Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tong (kata nama)
Bersinonim dengan tin, kaleng, tahang, leger.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tong1 bekas yg dibuat drpd papan. 2 tin besar tempat mengisi minyak dll: ~ sampah bekas tempat sampah dibuang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
toktok-tok 1. bunyi spt bunyi pukulan dua keping buluh (Cina penjual mi dll); mi ~ mi yg dijaja dgn membunyikan tok-tok; 2. tong-tong.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengadang1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
tong I1. tempat (air, padi, dll) yg dibuat drpd papan kayu bulat torak bentuknya, tahang; 2. tin atau kaleng yg besar (tempat mengisi minyak dll); ~ sampah tempat membuang sampah; ~ kosong nyaring bunyinya = ~ kosong berbunyi nyaring prb orang yg bodoh itu biasanya banyak cakapnya; adakah air yg penuh dlm ~ itu berkocak, melainkan air yg setengah ~ itu juga yg berkocak prb orang yg tidak berilmu juga yg banyak cakapnya; bertong-tong beberapa banyak tong: mereka terpaksa menyimpan ~ air di rumah utk menghadapi musim kemarau.Kamus Dewan Edisi Keempat
dempang Ibunyi spt bunyi benda kosong (tong dll) jatuh; berdempang-dempang 1. berbunyi (bebe­rapa kali) spt bunyi tong kosong jatuh; 2. ki berbual, berborak.Kamus Dewan Edisi Keempat
tong1 bekas yg dibuat drpd papan.Kamus Pelajar
adang Iadang-adang penyekat (yg me­misah­kan, mengasingkan, dsb): tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu; mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan, merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang pokok yg tum­bang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan, menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb); musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau perselisihan jangan­lah dicari-cari; sungguhpun kawat yg di­bentuk, ikan di laut yg diadang prb sungguh­pun nampaknya tidak ada sesuatu maksud tetapi ada juga benda yg dituju; mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu), mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya; pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang; pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap).Kamus Dewan Edisi Keempat
berdempang-dempang1. berbunyi (bebe­rapa kali) spt bunyi tong kosong jatuh; 2. ki berbual, berborak.Kamus Dewan Edisi Keempat
penuh tepu1 penuh berisi sampai ke bibirnya (ttg air dlm tong dll); tumpat; padat. 2 berisi zat larutan yg maksimum yg dpt dilarutkan (ttg pelarut, larutan dsb). 3 terpasang segala layarnya (bkn kapal dsb).Kamus Pelajar Edisi Kedua
tepu, = penuh ~ 1 penuh berisi sampai ke bibirnya (ttg air dlm tong dll); tumpat; padat. 2 berisi zat larutan yg maksimum yg dpt dilarutkan (ttg pelarut, larutan dsb). 3 terpasang segala layarnya (bkn kapal dsb). menepukan menjadikan tepu. ketepuan keadaan atau sifat tepu. penepuan proses, perbuatan dsb menepukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345

Kembali ke atas