Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.lo/] | تولوق

Definisi : bandingan, imbangan (yg sama), tara: tidak ada ~ bandingnya; alat ~ sj alat utk mengukur kuasa atau kuantiti hujan (arus, angin, dll); ~ hujan alat yg diguna-kan utk mengukur banyaknya air hujan; ~ Sulaiman sl sj azimat; ~ tekanan alat utk menguji atau mengukur tekanan sesuatu, mis stim; setolok sama tingkatnya (kedudukannya dll), sebanding, seimbang, setara; kunci ~ anak kunci yg sesuai dgn berbagai-bagai kunci (mangga); tiada ~ (dgn) tidak sebanding (dgn), tidak seimbang (setara) dgn; bertolok berbanding, berimbang; tidak ~ tidak ada yg menyamainya, tiada samanya, tiada dua; menolok menyamakan (ukuran, timbangan) dgn ukuran (timbangan) yg sebenarnya; penolok 1. imbangan, yg sama; 2. ukuran yg dipakai sbg piawai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.lo/] | تولوق

Definisi : IB, bp jurubahasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.lo/] | تولوق

Definisi : sj tumbuhan (pokok kecil yg buahnya boleh dimakan), gayam (Sunda), Indocarpus edulis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.lo/] | تولوق

Definisi : 1 imbangan yg sama; bandingan: tiada ~ bandingnya tidak ada yg menya­mainya. 2 berbagai-bagai jenis alat khusus yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu: ~ hujan; ~ tekanan; ~ ukur dalam. ~ dawai tolok utk mengukur tebalnya logam keping. ~ hujan alat yg digunakan utk mengukur banyaknya hujan yg turun. ~ tekanan alat utk mengukur tekanan sesuatu. bertolok berbanding; berimbang: tidak ~ tidak ada yg me­nyamainya. menolok me­nyamakan ukuran atau timbangan dgn ukuran atau timbangan yg sebenarnya. setolok sama kedudukan dll; sebanding; setara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolok
Kata Terbitan : setolok,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gauge pressuretekanan tolokKejuruteraanKejuruteraan MekanikNilai tekanan yang diukur relatif kepada tekanan atmosfera. Dalam kes ini, tekanan atmosfera adalah sifar tolok. Nilai tolok yang kurang daripada sifar, iaitu negatif tolok, disebut juga sebagai vakum. Tekanan tolok boleh dikaitkan dengan tekanan mutlak melalui hubungan: tekanan mutlak = tekanan tolok + tekanan atmosfera. Nilai tekanan atmosfera biasanya 101.325 kPa.
plat gaugetolok platKejuruteraanTiadaTolok had atau tolok luar tunggal yang dibentuk dengan memotong lubang alur sepanjang lebar tolok yang dikehendaki pada plat keluli, yang permukaannya kemudiannya dikerasi.
percolationpenelusanSainsHidrometeorologiGerakan air permukaan ke bawah melalui tanih. Sebahagian hujan yang turun ke permukaan tanah tersejat semula, sejumlah lain menjadi air larian ke alur,. sungai dan seterusnya ke laut, sementara bakinya menelusi tanih. Penelusan diukur dengan menggunakan tolok. Tolok ini terdiri daripada satu ela padu tanah dalam keadaan alamiah yang dimasukkan ke dalam bejana logam dan ditanam dalam lubang yang telah digali. Air hujan yang menelusinya disalirkan dan diukur setiap hari pada jam 8.00 pagi di pintu perangkap di tepi bejana. Tolok ini ataupun yang serupa dengannya kadang kala disebut sebagai tolok saliran atau tolok rembesan. Ukurannya selalu dinyatakan sebagai kedalaman dalam kiraan per seratus atau per seribu inci (1 in = 2.54 mm).
grip gaugetolok pegangan/tolok gripSukanTiadaTiada
combination squaresesiku pancagunaKesenianTiadaSesiku yang mempunyai pelbagai kegunaan iaitu sebagai sesiku set, tolok penanda, tolok kedalaman, pengaras dan sebagainya.
wire gaugetolok dawaiTeknikElektrikAlat untuk mengukur diameter dawai. Tolok ini mengukur dalam unit piawai tertentu, seperti S.W.G (size wire gauge) dan Brown & Sharpe. Biasanya tolok ini berupa sekeping logam bulat atau segi empat yang disediakan dengan lubang-lubang berlainan saiz untuk pengukuran diameter dawai. Saiz tolok dawai dicatatkan pada setiap lubang. Dawai yang hendak diukur dipadankan dengan lubang-lubang tolok tersebut.
snow gaugetolok saljiSainsHidrometeorologiRadas yang direka bentuk untuk mengukur jatuhan salji. Dalam tolok salji Hellmann-Fuess, salji di tadah dalam bejana yang terletak di atas neraca, dan perubahan (alihan) dirakam terus-menerus, lalu menghasilkan suatu rakaman autografik curahan salji. Kebanyakan tolok salji, bagaimanapun, ialah tolok hujan yang dipasangkan jaket atau alat lain untuk menjadikannya sesuai bagi mengumpulkan kerpasan pepejal dan mencairkannya sebelum bacaan diambil.
non-recording rain gaugetolok hujan tak mencatatSainsHidrometeorologiTolok hujan yang menunjukkan hujan tetapi tidak merakamkan jumlahnya. Tolok hujan tak mencatat Biro Cuaca Amerika Syarikat terdiri daripada penadah yang berbentuk corong, bejana limpahan yang di atasnya terletak penadah tersebut, tiub pengukur yang bahagian hujung kecil corong dilekatkan padanya, dan kayu pengukur bersenggat berkadaran dengan perbezaan luas kawasan antara penadah dan tiub pengukur. Nisbah keluasan penadah terhadap keluasan tiub pengukur adalah sedemikian rupa sehingga pembesaran sepuluh kali ganda didapati bagi memudahkan penentuan jumlah yang kecil. Ia dikenali sebagai tolok hujan piawai lapan inci kerana garis pusat corongnya ialah lapan inci.
automatic level gaugetolok aras automatikKejuruteraanPetroleumSinonim : tolok automatik Peralatan yang dipasang di bahagian luar tangki untuk kegunaan pengamatan dana pengukuran aras cecair yang berada di dalam tangki berkenaan. Biasanya tolok ini dipasang pada ketinggian yang sama dengan aras mata si pengamat.
point datadata titikHidrologiTiadaCerapan yang dibuat di suatu tapak di bumi, misalnya tapak tolok hujan atau stesen tolok sungai. (Chow).
12345678910...

Kembali ke atas