Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[to.lol] | تولول

Definisi : bp bodoh sangat, bebal; si ~ orang yg sangat bodoh; ketololan kebodohan, kebebalan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[to.lol] | تولول

Definisi : sangat bodoh; bebal. ketololan sifat atau keadaan tolol; kebodohan; kebebalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolol (adjektif)
Bersinonim dengan dungu, bebal, tele, tele-tele, tongong, bangang, bengap, bahlul, bongok, bodoh, dongok, pandir, otak udang, tumpul otak, ngong, lompong, ahmal, goblok, pusung, palui, sementung;,
Kata Terbitan : ketololan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk Dummies dalam Bahasa Melayu? Dalam PPRM, maknanya adalah patung, atau tolol. Contoh penggunaan: Driving For Dummies. Ini datang dari siri buku For Dummies yang maknanya adalah pembacaan bagi orang yang kurang pandai. Tapi bolehkah kita gunakan, contohnya Memandu Untuk Si Tolol? Kerana ia bukanlah untuk orang yang tolol atau bodoh, cuma kurang pandai kerana mereka baru hendak belajar. Atau bolehkah kita gunakan Memandu Untuk Permulaan? Terima kasih.Cadangan yang sesuai untuk pertanyaan tersebut ialah PANDUAN UNTUK ORANG LEMBAMLain-lain18.07.2017
Assalamualaikum. Apakah yang dimaksudkan dengan "pirah"? Dalam loghat Kelantan, kalau tak silap saya, pirah (di sebut pi-ghah) ialah sejenis pepijat. Terima kasih.Waalaikumsalam,
Istilah "pirah" tidak terdapat maknanya dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Namun, istilah "piras" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah Kl; ~ hangit tidak mahu mendengar kata orang, bodoh dan kebudak-budakan, tolol.
Makna12.03.2013
Bolehkah perkataan "pandir" digunakan untuk menterjemahkan perkataan "sucker"? Contoh ayat: I heard that you managed to hooked a sucker into your scheme.

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, “sucker” boleh merujuk perihal seseorang yang senang diperdaya oleh orang lain. “Pandir” pula bermaksud bodoh atau tolol. Jika merujuk contoh ayat tersebut, “sucker” sesuai diterjemahkan sebagai “pandir”.

Istilah03.05.2020

Kembali ke atas