Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tom.po/] | تومڤوق

Definisi : 1. kumpulan yg tidak begitu besar, kelompok kecil; 2. longgokan yg kecil, tim­bun­an: se~ rambutan; 3. bintik besar yg bulat (pd binatang dll): atap zinknya sudah merah berkarat, hanya ada sedikit sahaja ~-~ putihnya; bertompok-tompok 1. berkelompok-kelompok: anak-anak muda ~ duduk di atas pasir; 2. bersusun-susun, bertimbun-timbun: buku yg ~; 3. tidak rata (warna dll), setempat-setempat, berbintik-bintik besar: anak kambing yg berwarna coklat ~ putih; 4. ki bertimbun-timbun, banyak sekali; menompokkan 1. meletakkan bersusun-susun, melonggokkan; 2. mengumpulkan banyak-banyak, menimbun-nimbunkan; tertompok tersusun bertindih-tindih, ter-kumpul banyak-banyak; tompokan longgokan, timbunan; penompokan perihal (proses, perbuatan, tindakan dsb) menompokkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tom.po/] | تومڤوق

Definisi : 1 kumpulan atau kelompok yg agak kecil; longgok kecil: Ia mem­beli se~ buah langsat. 2 bintik besar pd kulit binatang dll. bertompok ada tompok pdnya. bertompok-tompok 1 terdapat banyak tompok pdnya; ber­kelompok-kelompok. 2 tidak rata (ttg warna dll): Bulu kucingnya berwarna putih ~ hitam. menompokkan me­letakkan bertompok-tompok; me­long­­gokkan. tompokan kumpulan yg bertompok-tompok; longgokan; timbunan. penompokan perbuatan atau hal menompokkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tompok (kata nama)
Bersinonim dengan capuk, topok, bintang, bintik, titik, totol;,
Kata Terbitan : bertompok-tompok, menompokkan,

Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mosaicmozekBiologiPatologiGejala berupa tompok-tompok kecil yang telah mengalami perubahan warna yang berlatarbelakangkan warna asalnya. Contohnya penyakit virus mozek tembakau (TMV), yang menampakkan tompok-tompok warna kuning pucat pada daun, yang berlatarbelakangkan warna hijau.
smudgecomotBiologiPatologiPenyakit bawang yang disebabkan oleh Colletotrichum circinans. Gejala utamanya berupa tompok-tompok hitam pada kulit bawang yang masih segar. Tompok-tompok tersebut ialah bahagian yang busuk dan merupakan stroma kulat yang mengandungi aservulus dengan seta sehingga kelihatan hodoh dan kotor.
sunspot numbernombor tompok matahariMatematikTiadaBilangan kumpulan tompok matahari dan tompok-tompok terpencil yang kelihatan di matahari pada masa yang sama.
green islandstompok hijauBiologiPatologiTompok-tompok yang sentiasa nampak hijau dan terhad mengelilingi atau di sekitar kawasan klorosis. Biasanya gejala ini nampak pada daun yang terserang rabuk dan karat. Kawasan hijau tersebut dipercayai berfungsi untuk menjaga keseimbangan perhubungan patogen-perumah kerana patogen tersebut adalah biotrof.
Peyer�s patchestompok PeyerPerubatanTiadaTompok-tompok lonjong yang terdapat pada mukosa urus kecil dan terdiri daripada beberapa banyak nodul limfoid yang berkelompok.
patch cankercerana tompokBiologiPatologiCerana yang nampak jelas berupa tompok-tompok berwarna gelap basah kerana cairan yang dikeluarkan oleh bahagian yang terjangkit. Contohnya ialah cerana yang disebabkan oleh Phytophthora spp. pada batang pokok durian dan pokok getah.
chloasmakloasmaKejururawatanTiadaTompok-tompok keperangan di bahagian pipi, dahi dan atas bibir yang berlaku kepada ibu hamil atau wanita yang mengambil ubat perancang keluarga.�
chloasmakloasmaPerubatanTiadaPenimbulan tompok-tompok perang, terutama pada dahi, pelipis dan pipi akibat pertambahan setempat pigmen gelap.
chloasmakloasmaPentadbiran PerniagaanTiadaPenimbulan tompok-tompok perang, terutama pada dahi, pelipis dan pipi akibat pertambahan setempat pigmen gelap.
blue stainpulas biruBiologiPatologiGejala berupa tompok-tompok warna, biasanya biru tetapi ada juga yang merah, perang atau kelabu, pada kayu (terutama kayu sap) akibat jangkitan kulat.
12345678910...

Kembali ke atas