Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ton.to.nan] | تونتونن

Definisi : pertunjukan (wayang gambar dll), sesuatu yg (patut) ditonton: filem-filem Melayu yg menjadi ~ kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ton.to.nan] | تونتونن

Definisi : sesuatu yg ditonton; pertunjukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tontonan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara pertunjukan dan persembahan ?Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.Lain-lain10.05.2016
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "Pay-per-view"?Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Pay-per-view" ialah bayaran untuk setiap tontonanMakna13.12.2020
ia digunakan untuk sari kata rancangan.Ayat sebelum menerangkan tentang rancangan tersebut,sbg cth: Rancangan ini mengandungi perkataan yang mungkin menyinggung dan untuk tontonan penonton matang. Budi bicara adalah dinasihatkan."Ia ialah kata ganti nama diri manusia dan boleh merujuk benda atau perkara yang dibicarakan. Namun penggunaan yang gramatis "ia" digunakan bagi kata ganti nama diri manusia.Tatabahasa26.08.2013
ayat yang lebih tepat ... persembahan bunga api atau pertunjukan bunga apiSalam sejahtera,

Puan,

Pertunjukan membawa maksud sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dan lain-lain), tontonan. Manakala, persembahan pula sesuatu yang dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dan lain-lain). Kedua-dua bersinonim.

Jadi, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa07.08.2017
Saya perlu menterjemahkan slogan dalam bahasa Inggeris - Watch What You Love Plus More untuk saluran TV. Bolehkah saya memasukkan perkataan PLUS dalam terjemahan saya? Contoh: 1.Tonton Sepuasnya Plus Lebih Lagi Pilihan 2. Tontonan Terbaik Plus Banyak Lagi 3. Tonton Apa Saja Plus Lebih Lagi 4. Terbaik, Tekini Plus Banyak Lagi

PLUS merupakan perkataan bahasa Inggeris dan tidak boleh bercampur dengan bahasa Melayu. Pihak kami mencadangkan terjemahan bagi ayat tersebut seperti yang berikut:

·        Tonton Lebih Banyak Pilihan Sepuas-puasnya

·        Tonton Apa-apa Sahaja Sepuas-puasnya

·        Tonton Lebih Banyak Rancangan Kegemaran Sepuas-puasnya

·        Terbaik, Lebih Banyak Pilihan 

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian dan penggunaan mengikut konteks ayat.

Penyemakan dan penterjemahan20.01.2021

Kembali ke atas