Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tol] | تول

Definisi : bayaran yg dikenakan kerana menggunakan jalan raya, jambatan, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tol] | تول

Definisi : , = bayaran ~ bayaran yg dikenakan kerana menggunakan jalan, jambatan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tol
Rujuk :cukai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah lebih sesuai, 1. operasi pungutan tol atau 2. operasi kutipan tol atau ada lain-lain istilah yang lebih tepat? Terima kasih.Jawapan yang tepat ialah operasi memungut tol ataupun operasi mengutip tol. Terima kasih.  Tatabahasa15.01.2009
Penggunaan ayat yang mana lebih tepat, 1 atau 2? 1) Transaksi tol 100% elektronik di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017 2) Transaksi tol tanpa tunai (100% elektronik) di semua plaza tol PLUS mulai 26 April 2017Kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa02.03.2017
Semua pungutan tol hendaklah digunakan oleh pemegang lesen semata-mata untuk penyelenggaraan sempurna jalan yang mana orang awam dibenar untuk menggunakannya. ADAKAH PENGGUNAAN PERKATAAN "DIBENAR" DI DALAM AYAT DI ATAS TEPAT? ATAU PENGGUNAAN "DIBENARKAN" SEPATUTNYA DIGUNAKAN?dibenarkanTatabahasa24.12.2008
Penggunaan ialah atau adalah: "Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah/adalah banyak kenderaan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya." 1. Penggunaan yang mana lebih tepat: ialah atau adalah di dalam ayat di atas dan 2. Minta penerangan pembezaan ialah dan adalah dalam penggunaan. Tk.1.   Penggunaan “ialah” lebih sesuai. Namun begitu, ayat tersebut seharusnya ditulis seperti yang berikut:

“Yang dilihat oleh mereka apabila tiba di Plaza Tol ialah bilangan kenderaan yang banyak dan berbaris panjang untuk memasuki lebuh raya.”

2.   Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, “ialah” dan “adalah” tergolong dalam kata pemeri. Penggunaan “ialah” hadir di hadapan frasa nama seperti contoh ayat yang berikut:

i.   Antara perkara yang dibiacarakan dalam buku ini ialah masalah moral negara. (frasa nama)

Manakala “adalah” hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti contoh ayat yang berikut:

i.    Makanan seimbang adalah baik untuk kesihatan badan. (frasa adjektif)

ii.    Sumbangan besar beliau adalah dari segi peningkatan ekonomi rakyat luar bandar. (frasa sendi nama)

Sekian. Terima kasih.

Tatabahasa29.08.2017
maksud anak tut? tol ke,hasil drpd mcantmkan tnas drpd 1 pkokpd pkok y lain y sma jnisny??Pertanyaan saudara kurang jelas, sila gunakan bahasa Melayu yang baik dengan ejaan yang betul.Lain-lain24.06.2011
Ali Imran 15:36 Salam Saya ingin berkongsi maklumat tentang sebuah papan iklan yang saya kira, menggunakan tatabahasa yang salah. Lokasi: Tepi Lebuhraya MEX, menghala Kuala Lumpur, selepas tol Tarikh gambar diambil: 10 November 2016 Jurukamera: Ali Imran (saya sendiri) Apakah tindakan yang boleh dibuat DBP berkaitan hal sebegini. Sekian. Ali Imran Kuala LumpurWassalam, Tuan, Pihak tuan boleh menghantar gambar berkenaan kepada pegawai kami melalui e-mel: mulia@dbp.gov.my untuk tindakan dan makluman kami. Pihak kami akan menghantar surat teguran kepada pihak yang berkenaan dan meminta pihak majlis mengambil tindakan yang sewajarnya. Terima kasih.Lain-lain11.11.2016
Apakah perkataan yang sesuai untuk digunakan bagi terjemahan "Mass Enablement"? "Mass Enablement" boleh ditakrifkan sebagai pengaktifan sesuatu kaedah secara besar-besaran. Contohnya, pengaktifan penggunaan kad Touch n Go di seluruh tol di Malaysia (dilakukan secara besar-besaran). Saya ada beberapa cadangan untuk terjemahan terma ini: 1. Pengaktifan Secara Besar-Besaran 2. Pengaktifan Secara Massa 3. Pengaktifan Berbesaran 4. Pengaktifan Besar-Besaran 5. Pengaktifan Besaran Harap tuan dapat cadangkan terjemahan yang sesuai bagi "Mass Enablement". Terima kasih.

