Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.lo/] | تولوق

Definisi : bandingan, imbangan (yg sama), tara: tidak ada ~ bandingnya; alat ~ sj alat utk mengukur kuasa atau kuantiti hujan (arus, angin, dll); ~ hujan alat yg diguna-kan utk mengukur banyaknya air hujan; ~ Sulaiman sl sj azimat; ~ tekanan alat utk menguji atau mengukur tekanan sesuatu, mis stim; setolok sama tingkatnya (kedudukannya dll), sebanding, seimbang, setara; kunci ~ anak kunci yg sesuai dgn berbagai-bagai kunci (mangga); tiada ~ (dgn) tidak sebanding (dgn), tidak seimbang (setara) dgn; bertolok berbanding, berimbang; tidak ~ tidak ada yg menyamainya, tiada samanya, tiada dua; menolok menyamakan (ukuran, timbangan) dgn ukuran (timbangan) yg sebenarnya; penolok 1. imbangan, yg sama; 2. ukuran yg dipakai sbg piawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.lo/] | تولوق

Definisi : IB, bp jurubahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.lo/] | تولوق

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.lo/] | تولوق

Definisi : 1 imbangan yg sama; bandingan: tiada ~ bandingnya tidak ada yg menya­mainya. 2 berbagai-bagai jenis alat khusus yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu: ~ hujan; ~ tekanan; ~ ukur dalam. ~ dawai tolok utk mengukur tebalnya logam keping. ~ hujan alat yg digunakan utk mengukur banyaknya hujan yg turun. ~ tekanan alat utk mengukur tekanan sesuatu. bertolok berbanding; berimbang: tidak ~ tidak ada yg me­nyamainya. menolok me­nyamakan ukuran atau timbangan dgn ukuran atau timbangan yg sebenarnya. setolok sama kedudukan dll; sebanding; setara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolok
Kata Terbitan : setolok,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
orang sunda suka makan ulam tolok. Tuan, tolok salah digunakan. apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan tolok tqUntuk makluman, tidak ada perkataan ulam tolok dalam pangkalan data kami. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan tolok dan mempunyai beberapa maksud. Salah satu maksud tolok adalah seperti yang berikut: sejenis tumbuhan (pokok kecil yang buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda).Makna19.09.2011
maksud tolok?Menurut kamus dewan, tolak membawa maksud bandingan, imbangan (yg sama), tara. Tolok juga membawa maksud sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis.Makna12.12.2012
Apakah terjemahan bagi perkataan bahasa inggeris a. istilah kejuruteraan: "flanges" "gauge" istilah MS ISO 9001 "traceability" "requirements"

Puan Rozita,

Istilah bagi flange ialah bebibir, gauge ialah tolok, traceability ia;ak keupayaan mengesan dan requirements ialah keperluan.

Istilah04.10.2010
Cerita2 Hikayat Hang Tuah adalah sebuah legenda yang tidak pasti kewujudannya. Bagaimana pula Hikayat Seniman Agung P. Ramlee dan Hikayat Tun Teja yang hidup di zaman Hang Tuah? Dan siapa pula Dang Anum dan Tun Fatimah? Bolehkah mereka dipanggil Serikandi?

Hang Tuah adalah tokoh legenda Melayu yang dipercayai oleh para sarjana tentang kewujudannya berdasarkan tulisan-tulisan yang terdapat dalam manuskrip Melayu dan tinggalan seperti pergi Hang Tuah di Melaka. Manakala Seniman Agung P. Ramlee yang terbukti kewujudannya melalui filem-filem lakonnya. Beliau dipanggil sebagai lagenda kerana keagungannya dalam bidang perfileman Melayu yang tiada tolok bandingnya. Tun Teja, Dang Anum dan Tun Fatimah pula adalah tokoh srikandi yang kisah mereka diceritakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Mereka digelar sebagai srikandi kerana semangat keberanian mereka dalam menegakan kebenaran.

Lain-lain31.05.2010

Kembali ke atas