Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.le.ran.si] | تولرنسي

Definisi : sifat (sikap) toleran: ada ~ antara berbagai-bagai keturunan penduduk Malaysia; bertoleransi mempunyai atau menunjukkan toleransi: Islam telah menyediakan garis pan­duan yg jelas utk membina suatu masyarakat yg bersatu padu, ~ dan maju; kerajaan tidak akan ~ lagi jika masih ada pihak yg cuba mewujudkan kawasan setinggan baru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.le.ran.si] | تولرنسي

Definisi : sikap sabar dan bertolak ansur atau berlebih kurang; sikap dpt menerima atau menghormati pen­dapat, fikiran dan kepercayaan orang lain. bertoleransi menunjukkan tole­ran­si: Masyarakat hidup aman damai, bersatu padu dan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
toleransi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan keterbukaan, kelapangan hati, kelapangan dada, keluasan fikiran, sifat mudah memaafkan.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Negara kita stabil dan aman adalah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi. MUNSYI, adakah ayat segenap lapisan adalah salah dalam ayat ini? TKDalam Kamus Dewan edisi keempat, segenap bermaksud seluruh, sekalian, semua. Oleh itu, penggunaan segenap adalah betul dalam ayat yang diberikan. Ayat yang betul ialah: Negara kita stabil dan aman ialah berkat daripada sikap segenap lapisan masyarakatnya yang toleransi.Tatabahasa11.06.2012
Zero tolerancetoleransi sifarIstilah20.07.2011
Tuan; 1- Adakah wujud perbezaan dalam penggunaan nostalgia dan kenangan? Jika ada perbezaan, boleh tuan berikan contoh ayat? 2- Toleransi sama juga maksud dengan tolak-ansur. Benarkah?

1. Nostalgia bermaksud kerinduan pada sesuatu yang pernah dialami (dinikmati dan sebagainya) pada masa lalu atau kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang telah berlalu, manakala kenangan pula ialah apa yang dikenangkan atau yang timbul (terbayang) dalam ingatan tetapi tidak membabitkan perasaan rindu atau keinginan terhadap sesuatu.

2. Toleransi ialah sikap toleran, iaitu sedia menghormati atau menerima pendapat orang lain yang berbeza daripada pendirian sendiri, manakala tolak ansur saling menuruti atau saling memberi.

Makna30.09.2011
kebaikan dan contoh amalan toleransi masyarakat majmuk di malaysia dapat di contohi oleh dunia luarJawapan kepada pertanyaan ini memerlukan penyelidikan dan pembacaan. Untuk itu, saudara perlu membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau merujuk makalah tentang perkara tersebut yang diterbitkan di dalam akhbar atau majalah tempatan.   Lain-lain24.06.2008
Assalammualaikum.... Bolehkah istilah seperti direktif, kolaborasi, kolaboratif, toleransi, non-direktif dan stail digunakan dalam penulisan buku akademik? Seperkara lagi, apakah istilah yang sesuai digunakan bagi perkataan bahasa inggeris instructional scaffolding? Bolehkah saya mengguna pakai perkataan perancah pengajaran? Terima kasih atas bantuan tuanSalam sejahtera,

Tuan,

1. Berdasarkan soalan tuan, hanya perkataan non-direktif sahaja yang tiada maksud dalam data kami. Jadi, tuan boleh gunakan perkataan yang disebutkan diatas selain perkataan non-direktif dalam penulisan buku akademik.

2. Bagi instructional scaffolding, padanan scaffolding dalam bidang Pendidikan ialah sokongan. Instructional pula bermaksud  pengajaran/pendidikan/arahan. Oleh itu, kami mencadangkan sokongan pengajaran. Namun, kami berpandangan Kementerian  Pendidikan sudah ada istilahnya sendiri bagi konsep tersebut. Tuan boleh rujuk pihak KPM juga.

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/ .

Sekian, terima kasih.
Makna09.07.2017

Kembali ke atas