Kami mencadangkan padanan bagi frasa "Mass Enablement" diterjemahkan sebagai pengaktifan massa (seperti pola mass phenomenon atau fenomena massa dalam bidang Antropologi dan Komunikasi). Namun, terdapat juga padanan lain yang tepat bagi istilah tersebut, iaitu pengaktifan menyeluruh atau pengaktifan berkelompok, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.

Istilah18.01.2020
Dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di papan-papan tanda, apakah usaha atau langkah yang telah dan akan diambil oleh DBP penggunaan nama "Central Spine Road", iaitu merujuk kepada sebatang lebuh raya tanpa tol yang sedang dibina dari Simpang Pelangai, Pahang ke Kuala Krai, Kelantan? Ucapan pembentangan belanjawan negara juga menyebut nama dalam bahasa Inggeris. Jadi, bolehkah DBP memberi syor kepada Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kerja Raya supaya digunakan istilah/nama lebuh raya ini dalam bahasa Melayu?
Kami mengambil maklum akan aduan tuan ini dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan tuan.

Untuk makluman tuan, DBP akan melaksanakan kerja pemantauan tentang aduan ini dan membuat teguran kepada pihak yang berkenaan. Sebagai badan perancangan bahasa, DBP hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik.

Terima kasih.
Lain-lain12.11.2020
Salam Tuan/Puan, terdapat percanggahan pendapat dalam penterjemahan bagi perkataan "can include" dalam ayat berikut. Saya berpendapat terjemahan pertama lebih tepat. Mohon khidmat nasihat pihak tuan/puan. Source: Unsupported phone numbers can’t be registered on Bingo, and can include VoIP, landlines, and toll-free. Terjemahan 1: Nombor telefon yang tidak disokong tidak boleh didaftarkan di Bingo, dan boleh meliputi VoIP, talian tetap dan bebas tol. Terjemahan 2: Nombor telefon yang tidak disokong tidak boleh didaftarkan di Bingo, dan ini termasuk VoIP, talian tetap dan bebas tol. Terima kasihPadanan terjemahan bahasa Melayu untuk ayat yang dinyatakan ialah:

Nombor telefon yang tidak disokong tidak boleh didaftarkan melalui Bingo termasuk suara melalui IP (VoIP), talian tetap dan bebas tol.
Makna02.10.2022
Salam tuan/puan, Harap tuan/puan sudi meluangkan masa untuk mengkategorikan kata nama yang saya berikan sebagai contoh di bawah sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK). Jika KNATHI, tuan/puan boleh tandakan (I) atau jika KNATHBIK) tandakan (B). rumah padang sekolah bank mahkamah gereja masjid tokong kuil perpustakaan muzium istana plaza tol pasar malam tanjung teluk terowong tandas makmal taman dapur langit balai bomba balai polis kompleks sukan pejabat tanah pejabat imigresen universiti pejabat pos kilang roti kedai buku stesen minyak kafe siber Terima kasih yang tidak terhingga.Pengenalpastian sama ada kata nama am tak hidup institusi (KNATHI) atau kata nama am tak hidup bukan institusi konkrit (KNATHBIK) dibuat melalui kehadiran kata sendi nama sebelum kata nama tersebut. KNATHI dikenal pasti melalui kehadiran kata sendi nama (KSN) kepada dan daripada sebelum KNATHI, manakala KNATHBIK didahului oleh KSN ke dan dari. Rujuk Tatabahasa Dewan halaman 99-100. Tatabahasa19.11.2014
12

Kembali ke atas