasatSejarahTiadaSesuatu yang merupakan tanda, telahan atau ramalan yang dialami oleh tokoh-tokoh terkenal dan dijadikan satu cacatan sejarah dalam penulisan biografi mereka.
reinterpretationtafsiran semulaKesusasteraanTiadaNaskhah yang ditafsirkan semula oleh penyalin atau khalayak sehingga membawa kepada tafsiran baru. Contoh: tokoh-tokoh legenda seperti Dato' Bahaman, Dato'Dol Said Naning, Dato' Maharajalela yang dahulu dianggap sebagai penderhaka tetapi kini dianggap sebagai pahlawan bangsa.
romanceroman; hikayatKesusasteraanTiada1. Prosa naratif yang mengisahkan tentang kepahlawanan, kehebatan, pengembara dan percintaan.,2. Novel prosa rekaan yang panjang yang menonjolkan tokoh-tokoh dan menampilkan serangkai peristiwa dan latar secara tersusun.
heroic dramadrama wiraKesusasteraanTiadaPersembahan yang penuh dengan konflik emosi yang hebat pada diri watak penting dengan dialog bombastis sifatnya dan watak-watak utamanya terdiri daripada tokoh-tokoh epik.
trend (fashion)arah aliran (fesyen)KesenianTiadaPergolakan fesyen yang terdiri daripada warna, jenis fabrik dan rupa bentuk pakaian yang dipengaruhi oleh peristiwa semasa, seperti politik, sosial dan sukan, filem, drama serta tokoh-tokoh.
12345678910...

Kembali ke atas